Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Friday, April 27, 2012

Mana Abang Gedek?

   Dah berapa hari entah aku try masuk blog Abang Gedek tapi tak dapat.Blog dah kena remove!Apa hal ni?Alahai!Sakit angaulah aku macam ni sebab tak dapat tengok gambo Abang Gedek yang macam-macam pesen tu.


-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

   Betul ke blog Abang Gedek kena remove ni?Alahai!


Segmen SPONTAN BERSAMA BEN ASHAARI

BEN ASHAARI

Lama sangat dah tak join segmen Ben Ashaari.
Tu yang kena join tu.Caranya senang je.
Gi jenguk mana-mana blog yang join segmen ni.
Jenguk = secara SPONTAN je.Tak boleh lama-lama.
Dah tu, kena beritau BEST atau Tak BEST.

Aku pun apa lagi, jenguk jap ke blog Putri Ain.
Fullamak!!
MEMANG BEST LAH.
Header dia punyalah cantik!
Lepas ni sure aku masuk balik dan buat lawatan menyeluruh pulak.
Bagi sesiapa yang nak join segmen ni, cepatlah lapor diri pada Ben Ashaari.
Tarikh tutup jam 9 malam ni.


Thursday, April 26, 2012

Khamis yang spontan


Ala... sorry Panji.
Mak lupa beli Frieskis!

Khamis yang spontan

Sejak akhir-akhir ini, 
aku mula hilang minat ke sekolah.
Penat + boring + menyampah + bla bla bla.
Tapi,
bila aku masuk kelas,
jumpa anak-anak murid aku yang ada 1001 perangai,
datang balik semangat aku nak mengajar!
Terima kasihlah ye sebab happykan teacher balik!


Khamis yang spontan


Kucing pun sayang anak!

Wednesday, April 25, 2012

Wordless Wednesday

Wordless Wednesday

Wordless Wednesday

Wordless Wednesday

Wordless Wednesday

Wordless Wednesday

Wordless Wednesday

Cukai oh cukai

   Esok dah 26 April.4 hari lagi tempoh untuk penghantaran borang BE 2011 ke Lembaga Hasil Dalam Negeri.Kalau tak sempat hantar secara manual, hantar je melalui e-Filing ( e-BE).Hanya di hujung jari je.Jadi takde alasan malas nak ke pejabat LHDN dan lain-lain.Tanggung jawab sebagai seorang warga negara, mesti ditunaikan.

   Bercakap tentang cukai, tak sah kalau tak sentuh tentang duit.Duit maknanya gaji dan tunggakan gaji.Aku rasa buat masa ni, ramai yang sedang tersenyum bahagia kerana hari ni kan 25 hb!Pay Day!Ramai juga yang sneyum kerana gaji naik dengan lumayan.Ada pulak tu tunggakan!Mana yang dah berkeluarga, bolahlah belanja anak-anak makan.Bagi yang masih bujang tu, jangan lupa ibu bapa di kampung.

   Balik tentang cukai, sekali lagi diingatkan agar kita sama-sama membayar cukai.Kalau niat kita ikhlas, insyaallah, ada ganjarannnya.Bagi yang pertama kali hantar borang, dan teringin nak menggunakan khidmat di hujung jari, silalah cari maklumat di LHDN.Begitulah adanya tuan puan yang budiman...... :D



Jom bayar cukai pendapatan!

Wordless Wednesday

Wordless Wednesday

Wordless Wednesday

Wordless Wednesday

Wordless Wednesday

Tuesday, April 24, 2012

Buah merdeka...

Siapa tau buah merdeka?
Tak tau?
Ni mesti tak baca surat khabar ni.
Buah merdeka ada dalam Utusan Malaysia semalam.
Sila selak balik ye.
Kalu nak tunggu aku beritau, tunggu malam karang .
Sekarang ni aku kat sekolah lagi.
Apa lagi?
Kelas tambahan le!
Apa nak buat.
Untuk anak murid aku tersayang,
aku sanggup korbankan masa blogging aku.
Ok.Tunggguuuuuuu!!!!!


Siapa tak sayang anak murid oi!

!!!!!!!!!!!!!! MAREG

Jaga-jaga!
Mood aku tak baik hari ni!
GERAMMMM!!!!!
Kenapalah asyik aku je yang kena?
taulah aku ni jenis angguk kepala je.
Tapi kalau asyik aku je yang kena,
ama adil?
Aku pun tau penat!
Kalau macam ni,
baik aku jadi pemalas macam orang lain.

