Cik Nuffy

Bintang hati

Cik Nuffy ajak singgah

Sunday, June 3, 2012

Bizarre food?Why not!!!Sedap woo!

   Lepas demam, tekak nak makan macam-macam.Fikir punya fikir teringatlah pulak nak makan bizarre food.Apa lagi, aku call jiran aku kak Normah untuk beli bizarre food tu.Sekilo RM15.Ok le tu.Fresh punya.Lepas sembelih, aku pun mulakan operasi mencelur, membuang bulu, membakar, memotong, membedah dan macam-macam lagilah.Tak sangka lepas 2 jam baru dapat makan!Agak-agak, anda makan tak bizarre food yang aku masak hari ni?

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Bizarre food yang aku maksudkan
setelah aku berhempas pulas sorang-sorang.

-
-
-
-
-
-
-



Antara bahan-bahan yang aku perlukan untuk masak kari bizarre food aku tu.
Rempah kari, pelaga, bunga lawang, kayu manis dan cengkih,
aku lupa pulak nak suruh posing.

-
-
-
-
-
-
-



Jantung, hati dan yang putih tu kata emak buah tut bizarre food aku tu. 
Dua-dua ekor jantan jadi ada empat buah tut sebab seekor dua biji.

-
-
-
-
-
-



Yang ni usus.
Aku tak makan tapi adik aku 
si AFJ Toyek yang gila memancing tu
nak buat umpan.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


   Inilah rupa bizarre food aku tu. Emak kata namanya itik sekati  tapi bila aku google itik ni namanya itik serati.Aku kata itik ni bunyinya Quack!Quack! Tapi ada orang tu kata bunyinya Pak!Pak!Pak!Walau pun melayang RM90 untuk 2 ekor itik dengan berat 6 kilo, aku puas hati sebab aku dah jadi Andrew Zimmern hari ni!Hahaha!



Petua untuk cantik dulu dan sekarang.

  Zaman Dulu:Zaman aku anak dara sunti umur lebih kurang 13,14 tahun dulu, aku dah mula gila cuba macam-macam petua.Antaranya petua untuk haluskan kulit.Aku punyalah rajin dok rendam beras dah tu tumbuk agak-agak hancur campur dengan kunyit hidup.2,3 kali seminggu gonyoh pada seluruh badan lebih kurang macam buat skrub.Lepas mandi tu rasa badan bersih semacam je.Tiba-tiba je rasa akulah yang paling cantik.Hahaha!

   Untuk wangikan badan pulak, aku suka sangat tumbuk daun pandan yang aku kerat-kerat.Ambil airnya dan lumur seluruh badan.Fuh!!!Wangi je baunya.Sampaikan aku sendiri ingat yang aku ni tuan puteri.Hahaha!Maklumlah budak kampung zaman aku dulu mana sama dengan budak kampung zaman sekarang!

   Bukan setakat tu je, aku paling suka lumur santan pekat campur perahan air pandan pada rambut aku.Lepas dibiar lebih kurang sejam, aku cuci dengan sabun ( masa tu aku belum pandai guna syampu) mandi.Sabun yang paling popular yang aku ingat adalah sabun Lux.Lepas hilang minyak dan buih sabun tu, aku gonyoh pulak dengan limau nipis yang dibelah dua.Pedih bukan main tapi tulah, nak cantik punya pasal,aku on je.Zaman anak dara dulu, rambut aku panjang lebih pinggang.

   Selain santan, untuk rambut juga aku suka sangat gunakan daun bunga raya.Ambil yang tua dah tu ramas-ramas hingga keluar lendirnya dan lumur di kepala.Sejuk je rasa kepala.Kata orang, baik untuk hitamkan rambut.Kalau tak pun, cari pokok pisang yang dah kena tebang, dah tu korek tengah-tengah batang tu buat lubang.Tak lama lepas tu, adalah air yang berkumpul dalam lubang tu.Ambil air tu dan lumur di kepala.Pun elok kononnya untuk hitam dan kilatkan rambut.

  Untuk gigi pula, aku pernah try gosok dengan arang.Alah, zaman dulu arang kan banyak dijual.Ambil sikit dah tu tumbuk lumat-lumat dan gonyoh pada gigi.Konon gigi boleh putih.Bab tumbuk arang nilah aku kena tarik telinga dengan mak sebab aku lupa nak basuh.Mak pulak memang garang!Apa lagi, merah le telinga aku.Hehehe.Kalau tak guna arang, aku ambik segenggam dua garam halus mak dan lumur pada gigi.Ni pun aku pernah kena tarik telinga dengan mak sebab sekejap je garam dah habis dah tu aku lupa nak beritahu mak garam dah habis.Akibatnya, ada sekali tu kami makan asam pedas tawoooo!Zaman tu kedai bukan dekat nak pergi beli garam.

