Cik Nuffy

Bintang hati

Cik Nuffy ajak singgah

Sunday, March 4, 2012

Segmen :Aku ada blog

Lama tak join segmen.
Tu yang nak join segmen Cik Ros ni.
Syaratnya senang je..



Pertama: Paste banner cantik tu.

Kedua : Beri maklumat berikut..

a) Nama samaran sebagai blogger : Scarlett O'Hara
b)Nama blog : Scarlett's Petals
c) url blog : http://scarlettj1.blogspot.com
d)Usia blog : Setahun 10 bulan

Itu je...
Dah tu bagi link....
Nka join?
Jom klik banner...

Kejadian pelik jam 3 pagi

   Sebelum aku cerita kejadian pelik jam 3 pagi, 3 Disember 2011, yang aku alami, aku nak ucapkan berbakul terima kasih pada Telor Superman, kerana tolong ingatkan aku untuk ceritakan kisah pelik tu semasa aku buat entry tentang Jahlelawati.Biasalah, lepas buat apa-apa entry, aku suka ketuk-ketuk google untuk cari gambar yang sesuai.Semasa aku menggoogle ( Sorry, Cikgu BM!) gambar Jahlelawati itulah, aku terasa seolah-olah ada orang di belakang aku!

   Serious aku betul-betul terasa ada orang menepuk bahu aku!Aku toleh tapi takde sesiapa.Oleh kerana aku dah seram-seram sejuk, aku pun cepat-cepat nak log out.Tiba-tiba, macam nak tercabut jantung aku kerana  aku nampak seolah-olah mata aku ( Scarlett O'Hara ) di header aku, bergerak-gerak dan merenung tajam pada aku!Nak kata aku bermimpi, aku masih lagi jaga dek sindrom burung hantu yang membuatkan aku susah nak tidur.Kalau tengok gambar tu, mata aku ( Scarlett O'Hara) menjeling ke tepi tapi semasa kejadian tu berlaku aku nampak mata aku tu memandang tegak, tepat merenung aku!Betul punya seram!

    Lepas, log out, cepat-cepat aku ambil wuduk dan tidur.Esoknya, kebetulan agaknya, aku demam dua, tiga hari.Bila aku bukak balik blog, aku tengok gambar tu biasa je jadi tak jadilah aku nak tukar header sebab aku suka sangat header klasik yang Abg Terror buat untuk aku.Sampai sekarang, aku masih kekal dengan header tu sebab aku seorang yang sangat setia.Tak tipu ni....

   Itulah kisahnya Telor...
Pelik tapi benar.


Terima kasihlah Telor, kerana tolong ingatkan.



Gambar Jahlelawati nilah yang google.

Saturday, March 3, 2012

Arisa?Apa tu?


Sila lihat gambar di atas.

Yes!Aku nak cerita tentang negeri Johor, negeri tanah tumpah darahku...

  Baru-baru ini, semasa festival Layang-layang berlangsung di Pasir Gudang, aku sempat mengumpul brosur ( pelik no bunyinya.. brochure) dan lain-lain tentang negeri Johor.Ada satu  tu, penuh dengan resipi.Ada kacang pol, halwa maskat, kacau keledek, wajik dan macam-macam lagi.Ada yang biasa dan ada juga yang pelik macam asam pedas belangkas dan gonggong goreng.Tapi tiba-tiba aku ternampak nama satu makanan yang serious aku langsung tak tahu.Malu aku jadi orang Johor.Nama makanan tu adalah Arisa.Pernah dengar tak?Macam biasa, aku tanya Cik Google.Cik Google kata, arisa tu sejenis lauk menggunakan ayam atau kambing.Try cari gambar, tak de pulak.Tengok pada resipi, aku agak lebih kurang masak kurma kot?Jadi sesiapa yang ada maklumat tu, silalah kongsikan ye.Teringin juga aku nak try resipi arisa ni.Nak tanya Mat Gebu, Mat gebu tak bagi respon.Seganlah aku.Ni aku kongsikan antara link yang Cik Google beri...

3.Easy Rider ( Amboi, nama bukan main ganas... Rupanya ada resipi kat sini)

Friday, March 2, 2012

Aku sedih tapi aku gembira...

