Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Sunday, December 30, 2012

Resipi pisang goreng inovasi

   Tak boleh up date panjang-panjang.Kerja masih banyak nak dibereskan.Tapi, kena stop jugak buat pisang goreng.Maklumlah petang-petang cam ni tambah pulak hujan rintik-rintik, amat seronok jika dapat mengunyah sambil menambah lemak.Hahahaha!!!Tambah pulak ada setandan pisang yang dah masak.Pisang tanam sendiri tau!

   Mula-mula, kenalah sediakan adunan tepung untuk salut pisang tu.Macam biasa, aku guna tepung beras.Telur sebiji, air kapur sesudu, garam secubit dan air.Kacau sampai rata.Kemudian tapis.Pisang sesikat dibuang kulit dan dibelah dua.Sambil tu panaskan minyak.Bila minyak dah cukup panas, gorenglah pisang.Api kena jaga supaya tak terlalu kecil atau besar.Sedang-sedang saja kata Iwan.(Tak tau Iwan?Ala... penyanyi dangdut tu!)Bila dah cukup garing, angkat, tos dan bolehlah dihidangkan.Sangat lazat jika dimakan sambil menonton TV.Hahaha!
-
-
-
-
-
-
-
-


Tada!!!!Goreng pisang inovasi.
Kenapa inovasi?
Sebab aku letak warna purple.
Inovasi le tu.

Nama lain : Pisang goreng rasa bukan sekadar rupa.

3 comments:

hnahdy said...

inovasi kat warna purple ja. hehe warna purple tu apa?

Hans said...

hahaha
inovasi dari segi warna

luqman zakaria said...

pisang goreng bukan sekadar rupe..hehehe..nampak aneh jer..meh ler sekeping nk rase

Let's have a break!