Zaman sekarang :Untuk cantikkan kulit, aku suka guna bedak lulur jenama Bunga Tanjung.Bau dia tu yang aku suka.Dah berbelas tahun kot rasanya aku guna bedak ni.Bekalan tak pernah putus.Tapi ada sekali tu aku terbeli yang mungkin tiruan sebab langsung takde bau.Satu jenis lagi aku tak berapa suka sebab kurang ummph.Bila dah guna bedak sedia untuk dilumur ni tak payahlah aku enat-penat rendam dan tumbuk beras macam dulu.

   Untuk wangikan badan, biasanya colet je perfume.Cuma sesekali je aku buat sauna bath di rumah guna daun pandan, serai wangi dan lain-lain.Bukan tak nak buat cuma bila dah berumur sikit ni, malaaaaaaaaas sangat nak guna sauna tu.Akhirnya, biar je sauna tu dalam bilik tak berusik.

   Untuk rambut pulak,   dah berzaman dah aku tak guna petua lama.Teringin juga tapi malas sangat.Akhirnya, aku guna je Rejoice untuk cuci.Kalau tak silap aku dah guna Rejoice sejak 1989.Rambut pun aku dah bagi kontot sejak umur 21.Tapi uban langsung tak de tau mungkin seba petua yang aku amalkan dulu-dulu.Lembut?Bolehlah tahan.

    Untuk gigi, dah lama aku tak jumpa arang nak bagi putih gigi.Akhirnya Colgate je aku tonyoh.Yang penting, bersih dan segar.Takde satu pun petua yang aku amalkan sampai sekarang dek kerana kekangan masa dan sebab zaman sekarang ni beli je di Watson ke Guardian ke atau kedai mamak.Macam-macam ada!Anda bagaimana?

-
-
-
-
-
-

Jenama favourite aku.
( tak sangka Hok Sengoti pun pakai ni)
-
-
-
-
-
-
Try guna yang ni tapi tak berapa sesuailah.
Lenglonglengchai pulak pakai dua-dua!


BE ke 30.Yeah!!!

   Terima kasih Cik Nuffy sebab sudi  beri BE ke 30.Rajin-rajinlah beri lagi ye.Kata orang, terima kasih daun keladi.Kalau boleh, memang nak lagi. :D BE kali ni adalah DiGi Samsung S3.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-



Sorry, belum mahir buat printscreen.

-
-
-
-
-
-
Bila sebut Digi, asyiiiiik teringat Mr.Curly.
Alah, model iklan Digi lambut keliting tu!
-
-
-
-
-


Hair, Head and Mind

Uhuk!Uhuk!



Obama makan katak.


   31 May lepas, aku ada publish gambar di atas tu.Aku pinjam gambar tu dari SINI.Sebenarnya itu adalah hidangan istimewa di Sabah yang menggunakan katak sebagai bahan utama.Aku saja je cari maklumat tentang 'eating frogs'.Tak sangka rupa-rupanya Barrack Obama pun makan katak!
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Macam makan ayam KFC je.
Credit to : guardian
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Macam ni punya cute,
takkan kita nak ngap!
Kesian!!!!

p.s: Masih terngiang-ngiang bunyi katak 'cieeeeeeetttt!!! time kena siang.Pengalaman mengerikan masa aku kecik, tinggal berjiran dengan sebuah keluarga cina.
Saiz katak tu lebih kurang saiz tapak tangan lelaki dewasa.

Carta dosa.

   Lepas demam 2 hari, pagi ni lepas subuh aku dah teringin sangat nak blogging.Apa lagi lepas buat jemput-jemput ikan bilis dan teh o kesukaan ayah, aku pun start online.Macam biasa, buat kerja 2 in 1, blogging sambil facebooking sekejap-sekejap.(Agaknya ayah aku kata, kesian anak aku, tak abis-abis buat kerja sekolah.Padahal kerja sekolah aku masih menimbun lagi di rumah.)Bila facebooking tu, aku suka baca macam-macam benda yang kawan-kawan aku share seperti kata-kata motivasi, benda-benda lucu dan pelik dan juga ilmu agama.Contohnya pagi ni, aku jumpa carta.Bukan carta hati atau carta lagu tapi carta dosa.Sekurang-kurangnya, aku dapat ingatkan diri aku yang tak berapa nak muda ni supaya sentiasa insaf dan selalu ingatkan dosa.Iyelah, kata orang bila umur makin meningkat, rumah kata;Pergi!Pergi!Kubur pulak kata;Mari!Mari!Tambah pulak untuk orang yang tak sihat macam aku!!!Tapi jangan lupa, orang muda pun kena selalu ingat pasal carta hati dosa ni.Apa lagi, jom kita tengok!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Nampak?
Banyak perkara yang mungkin kita buat antar 10 yang tersenarai tu kan?
Terima kasihlah pada Nadzirah Che Saad sebab sudi share untuk ingatan kita bersama.



