Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Tuesday, July 31, 2012

Jangan lupakan aku...Mimpi yang sangat aneh!

   Tiba-tiba, aku terdengar satu suara... Jangan lupakan aku!Jangan lupakan aku!Berulang-ulang kali.Aku toleh kiri kanan.Tak de siapa pun yang kelihatan.Aku cuba mencari arah suara tersebut.Tiba-tiba... Ya Allah!Aku ternampak 'dia' dan anak-beranaknya kelihatan seperti orang sesak nafas!Aku cuba membantu namun aku gagal!Sedang aku cuba menggapai 'dia dan keluarganya', aku terasa bahu ku ditepuk.Aku bermimpi rupanya!Aneh sungguh mimpiku!Namun, tiba-tiba, aku mendapat ilham.Ya!Akan aku abadikan 'wajah dia dan keluarganya' di hasil tanganku yang terbaru.Maka terlahirlah yang berikut.....

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-





'Dia dan keluarganya' yang aku maksudkan adalah huruf 'alif' dan lain-lain huruf jawi.
Sungguh aneh mimpiku kan?
Mungkin peringatan buat aku yang entah telah berapa lama meninggalkan tulisan jawi.

Monday, July 30, 2012

Gambar beg duit felt baru je siap.

Tengok gambar dulu ye!Baru je siap.
Masih panas lagi tu!






















Beg duit felt tempahan terbaru dah pun siap.

  Nak blogging lama-lama tak sempat jadi aku kongsikan beberapa tempahan beg duit yang baru aku siapkan.Insyaallah, esok atau lusa, aku kongsikan cerita terkini untuk semua.

 -
-
-
-
-
-




Macam mana?
Ok tak?


Kalau nak tengok keychain, klik SINI.

Untuk tempahan brooch, klik SINI.

Beg duit pulak, di SINI.

Wednesday, July 25, 2012

Tuesday, July 24, 2012

Para Pencari Tuhan 6 bikin ramadan makin seru!

   Lantaklah dia orang nak kutuk Malaysia ke apa.Bagi aku setiap kali ramadan,time sahur  pukul 4 pagi tu, aku mesti menonton Para Pencari Tuhan.Dari Jilid 1 hinggalah sekarang ni jilid 6.Sinetron ni nampak macam komedi tapi banyak sangat isu-isu agama yang diketengahkan secara tak langsung.Entahlah, tak berapa pandai pulak aku nak jelaskan.Kalau boleh, tontonlah sendiri.Oh ya!Tiap-tiap hari, aku menonton sinetron ni jam 3.30 pagi di SCTV.Petang-petang kalau sempat, ulangannya pun aku tonton.Bagi yang tak dapat siaran SCTV tu jomlah ke Pasir Gudang!

-
-
-
-
-

Watak yang selalu buat aku geram.




Orang penting Para Pencari Tuhan, Bnag Jack @ Deddy Mizwar.


PPT.jpg

Cari info di SINI ye.

Sunday, July 22, 2012

Ala burung!Eh kucing.Ke lembu?

   Eeeeiiiii!!!!!Seronoknya dah bulan puasa.Tak lama lagi, bolehlah raya.Bila raya, kena buat ketupat.Tu yang aku suka tu.Yeah!Yeah!Buat ketupat.Aku paling suka buat ketupat burung.


Sebiji macam ni.

   Selain ketupat burung, rupanya macam-macam lagi jenis ketupat yang ada.Aku jumpa di SINI.Ada ketupat rupa kucing!!!Bestnya kalau dapat buat!


Ini ketupat koci


Ini ketupat dadu.


Ini ketupat... eh ini gambar kucing!



Ini ketupat kucing ( Orang kata ni ketupat lembu tapi aku tetap kata ni ketupat kucing)

Lain-lain jenis ketupat, sila tanya DI SINI.

Gambar pun dia punya.


Saturday, July 21, 2012

Ada tiga BE rupanya....