   Akhirnya, aku mengambil keputusan untuk memulakan pengajianku di UTM pada bulan September 2012 kerana hal-hal yang tak dapat aku elakkan.Aku terpaksa berkorban...Serious, aku sedih.Bengkak juga mata kerana terkilan tak dapat memulakan pengajian seawal mungkin.Tapi, pada masa yang sama, aku gembira kerana keberadaan aku di sekolah, memberikan senyuman dan harapan buat anak-anak didikku.Terima kasih anak-anak, kerana sentiasa bersedia menerimaku kembali.Buat anak-anak 5 SK 1, terima kasih kerana pada hari aku benar-benar bersedih, gelak tawa kalian membuatkan aku kembali sedar, bahwa setiap suatu yang berlaku itu, ada hikmahnya.Entah kenapa, aku rasa, lebih baik aku menyambung pengajian bulan September ini, tanpa mengambil cuti tetapi dengan mengikuti pengajian separuh masa.Aku dah confirm dengan UTM, dan jawapannya, ok saja.Mudah-mudahan, itu adalah yang terbaik buatku. Sementara menunggu September, akan ku tabur bakti buat anak bangsa.




Biar apa pun rintangannya,
Master of TESL, akan aku miliki juga.

p/s: Anak-anak didikku,
kalau boleh teacher nak ajar kalian semua.
Tapi, apakan daya...
Jadi, janganlah bersedih kalau teacher tak ajar ye.

Bilalah nak makan boren ni?

   Rasa macam mengidam pulak!Sejak berpindah ke sini, kira-kira 16 tahun lalu, aku tak pernah lagi jumpa makhluk lazat bernama boren.Aku google pun tak jumpa makhluk tu.Manalah nak cari ye!Macam dah terasa di mulut keenakannya.Bizarre food tu!!!!Andrew Zimmern si botak handsome buncit tu tentu suka nak cuba.Sesiapa yang tahu tu, pleaselah kongsi maklumat ye.Kang kempunan aku, siapa yang susah?Followers + readers aku juga yang susah sebab aku tak dapat update blog macam biasa.




Aku google boren si makhluk lazat tu,
tapi si boren makhluk handsome ni pulak yang keluar!
Hai En Boren!

Santapan minda

Allah tak suka makhluknya yang asalnya beriman, 
tetapi bertukar menjadi kufur...
( Terdengar di TV 2 hari lepas)


Thursday, March 1, 2012

Bayi jadi pocong!

Tak sangka rupanya ada lagi spesis manusia tak berotak
yang sanggup mendera bayi dan kanak-kanak!
Dahlah berlaku di Pasir Gudang!
Buat malu orang Pasir Gudang je.



Berita terkini, dimaklumkan, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakt Negeri Johor,
dah pun membuat laporan polis.Dus suspek akan ditangkap dan jika sabit kesalahan,
boleh didenda RM5000 atau penjara 2 tahun, atau kedua-dua sekali.
Hukuman untuk spesis tak berotak macam ni,
patutnya bungkus dia macam pocong, 
dah tu tanam sehari dua paras dada!

Cahaya Malaika dan Lavienda Namiraz...




Aikkk?Kenapa nampak macam strawberi ni?
( Gosok-gosok mata)
Haa.... Baru nampak macam Ekin!

( Gambar :ASTRO )
Tahniah ye Mawi dan Ekin.
Moga bertambah lagi seorang tahun depan.




Anak Bienda pulak namanya Lavienda Namiraz.
( gambar Cik Google)

Wednesday, February 29, 2012

Wordless Wednesday


Cahaya Malika binti Asmawi.

    Akhirnya lahir juga cahaya mata kesayangan Mawi dan Ekin.Tahniah!Mudah-mudahan, Cahaya Malika akan menjadi seorang gadis cantik dan soleha.Berita lanjut tentang kelahiran Cahaya Malika, boleh digoogle atau cari di akhbar-akhbar.Menurut Mawi, makna  Malika adalah Permaisuriku tapi aku pernah terbaca makna Malika adalah 'pemilik.Sesiapa yang tahu bahasa Arab tu, sudi-sudikanlah kongsi ilmu ye.Aku tau jumjumatun @ tengkorak je. Walau apa pun maknanya, ia tetap cantik.Tahniah sekali lagi buat Mawi dan isteri.Moga tahun depan, tambah anak lagi.



Mawi, yang pernah menjadi fenomena dulu.
Tsumawi




Opps!Tiba-tiba aku teringat watak jahat Malika yang dibawa oleh Sheila Rusly.
Mati hidup balik aku ingat Malika ni maknanya tak elok.



