Wednesday, December 5, 2012

Selamat datang Safee!

   Tak sangka rupanya SAFEE SALI pun sudi ke Johor.Dengan kata lain, sudi menjadi HARIMAU SELATAN.AUMMMMMMM!!!!!!!!Mudah-mudahan dengan kehadiran SAFEE SALI akan membuka lebih lebar peluang untuk HARIMAU SELATAN menjadi pasukan bola sepak terbaik di Malaysia.

   Selain SAFEE SALI, pemenang kasut emas Piala AFF Suzuki yang lalu, lain-lain pemain yang telah pun bersedia menjadi HARIMAU SELATAN adalah bekas pemain Getafe, Daniel Gonzales Guiza,Simone Del Nero,kapten Harimau Malaya,Safiq Rahim,Muslim Ahmad,Aidil Zaquan Adha Abd Razak dan Norshahrul Idlan Talaha.

   Menurut Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) Suhairi Hashim,SAFEE SALI akan diikat secara pinjaman dalam kontrak yang berkuat kuasa mulai 1 Disember 2012 hingga 30 November 2013 daripada kelab semasanya, AREMA INDONESIA.Jumlah gaji tak dimaklumkan tetapi tentu lumayan,kan?Apa pun selamat datang kepada semua pemain yang telah dipilih.Mudah-mudahan dapat menjadikan HARIMAU SELATAN kuasa bola sepak di Malaysia.


0 comments:

Post a Comment