   Dah lama tak check Cik Nuffy.Rupa-rupanya ada tiga lagi BE di blog aku.Blog aku ni blog ikan bilis je.Walau pun aku update tiap-tiap hari, tapi visitors takdelah beribu-ribu jadi tak sangka Cik Nuffy masih sudi beri BE.Terima kasih daun keladi ye.Kalau sudi, berilah lagi dan lagi dan lagi.... Hehehehe!!!!

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Hahaha!!!!



BE ke 30 berapa ek?
Lupa dah....

Dia buat lawak pulak....

Malam kedua ramadan.Terawih di rumah dengan ayah dan budak-budak.Mula-mula ok je.Khusyuk.... Tapi tiba-tiba ada seorang anak buah aku tu buat lawak... Time rukuk, songkok dia terjatuh.Bukan sekali tapi dua, tiga kali.Rasa nak tergelak aku.Nama pun budak-budak.Patutlah di masjid malam semalam, time orang terawih tulah budak-budak main police and thief.Rasa macam nak ketil sorang-sorang!Nasib baik bukan anak aku!

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Inilah budak kenit yang buat lawak jatuh songkok tu.
Salah seorang anak buah aku yang kelakar.


Friday, July 20, 2012

Ada sesiapa kenal Teo Hui Keng?

   Zaman aku sekolah dulu, time dekat nak raya, banyaklah kad raya yang aku dapat.Nak kata popular tu taklah sebab zaman dulu aku bukan ada kawan sangat.Yang ramai, kawan berbangsa Cina.Dalam banyak-banyak kad tu, aku suka sangat sekeping kad handmade yang sangat cantik.Kad tu pemberian seorang teman.Walau pun kami tak sekelas, aku di kelas A dan dia di kelas C, dia tak pernah lupa hari jadi aku atau hari raya.Mesti ada kad yang diberi.Salah satunya, kad yang diberi semasa aku di tingkatan 5.Aku sayang sangat kad tu dan aku simpan kad tu sampai sekarang




Gambar pokok buluh tu dia guna cara tebukan.
Kreatif sangat.
Tulisannya tu gunakan dakwat cina ala-ala tulisan khat.




Kad tu bila dilipat, nampak cantik sangat.

Sampai sekarang aku masih rasa tersanjung kerana kawan aku tu
sanggup luangkan masa buat kad yang sangat istimewa ini.

Tapi malangnya,
aku tak tau di mana kawan aku tu sekarang.

Ada seseiapa yang kenal
TEO HUI KENG?


p/s : Aku pun teringin sangat nak jumpa kawan-kawan aku yang lain...

K.Vasudevan
Ghazali Daud
Ang Wang Theen
Wong Yean Foong
Heng Gee Kiap
Yap Kim Tuan
Abdul Rahman Mardi
Norizan Idris

Gilakan kau!

   Petang-petang nak sambut Ramadan, Sinar mainkan lagu ni pulak.My favourite tu!!!!Lagu best wooo!!!Suara Amy Search pulak tu tetap maintain dari zaman dulu sampailah sekarang.Biar pun dah bergelar datuk, Amy tetap terbaik!GILAKAN KAU!!!
-
-
-
-
-
SELAMAT BERPUASA!!!






Terbaik di Facebook


Sumber : Facebook

Terbaik di Facebook


Sumber : Facebook

Thursday, July 19, 2012

Beg duit felt lagi

   Sempat juga aku siapkan 2 beg duit felt, satu brooch nama, dan 2 keychain Superman dalam masa dua hari ni.Ada 9 beg duit, 1 keycahin, 1 bunga pegang pengantin dan 1 brooch nama lagi yang perlu aku siapkan.Penat tu memanglah penat tapi hilang penat bila tengok duit.Sekurang-kurang, kalau aku mengadap TV, takdelah aku membuang masa semata-mata mengadap TV.

-
-
-
-
-
-
-



Beg duit terkini

-
-
-
-



-
-
-
-
-
-



Esok, boleh mula projek lagi sambil buat persiapan sambut Ramadan.