Cik Ina dah ada dua putera.
Bolehlah berbesan dengan Mawi nanti ye?

Wordless Wednesday


Wordless Wednesday


Wordless wednesday

Wordless Wednesday

Wordless Wednesday

Wordless Wednesday


Wordless Wednesday


Monday, February 27, 2012

Hadiah buat follower bertuah

Akhirnya!!!!
Hadir juga follower aku ke 2424.

Tada!!!!
( Sila klik gambar kalau tak nampak ye )


Cantiknya blog dia!!!



 ... dan inilah si cantik yang bertuah tu!


Oleh kerana aku dah berniat,
aku akan hadiahkan sesuatu buat follower aku ke 2424, Cik Syamira.
Tunggu ye Cik Syamira! 



Fell?Feel?Fail?Seploh inggit!Seploh inggit!

No!No!No!
Aku nak cerita tentang FELT.
Ala... kain bulu-bulu yang cantik dibuat macam-macam tu.
Contohnya, hasil kerajinan tanganku ( cewah!),
siap lagi 2 beg duit felt tempahan budak-budak cinonet
sekolah depan rumah.
Sementara aku di sekolah ni,
jemputlah cuci-cuci mata.
( Ni scheduled entry tau!)


-
-
-
-
-
-
-
-
Tada!!!!


Bahagian depan


Bahagian belakang


Bahagian belakang


Bahagian depan

Saiz : 3 inci x 5 inci.
RM10


Cepat!Cepat! Satu seploh inggit!Seploh inggit!

Sunday, February 26, 2012

SEO tu apa?

Entry ringkas ni khas buat  tetamu baru ku, Cik Erra Najwa.
Terima kasih kerana sudi singgah ye.
Cik Erra ada tanyakan aku satu soalan.
Cuba tolong jawabkan kerana aku tau tapi aku tak tau macam mana nak terangkan.
Selama ni pun aku belajar dengan cikgu SEO aku.
Kalau takde sesiapa nak tolong jawab, nanti aku cuba buat entry untuk jawab soalan tu.
Sabar ya Cik Erra Fazira Najwa!

Meh tengok apa soalannya tu.


Jom beri support pada Cik Erra!


Dah abis dah?Alahai!!!

Cepatnya masa berlalu.
Pejam celik, pejam celik,
dah habis dah cuti hujung minggu.
Esok, nak ke sekolah balik.
Dahlah tunggu 'buah' tak gugur-gugur!



Buah ni, cukup time, gugurlah dia.

Tengok siapa yang kena!!!!

Shhh!!!
Nak mengendap lagi ni.
Tengok!Siapa yang kena??
-
-
-
-
-
-

(1 )


Walau pun ranking berpuluh ribu, bukan bermakna Jemarisuri ni tak aktif.
Inilah antara blogger yang paling rajin say hi pada aku.
Dan yang sudi nak tempah beg duit felt( Kalau confirm )
Dengan sikapnya yang ramah dan kerajinannya up date blog, 
aku yakin Jemarisuri aka JS akan berjaya menaikkan rankingnya.



(2)


Blogger kedua yang aku terjah adalah Mialiana.
Si Mia ni memang sentiasa optimis, ramah, baik hati ....
Ranking dia pun pernah jejak 500 kalau tak silap.




(3)


Blogger Zwan Sabri ni antara orang yang paling awal say hi kat aku
masa aku mula-mula blogging dulu.Dengan kata lain, dia adalah senior aku 
dalam dunia blogging. 

Aku baru mengendap!Best woo!

(1)
Mula-mula, aku mengendap rumah Ben Ashaari.
Fuyoooo!209 je ranking Alexa dia!
Klik gambar tu kalau nak lebih jelas ye.


(2)
Kemudian , aku mengendap si Lyssa.
Pun hebat!
Kagum aku!



(3)
Bergerak pulak ke rumah Mak Dara.
Mak Dara ni pun makin lama makin hebat.


(4)
Ni pulak rumah Encik Mat Gebu. 
Walau pun En.Mat Gebu ni tak pernah say hi kat aku, tiap-tiap hari aku jenguk dia.



(5)
Best juga mengendap ni.
Alamak!Rumah aku da....
( Segan pulak nak komen)
Dah masuk dua tahun, kat situ je ranking aku.