Rajin salah , malas pun salah!

( Scheduled post tau ni.Aku balik dah lepas asar hari ni sebab aku ada kelas tambahan)

-
-
-
-
-
-
-
-

Baby Google.

Monday, April 23, 2012

Apa kelas merempit?

   Entry kali ni, aku tujukan khas buat anak murid aku , Fakhrusy Syakirin bin Rostam yang buat masa ini mendahului senarai pelumba kategori Wira dengan 38 mata di Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas.Fakhrusy baru-baru ini telah menjuarai  pusingan di Kuala Terengganu.Mudah-mudahan, kejayaan akan terus dilakar semasa  perlawanan di litar Stadium Utama Kangar, Perlis pada 28 dan 29 April nanti.Berita lanjut, esok aku interview dia lagi sebab dia ni pemalu!



Apa kelas merempit ek Fakrusy?
Macam ni baru anak jantan!




Gambar joki senja punya.

p/s: Teacher dah jadi peminat no.1 walau pun habuk pun tak tau pasal motor!
hehehe!


Klik SINI untuk info tambahan.





Rindu dia...

Aku masih lagi rindu pada dia.
Entah hidup atau mati, Allah saja yang tau.
-
-
-
-
-
-
-
-

Siap satu lagi beg felt...

   Dalam pada sibuk ikut serta kempen mengundi Mia ( Tengok sticky post tu), sempat juga aku siapkan satu lagi beg duit felt.100 handmade.Macam biasa, siap je aku pn snap gambar dan konon nak bluetooth ke netbook.Tapi, malangnya, netbook aku masih tak ok dan Cik Temah Samsung aku ni tak boleh bluetooth.Nak guna cara lain, aku pun dah tak ingat mana aku campak benda alah nak sambung ke cpu ni.Aduhai!Maka terpaksalah aku simpan dulu gambar beg duit felt aku yang cute ni. Ada sesiapa lagi yang berkenan?







Terpaksalah aku letak gambar lama.
   Sehari dua ini, mood aku kurang baik.Mungkin kerana aku terlalu penat.Penat dengan kerja dan penat dengan hidup.Tapi, walau bagai manapun, hidup mesti diteruskan.Baik atau buruk, suka atau duka, aku sendiri yang mencoraknya.Maka, aku mesti kuat!Patah sayap aku bertongkatkan paruh!Namun hidup mesti diteruskan juga!


Sunday, April 22, 2012

Blogger pakai ilmu pukau

   Blogger ni taklah popular macam si manis Fatin Liyana.Follower dia pun tak jejak lagi 2k.Tapi, tiap entry dia, komen punyalah banyak!Setiap kali blogging, mesti aku nak jenguk blog dia.Rasa macam diseru gitu!Dah tu, mesti laju je jari nak komen!Entah ilmu pukau apa dia pakai!Bak kata orang, sehari tak jumpa, rasa macam hilang separuh nyawa!Nasib baik tak jatuh cinta!Kalau nak kenal blogger pukau ni, cepatlah KLIK!

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Bomoh Google!

Burung siapa aku pegang?

   Kejadian semalam, tidak aku rancang.Niat asal aku hanyalah untuk mencari seorang anak murid aku.Ada hal yang perlu aku beritahu.Tapi, bila sampai di bilik Transformasi Minda (Lebih kurang macam bilik seminar ) aku lihat anak-anak murid aku kecoh.Aku jenguk, rupa-rupanya, dia orang gelikan burung!Entah burung siapalah yang terlepas!Burung tu dah menyorok dalam beg.Nampak jinak.Aku pun apa lagi, terus je tangkap burung jinak tu.Tak terfikir pulak paruh dia yang kuat dan tajam tu mungkin boleh mencederakan aku.Apa lagi, bila aku tangkap je, ngap...dia gigit jari aku.Lukalah juga.Lepas tu aku pun hantar burung tu ke sangkar besar depan perpustakaan.Mudah-mudahan, burung tu selamat dari menjadi makanan sang kucing!Esok, tak sabar aku nak tanya khabar dia di sekolah!

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Ni burung Google.
Burung sape entah yang aku tangkap semalam,
rupanya sebiji macam ni!

Baru habis pantang

   Konon nak berpantang 2, 3 minggu.Maklumlah ... komitmen banyak.Nak buat itu, nak buat ini... Tapi akhirnya, cuma dapat tahan 2 hari je. Apa nak buat, blogger tegarlah katakan.............