SELAMAT MENYAMBUT BULAN PUASA!

Pavlova untuk pot luck.

   Esok ada pot luck.Saja buat pot luck untuk sambut Ramadan.Dapat jugak rapatkan silaturrahim dengan teman-teman setugas.Aku pun teringin jugak nak bawak makanan.Dari awal aku dah niat nak buat pavlova.Dan dah pun siap.....

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Alamak!!!!
Whip cream tak cukup!
Nak beli, kedai dah tutup.
Maka terpaksalah pandai-pandai buat pavlova versi sendiri...
Pavlova versi pot luck!
-
-
-
-
-



Inilah rupa pavlova miskin sebab tak cukup whip cream.

-
-
-
-




Yang ni pavlova cukup whip cream versi buah naga!
:D




Sejambak bunga halwa betik lambang cinta...

   Bila aku sebut halwa, tentu ada di kalangan anak-anak atau adik-adik kita yang tak berapa tahu.Aku sendiri pun, dah bertahun tak jumpa halwa.Lebih-lebih lagi halwa yang digubah cantik.Bila kali terakhir aku lihat halwa pun aku tak ingat.Tetapi semasa pertunangan adik aku 14 Julai lepas, pihak perempuan sudi memberi sejambak bunga halwa betik yang sangat cantik dan sedap.Entah berapa harilah agaknya nak siapkan halwa bunga istimewa tu.Tinggi betul nilai budaya Melayu kita, kan?Agak-agak, ada tak sesiapa nak ajar aku buat bunga halwa ye?

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Halwa betik bunga ros lambang cinta.




Hantaran yang lain.

Wednesday, July 18, 2012

Bubur sum sum.Cara nak buat...

   Dalam beberapa hari lagi, Ramadan akan menjelma.Bila sebut bulan puasa,mesti aku teringat kenangan zaman kecik.Terutama sekali tentang makanan.Mak aku dulu suka sangat  buat bubur sum-sum.Tapi aku tak berapa suka bubur sum-sum.Kenapa entah.Tapi, bila dah tak berapa nak kecik ni, teringin pulak nak makan bubur sum-sum.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-



Ini resipi daripada Ana

Bahan2
1 ½ cawan tepung beras
1 s/b tepung jagung
4 cawan santan [½ biji kelapa] (len kali buat nak tambah ½ cawan lagi sebab aku suka lembut sket)
½ s/k garam

Cara2 Membuatnya
1. Panaskan kukusan.
2. Gaulkan semua bahan (aku guna whisker) dan tapiskan dalam periuk atau non-stik wok.
3. Kacaukan adunan sebentar di atas api sederhana sehingga nampak likat.
4. Tuangkan dalam loyang yg telah disapukan minyak.
5. Kukuskan selama 5 minit.
6. Tutup api dan sejukkan. 


AIR GULA MERAH
Bahan2
1 cawan gula merah (ku guna gula kabong seketul besar)
1 cawan gula biasa
2 cawan air
1 helai daun pandan simpulkan

Cara.
1. Panaskan semua bahan sehingga mendideh.
2. Tapiskan dan sejukkan.

Wordless Wednesday

Monday, July 16, 2012

Dia datang lagi...

Garlic bun....

Tiba-tiba teringin nak makan Garlic bun and mushroom soup....



Credit to : Shutterbean.



Credit to : Steven Tan


Kena buat weekend ni.

Sunday, July 15, 2012

Di sebalik majlis pertunangan adik...

   Alhamdulillah..... Adik dah pun bertunang.... Tema warna pink.Pihak lelaki pink, pihak perempuan pun pink.Pihak lelaki bawa 7 dulang dan pihak perempuan balas 11 dulang.Opps!12 dulang. Oleh kerana ayah dan mak tak berapa sihat, kami adik-beradik tolong uruskan. Rasa nak tergelak pun ada.Almaklumlah, aku adik beradik ni sempoi habis.Bukan tak ikut adat, ikut tapi adalah beberapa perkara yang aku rasa kami terlupa.jap nanti aku cerita.