(6)
Tiba-tiba, aku terdengar suara baby menangis!
Fuyooo!Ujang tengah tukar lampin anak dialah!
Ranking Ujang ni pun boleh tahan..
( Apa lah Ujang.Ada iklan payuda** idaman kat rumah dia)



(7)
Akhir sekali aku menjenguk rumah Abang Gedek , pemilik wajah tanpa senyuman.
Dalam sehari, entah berapa orang masuk rumah Abang Gedek ni.Jadi, aku agak, ranking dia patut lebih baik dari aku.
Mungkin sebab Abang Gedek kurang buat entry SEO ni.


Oklah.. Penat pulak aku mengendap.
Nanti aku nak mengendap rumah orang lain pulak!

RM50 pun nak mengadu!

    Opps!Tajuk pagi-pagi minggu ni agak panas dan sensitif.Bukan aku nak kata apa, setakat M50 setahun, apalah sangat kan?Tak jadi papapun.Ikhlaskan ajelah.Itu pun nak mengadu pada NUTP. Itu adalah reaksi awal aku bila baca tentang sebuah sekolah di Johor yang mewajibkan guru-guru DG44 untuk 'menyumbangkan' RM50 setahun pada pihak sekolah.Bayar kereta beratus-ratus ringgit sebulan, ok pulak.Soalnya sebenarnya adalah keikhlasan.Cuba ikhlas dan niatkan untuk kebajikan anak-anak murid, tentu tak berat nak keluarkan duit tu.Pahala pun dapat.( Kenyataannya di sekolah : Guru-guru di sekolah aku mengeluarkan lebih daripada RM50 setahun untuk pelbagai keperluan di sekolah.Tapi kami tak mengadu pada NUTP kerana kami ikhlas.


    Isu kedua tentang guru adalah tentang masa.Sejak aku mula mengajar, aku dah biasa sampai di sekolah lebih kurang pukul 6.30 pagi.Aku rasa lebih bersedia untuk mengajar jika sampai awal ke sekolah.Jalan tak jem, otak dan badan pun segar.Barulah semangat nak mengajar.Tapi ada juga guru yang mengadu pada NUTP kerana diminta datang 15 sebelum jam 7 bersamaan 6.45 pagi.Kenyataan NUTP pula mengatakan guru hanya wajib berada di sekolah mulai 7.40 atau 7.50 pagi.Yang ni aku confuse sikit.Kalau perhimpunan sekolah bermula 6.50 pagi, dan kelas wajib selepas perhimpunan mulai 7.30 pagi, siapa yang patut mengawal dan memantau para pelajar, jika semua guru ikut kata NUTP wajib mula bertugas jam 7.40 - 7.50 pagi?

   Kesimpulannya bagi aku yang lurus bendul ni : Kita WAJIB ikhlas dalam menjalankan tugas.Tak perlulah terlampau berkira kerana kita adalah guru = pendidik, bukan setakat guru = cikgu semata-mata.Insya allah, andai kita ikhlas, kita keluar RM50, kita akan dapat beringgit-ringgit!Fikirkanlah!




Antara guru-guru ikhlas yang aku kenal.
Tengok? Dulu dewan ni tak berdinding.
Hujan atau panas, guru-guru ni ikhlas demi kepentingan anak-anak
Tapi sekarang, dewan ni dah pun berdinding.
Dulu, mereka tak mengadu pun pada NUTP.
( Guru-guru ni mula bertugas 6.50 pagi dan tamat paling awal 2.05 pagi.Jika kelas Sains, tamat jam 3 atau lebih )
     

Saturday, February 25, 2012

Dost dost na raha

   Akhirnya selepas berhempas pulas, membelai pinggan mangkuk, kain baju dan perut, aku berjaya menyiapkan semua kerja.Aku juga berjaya menyiapkan sebiji kek lapis serikaya sambil-sambil memasak 2 jenis lauk dan nasi untuk hidangan tengah hari.Dengan ditemani Radio Sinar yang tak jemu menyinari hidupku, aku juga berjaya mengemas rumah dengan jayanya.Cewahhh! 

