Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Sunday, December 30, 2012

Aku ingin...

   Sehari lagi 2012 akan melabuhkan tirainya.Bermakna akan bertambah sehari lagi usiaku.Ya, bagi yang bertanya, benar atau tidak aku menyambut birthday pada 1 Januari, jawapanku benar kerana itulah yang tercatat di surat kelahiran dan kad pengenalan aku.Dengan usia yang bertambah sehari lagi, aku berharap aku akan menjadi a better person for the best future.Berikut adalah ikrar ku sempena tahun baru :Aku ingin jadi...

1.Lebih sihat
2.Lebih kuat
3.Lebih sabar
4.Lebih rajin
5.Lebih alim
... dan yang paling utama adalah LEBIH BERSUNGGUH SUNGGUH UNTUK MEMBANTU ANAK-ANAK MURIDKU MENCAPAI KEPUTUSAN CEMERLANG DALAM B.INGGERIS


Doakan aku berjaya, ye.




Team aku yang superb!


   

Resipi pisang goreng inovasi

   Tak boleh up date panjang-panjang.Kerja masih banyak nak dibereskan.Tapi, kena stop jugak buat pisang goreng.Maklumlah petang-petang cam ni tambah pulak hujan rintik-rintik, amat seronok jika dapat mengunyah sambil menambah lemak.Hahahaha!!!Tambah pulak ada setandan pisang yang dah masak.Pisang tanam sendiri tau!

   Mula-mula, kenalah sediakan adunan tepung untuk salut pisang tu.Macam biasa, aku guna tepung beras.Telur sebiji, air kapur sesudu, garam secubit dan air.Kacau sampai rata.Kemudian tapis.Pisang sesikat dibuang kulit dan dibelah dua.Sambil tu panaskan minyak.Bila minyak dah cukup panas, gorenglah pisang.Api kena jaga supaya tak terlalu kecil atau besar.Sedang-sedang saja kata Iwan.(Tak tau Iwan?Ala... penyanyi dangdut tu!)Bila dah cukup garing, angkat, tos dan bolehlah dihidangkan.Sangat lazat jika dimakan sambil menonton TV.Hahaha!
-
-
-
-
-
-
-
-


Tada!!!!Goreng pisang inovasi.
Kenapa inovasi?
Sebab aku letak warna purple.
Inovasi le tu.

Nama lain : Pisang goreng rasa bukan sekadar rupa.

Kau ke yang nak pakai?

   KAU KE YANG NAK PAKAI?
DIAM-DIAM SUDAHLAH.
AKU TAULAH APA AKU NAK BELI!

   Dialog di atas aku petik dari kejadian sebenar yang aku lihat dengan mata sendiri semalam.Lokasinya di sebuah kedai kasut, di Kip Mart Masai.Dialog dilontarkan oleh seorang remaja lelaki mungkin tingkatan 4 atau 5 kepada seorang wanita tua berselendang berbaju kurung agak lusuh yang aku pasti ibu si remaja kerana aku terdengar perbualan seterusnya.

     Rasa terkejut dan sedih kerana kasar sungguh bahasa si anak.Kasut yang diingini tu rasanya di luar kemampuan si ibu jadi si ibu menasihatkan si anak supaya memilih kasut yang lebih murah.Tapi diherdiknya si ibu.Tak patut sungguh.Inikah generasi muda kita yang akan datang?Panjang aku nak ulas tapi panjang pulak senarai kerja yang aku kena siapkan...

Cantik pulak kasut google ni.

Tak guna tak payahlah!

   Tiap-tiap tahun isu yang sama.Keperluan ke paksaan?Itulah isu yang selalu aku dengar bila ibu bapa menguruskan hal pembelian buku anak-anak untuk memulakan sesi persekolahan.Kalau di Pasir Gudang ni, komen ibu bapa biasanya tentang pihak yang mewajibkan untuk membeli segala mak nenek buku dan keperluan sekolah di koperasi.Termasuklah buku-buku kerja untuk setiap subjek yang bukan sedikit jumlahnya.Kalau seorang anak ok lagi, tapi bersusun paku setahun seorang?Teruk juga tu.

   Memang betul tak rugi melabur untuk pendidikan anak-anak.Bak kata seorang ibu yang aku jumpa, melabur beli kereta besar boleh, takkan  bayar lebih sikit tak boleh?Aku setuju tapi masalahnya sekarang ni, kalau dah wajib beli atas nama keperluan tu, GUNAKANLAH wahai cikgu!Ini tidak!Yang tahun 2010 punya pun masih kosong!Seperkara lagi, kalau cikgu tak sempat nak guna di kelas, benarkanlah budak-budak buat dengan ibu bapa di rumah.Janganlah tulis JANGAN BUAT DI RUMAH.SILA IKUT ARAHAN.Apa pendapat anda?




Gambar Google



Saturday, December 29, 2012

Lebah di mana-mana tapi aku redha...

   Kenal tak serangga comel tapi bahaya bernama lebah?Alah... yang belang-belang tu!Mesti kenal kan?Inilah aku nak cerita ni.Sejak 24 hb hari tu, banyak beno lebah di keliling aku.Ada spesis G9, G100 + dan G Staff.Aikkk????Mana ada? Ada......... Tak percaya?
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-




Ha.... Inilah lebah-lebahnya!
Yang  ni aku dan kawan-kawan sekerja.
Penat tapi happy memanjang.
Meeting pun bzzzzzzzzzzzzzzzzzz macam lebah!
Bising yang seronok!