Eeh!Cantiknya Google !Nasib baik aku langgar pantang!

Friday, April 20, 2012

Tak sabarnya nak buat...

Bilalah aku nak balik rumah ni...
Tak sabar nak buat ni...


... dan ini


( Ni gambar Google)

...ini




( Gambar pinjam Google )


( Gambar pinjam Google )


( Gambar pinjam Google )

Dan macam-macam lagilah....

Daging benyek....

Hari ni balik lambat.
Ada rehearsal untuk majlis esok.
Mula rehearsal jam 3 petang.
Gedebak gedebuk, begitu begini...
pukul 5 agaknya baru boleh balik.
Sampai rumah entah-entah dah dekat nak maghrib.
Hari Sabtu, sekolah ...
Kena buat bengkel untuk Form 3.
Aduh!!!
Dah jadi daging benyek dah aku.
Penat!
Macam mana nak blogging ni
sebab aku dah jadi..
 blogger daging benyek!

-
-
-
-
-
-
-
-
-

Ayam naik basikal.

Tengok telatah anak buah aku Si Adib dan ayam kesayangannya.
Orang lain bela sugar glider, Adib bela ayam.
Hehehehe!





Thursday, April 19, 2012

Blogger jatuh sikit.

   Dugaan Allah datang dalam pelbagai bentuk.Antaranya ialah dalam bentuk penyakit atau kemalangan.Begitu juga dengan blogger seorang ni.Akibat terlalu obses nak blogging, dia pun gerak laju-laju.Akibatnya, dia mengalami kemalangan yang agak serius juga.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
... atas bibir terkoyak 

Dapat BE ke 23 ke 24?

Tak sangka dapat BE lagi dalam keadaan aku blogging macam orang semput.
Terima kasih banyaklah ye.
BE terkini:


SRI KDU OPEN DAY 2012

Aku taubat.Dia pun taubat.

   Hari ni, macam biasa, aku ke sekolah dengan doa dan harapan agar mudah bagi anak-anak didikku, menerima pelajaran yang bakal ku ajar.Selain mengajar, aku juga perlu melatih persembahan untuk majlis hari Sabtu ni, majlis untuk menghargai pelajar-pelajar cemerlang SPM tahun lepas.

   Dari sejak mula posting di sekolah rendah lagi, memang 'persembahan'lah AJK yang aku pegang.Mungkin pihak sekolah lihat bakat aku sebagai penghibur kerana masa aku kecik dulu aku pernah berangan nak jadi penyanyi.Sebab masa tu, aku gila betul kat Amy Search.Hahaha!Biasanya persembahan yang aku pilih adalah koir, nyanyian sama ada solo atau duet, choral speaking, jazz chant, dan lain-lain yang ada 'bau-bau' omputih.Tak pernah umur aku melatih nasyid tapi untuk majlis lusa, aku terpaksa melatih nasyid.

  Memang aku rasa agak 'aneh' tapi demi tugas aku on je.Tapi tadi, semasa aku memantau latihan nasyid anak-anak murid aku tu, tiba-tiba, seorang anak murid aku tu tanya;Dia tanya aku dah taubat ke.Aku ingat taubat sebab apa.Rupa-rupanya taubat sebab aku melatih nasyid.Tak sedar pulak aku ada anak murid aku yang perasan.... Aku pun iyekan ajelah dan aku tambah; Awak pun kena taubat.Jangan nak main je sebab SPM dah dekat.Anak murid aku tu senyum macam kerang bsuk je.

   Sambil latih nasyid, aku ajar juga anak-anak murid aku termasuklah yang bertanya pasal taubat tu , Information Transfer Section B, Paper 2.Biasanya 'budak bertuah' tu tak pernah nak serius.Dapat 2/10 markah pun dah cukup baik.Tapi tadi, dia score 10/10!Bila aku tanya, dia kata, dia dah insaf dan nak belajar betul-betul!Serius dia jawab!Tak sangka, aku ingatkan dia main-main je tapi rupa-rupanya, dia bersungguh-sungguh!Dengan kata lain, aku taubat, dia pun taubat.Anda dah taubat?





  

Wednesday, April 18, 2012

Wordless Wednesday

Wordless Wednesday

Wordless Wednesday


Gambar Google.
Nak rumah macam ni!

Wordless Wednesday


Gambar Google

Wordless Wednesday

Let's have a break!