Thursday, May 31, 2012

Cuba teka yang ni pulak...


Nampak macam sedap, tapi awas!
Benda apa ni agaknya?
Credit to Google.

Cuba teka!


Agaknya, benda apa ni ye?

Tak logik tapi tengok juga!

Dah tau dah tak logik,
tapi aku nak tengok jugak!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Sakura!!!
Opps!
Maksud aku Seindah Sakura.

Mana logik sebab cikgu Aril boleh hantar Shakira ke Pusat Pemulihan Akhlak time tu jugak!
Lagi pun dia bukan penjaga sah si Shakira.
Sekali tengok, dah macam sinetron Indonesia pulak!

-
-
-
-
-
-
-
-

Kisah lanjut, baca di SINI.
Gambar credit to EDtv.

Karjalanpiirakka!

Cuba teka, apa nama makanan ni dan dari mana asalnya..
-
-
-

-
-
-
-
-
-
-
-
-
   Kalau nak tau, inilah dia Karjalanpiirakka, iaitu antara sajian utama masyarakat Finland atau dikenali sebagai Finnish.Sajian ini dikenali juga sebagai Karjalan pie atau Karelian pasties.Bahan utamanya adalah beras putih dan tepung rye.Kalau tak tau apa tu tepung rye,kena tanya En.Mat Gebu.Bahan lain adalah susu jadi nampak gayanya tak kenalah dengan selera aku sebab aku tak suka susu.Tapi, bagi sesiapa yang teringin nak cuba buat tu, aku dah tolong pinjam resipi dari SINI.Kalau dah berjaya buat pai ni nanti, jangan lupa kongsi gambar tau!Selamat mencuba.(Nak cari maklumat tentang Finland, bolehlah ke SINI


Ingredients

  • 2 cups water
  • 1 cup uncooked white rice
  • 2 cups milk
  • salt to taste
  •  
  • 1/2 cup water
  • 1 teaspoon salt
  • 1 cup rye flour
  • 1/4 cup all-purpose flour, or as needed
  •  
  • 3 tablespoons butter, melted

Directions

  1. Combine rice and water in a saucepan over medium heat. Bring to a boil, then reduce heat, cover, and simmer for 20 minutes, or until water is absorbed. Stir in milk, cover, and cook until milk is absorbed by the rice, about 20 minutes. Season with salt to taste.
  2. Preheat the oven to 450 degrees F (220 degrees C). In a medium bowl, stir together the salt and rye flour. Stir in water. Mix in all-purpose flour 1 tablespoon at a time until dough is just past the sticky stage. Divide the dough into 16 equal portions.
  3. On a lightly floured surface, roll each piece of dough out into a thin circle 6 inches in diameter. The dough should be as thin as possible. Place about 3 tablespoons of the rice mixture in the center of each circle. Spread the mixture out to within 1 inch of the edges. Fold the edges of the dough upward, and crimp the edges so as to allow the pastries to hold their shape. Pinch the sides at each end to form a little boat. Place pastries about 3 inches apart on an ungreased baking sheet, and brush the tops with butter.
  4. Bake for 10 to 15 minutes in the preheated oven, until the dough is firm, and the rice porridge is slightly browned on the top. Serve warm.

Hukum bela hamster.Wajib dibunuh?

Ni hadiah Hari Guru aku.

   Hari Guru yang lepas aku terima hadiah seekor hamster dengan kandangnya sekali.Seronoklah sebab aku baru je berangan nak beli hamster.Pagi ni, aku baca di Utusan Malaysia ada pulak wujud komuniti Marmut Cute yang mengumpulkan peminat atau pemelihara hamster, tikus belanda dan yang seumpamanya.Tapi, baru je sekejap tadi aku terjumpa satu blog iaitu Al-Muwahhiddun yang menyatakan bahawa kita wajib membunuh hamster.Aku keliru sebab hamster ni bukanlah macam tikus perosak yang busuk tu.Tolong beri aku pendapat.Untuk lebih maklumat, aku beri link yang dimaksudkan. 

-
-
-
-
-
-
-

Didi, hamster aku suka buat aksi comel macam ni.