   Baru je azan zohor berkumandang.Jadi aku solat dulu kemudian makan tengah hari.Tepat 1.30, bolehlah aku menonton berita TV3.Ala... bukan apa, peluang cari isu untuk entry SEO.Baik untuk perbaiki ranking Alexa aku yang dah seminggu asyik 2000+ je tak naik-naik.Lepas tu, aku nak tengok Sangam sambil kunyah kek Lapis Serikaya aku!!!Sekadar melayan kenangan masa kecil dulu.Sambil menonton, bolehlah aku siapkan tempahan felt aku tu. Lepas asar, aku plan nak joging.Harap-harap, aku tak sekadar berjoging jari je petang ni.Maklumlah, tarikan blogging tu punyalah kuat sampai terbayang-bayang wajah kacak penuh misteri Abang Gedek atau senyum manis Cik Mialiana.Oklah.Jom solat dulu!Tak baik tangguh-tangguhkan solat tau!



Amboi!Romantiknya!
( Gambar Cik Google)





Dost dost na raha....

Nasib seorang blogger

   Kesian dia..
Jam dah pukul 10.35 pagi.
Konon kata nak blogging pagi-pagi.
Almaklumlah, blogger tegar!
Tapi dengan pinggan mangkuk bertimbun yang minta dibelai
kain baju berlonggok minta disidai
Perut menyanyi keroncong minta diisi...
Terpaksalah dia melupakan hasrat blogging.
Buka blog, tengok visitor..
ala.... berapa je baru sudi datang jenguk!
Maka makin susah hatilah dia.
Tapi,
tanggung jawab pada keluarga mesti ditunaikan dulu.
Insyaallah..
kalau ikhlas,
Allah akan permudahkan segala urusan selepas ini sama ada...
 nak blogging ke,
nak menjahit ke,
nak buat beg duit felt ke,
nak itu, nak ini
dan macam-macam lagi.

Yang pasti,
sekarang adalah masa untuk berperang
dengan periuk dan belanga
kerana sebentar lagi,
masa untuk makan tengah hari.

Alamak!!!
Teringin pula nak makan kek untuk minum petang!

Fuhhh!

( 'DIA' di atas adalah aku )




kenapalah kau goda aku lagi???

Friday, February 24, 2012

Kura-kura datang lagi!

Aduh lah!
Baru je nak blogwalking..
Cik kura-kura ni datang lagi.
Terhangguk-hangguk
tersengguk-sengguk!
Aku ketuk baru tau!
Grrrrr!!!

( Mood geram sebab cik kura-kura CELCOM jalan terhegeh-hegeh!)



Terpaksalah aku mengalah dan sambung balik buat beg duit felt aku.
Masa kan emas , jadi mana boleh aku buang masa!

Beg duit felt Mickey Mouse

Tada!!!!
Dah pun siap...
Beg duit felt Mickey Mouse
tempahan cinonet bernama Alyaa
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Bahagian belakang
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Bahagian depan.
Warna dan design semua budak Alyaa tu yang tentukan sendiri.
Dengan saiz 3 " x 5", harga RM10 aku rasa ok kan?



Thursday, February 23, 2012

Anak dara nak kerat **** Apek!

   Bila aku sebut Apek, aku rasa semua orang boleh agak Apek mana yang aku maksudkan.Ala...yang glamour tu!Hah!Oooo!Apex ye?Bukan Apek!Tak kisahlah asalkan semua faham yang mana satu orangnya.Aku nak cerita sikit pasal Apek ni.

   Tengah hari tadi, aku terdengar, anak murid aku berbual pasal Harimau yang tak garang-garang semasa melawan si mata sepet malam tadi.Mula-mula aku ingat, budak tu marahkan cikgu disiplin atau pun PK HEM sekolah aku.Biasalah... budak-budak generasi y atau z, mana nak terima nasihat orang!

   Tapi bila aku dengar lagi, rupa-rupanya anak dara tu marah sebab Apek lepaskan 4 gol semasa melawan Jepun malam tadi.Anak dara tu siap kata: Geram betul aku dengan Apek!Harap muka je handsome tapi main macam kayu!Aku rasa nak kerat ***** dia!Oleh kerana ayat yang keluar agak kurang senonoh, aku pun tegurlah anak dara tu elok-elok.Dia jawab:Menyampahlah teacher!Cari awek bukan main pandai.Kejap tukar, kejap tukar.Jaga gol macam orang takde **** je.Baik saya kerat **** dia!Mak aih!Itu jawapan dia!Tapi sempat juga kawan anak dara tu jawab:Ala... mestilah dia nak menangkan kerabat dia!

-
-
-
-
-
-
-




Memang ada iras orang Jepun.
Pinjam gambar Google