Yang bersongkok berbaju kelabu ayah tunang adik aku.

Nampak tak?Semua bersongkok atau berkopiah.


-
-
-
-





   Yang berbaju melayu tu adik aku, wakil bagi pihak ayah.Yang ralatnya, tak ingat langsung nak ingatkan adik supaya bersongkok.Bukan adik je, tapi semua lelaki dewasa bagi pihak adik aku tak bersongkok!Bukan niat untuk membelakangkan adat, tapi kami terlupa!!!Tentang hantaran pun aku ralat.Pihak adik aku sediakan 7 hantaran iaitu cincin dua bentuk ( untuk merisik dan bertunang), baju, set penjagaan wajah ( Eh,Bunyi skemanya), buku, cup cake, Red Velvet Cake dan Strawberry coklat.Aku cuma buat kotak kek felt untuk diisi buku tu.Siap ada gambar adik dan tunang dia lagi.Kira eksklusif, gitu.Punyalah excited nak dapat adik ipar.Tapi aku betul-betul ralat, sebab kita orang tak sediakan sirih junjung.Ingatkan tak apa tapi bila balik Johor mak tanya.Sirih dara tak ada ke? Hmm.... Memang patut ada sirih junjung ke?




      Inilah kotak felt yang aku buat istimewa untuk bakal adik ipar aku tu. Sampai mintak darah kau!!Selain mintak darah, sebelum buat kotak nilah daging jari telunjuk kiri aku masak kena gam dari glue gun!Panik punya pasal, bila gam tu menitik, aku cepat-cepat sapu.Apa lagi dengan isi jari telunjuk aku sekali tertanggal.Dah tu glue gun tu langsung tak boleh guna sebab ada letrik mengalir walau pun aku baru je beli.Akhirnya aku buat kotak felt ni 100% menggunakan benang dan jarum. 

   Tentang hantaran buah strawberry pulak, aku ralat sebab tak teringat langsung nak tolong adik ipar aku.Dengan adik aku yang seorang lagi dan anak-anak buah, aku berseronok di i City.Budak-budak naik Pirate Ship tapi aku duduk tengok je sebab aku masih tak sihat.Hari Jumaat tu pun aku mc.(Bilalah aku nak sihat sepenuhnya) Tapi sempatlah jugak aku try 6 D movie tengok Alien Safari.Tapi tak thrill pun.Mahal je boleh harap.Opss!Pasal ralat tadi, patutnya aku duduk rumah je tolong adik ipar aku buat strawberry coklat bukan dok buang masa di i City tu.



Inilah buah strawberry dengan lingkaran coklat putih lambang cinta.Chewah!!!

   Akhir sekali aku terkilan sebab langsung tak teringat nak rakam detik-detik istimewa tu dengan video untuk dikongsi dengan mak dan ayah.Setakat gambar memang banyak.Pada hal, bukan setakat telefon adik-beradik aku tu canggih-canggih, video camera pun ada tapi langsung tak teringat nak bawak.Ralat betul!Kalau tidak, dapatlah kami tengok adik aku yang wakil ayah tu berpeluh dalam cubaan meminang anak dara orang!Maklumlah orang muda, mula-mula bunyi orang nak memetik bunga tapi lama-lama dah bunyi macam orang tengah meeting!



Ni hantaran untuk cincin merisik dan cincin tunang.




Adik lelaki aku tu memang malu orangnya!!!




Bakal mempelai bersama adik aku.



Bakal memelai bersama anak dara aku dan bakal menantu aku.
( Ehem!Bila nak masuk meminang ni?)

Posing depan hantaran dari pihak perempuan untuk kenang-kenangan.




Yang bertunang tak nervous tapi yang tukang sarungkan cincin pulak yang nervous.
Maklumlah, bakal dapat adik ipar.
Macam Najwa latif pulak tu!
:D

p/s: Kepada pihak perempuan,
maaf sekiranya ada yang terkurang.




   

Let's have a break!