-
-
-
-
-
-
-


Yang ni, G9.Salah satunya Puan Pengetua Cemerlang kami.
Tak taulah dari mana Puan dapat energi.
Banyak beno idea!
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Ini lebah comel tapi aktif kemain @ 
Guru Kanan Mata Pelajaran / Ketua Bidang Bahasa yang aku sayangi
Kalau tak de dia, mau mati kutu aku nak buat kerja.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Last sekali, lebah ceria sentiasa,
Guru Bimbingan Kaunseling Berdaftar sekolah kami.

-
-
-
-
-
-
-
.... dan lebah-lebah ini telah dan akan terus bertugas pada 24 Dis, 26 Dis, 27 Dis, 28 Dis, 29 Dis, 30 Dis ( AHAD?why not???) 31 Dis, 1 Jan,2 Jan,3 Jan, 4 Jan dan 5 Jan 2013.Harap-harap 6 Januari dapat buat kerja sekolah di rumah je.

PENAT TAPI SERONOK.
TU YANG AKU DAH BERAPA HARI TAK UPDATE BLOG.
INI PUN UPDATE TIME TUNGGU WEB GOVERNMENT LOADING.
SLOW BEBENO!

Gambar lebah semua Google punya.

Sunday, December 23, 2012

Cerita Pak Kaduk pun tau!


   Zaman aku kecik-kecik dulu, aku minaaaaaaaat sangat cerita-cerita rakyat.Sampailah aku ke  tua ni. Seronok baca cerita rakyat ni.Tapi, kenapa entah budak-budak muda zaman sekarang langsung tak minat baca cerita rakyat.Sampaikan budak dah nak masuk form 5 pun tak berapa tau cerita Pak Kaduk.Yang dia tau, kaduk naik junjung!Cubalah rajin-rajin sikit baca cerita-cerita rakyat.Barulah boleh diturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain.Jangan nanti cerita Pak Pandir pun tak tau!Betul tak?

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Koleksi terkini cerita rakyat aku susunan Othman Puteh dan Aripin Said.
Buku ni aku beli khas untuk 'bakal cucu' aku 10 tahun akan datang.
Hehehehe...
 

Senarai biasiswa di Malaysia.

   Kebetulan pulak anak-anak murid aku yang akan menduduki SPM 2013 dan yang telah pun menduduki SPM 2012,ramai yang bertanya tentang peluang mendapat biasiswa di Malaysia.Aku nak jawab sendiri tak reti.Kebetulan aku jumpa entry CIKGU FIQ.Jadi silalah ramai-ramai bertanya pada Cikgu Fiq ye.Jangan lupa ucapkan terima kasih pada Cikgu Fiq.


   Bagi yang masih di tingkatan 2,3 atau 4, jangan pulak mohon biasiswa tu.Mohon je Biasiswa Kecil Persekutuan 2 ( untuk bumiputera) atau 3 ( bukan bumiputera) .Jumlah setahun buat masa ini adalah RM840 tetapi ura-ura yang aku dengar bagi pelajar aliran Sains, akan dinaikkan ke RM2400 setahun.Trylah memohon!

Teacher dah start.Awak bila lagi?

Soalan untuk anak murid aku terutama yang ambik SPM 2013.
Teacher dah start study untuk SPM 2013.
Awak bila lagi nak start?
Kena study dari hari pertama sesi 2013 tau!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Memory Master yang depan tu ada Literature Component untuk Form 4 dan Form 5.
Sesiapa yang rasa tak berapa faham novel The Curse,
silalah beli yang Form 5 punya.
Siap ada komik lagi.



Makhluk pelik.

Sekali pandang macam alien.
Dua kali pandang, macam rangka burung.
3 kali pandang?
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Dah tau dah?

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Hahahaha!!!!
Itulah makhluk pelik yang terhasil akibat hanger yang termasuk mesin basuh.
Aku dah dengar dah mesin tu 'komplen' tapi aku malas nak tengok.
Nasib baik tak rosak mesin basuh aku.







Hadiah untuk blogger

   Dah dekat 2 minggu dah aku beli hadiah ni.Tapi tak sempat lagi nak pos.Mudah-mudahan, esok tak de halangan untuk aku pos pada seorang teman blogger yang banyak membantu, menyokong dan memberi inspirasi pada aku dalam mewarnai dunia blogging ni.Harap-harap, hadiah tak seberapa ini dapat menambah keberkatan hubungan persaudaraan sesama islam @ sesama blogger.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Mintak maaf ye sebab lambat sangat pos hadiah ni.




Saturday, December 22, 2012

Jumpa kekasih baru.




   Bukan aku tak sayang.Bukan aku tak cinta.Tapi hatiku tetap inginkan perpisahan.Biarlah orang kata aku kacang lupakan ulit.Biarlah orang kata aku tak setia.... aku rela kerana aku telah jatuh cinta....

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

... aku jatuh cinta pada alat tulis baru.

   Perkenalkan.... Warna merah tu cop untuk menanda buku yang bertulis 'Very Good' dengan gambar tikus yang comel.Mengajar menengah atas tingkatan 4 dan 5 pun sangat berkesan guna cop-cop comel macam ni.Kemudian ada Cik Pen, Cik Pensel, Correction Tape, Cik Marker Pen 4 beradik dan isi stapler.Yang nampak macam jam tu sebenarnya correction tape juga.Nampak cute jadi aku belilah.Mudah-mudahan, dengan adanya alat tulis baru, semangat aku pun baru.
 

2689?

   Entry pertama bertarikh 8 Mei 2010.Hari ni 22 Disember 2012.Tak sangka!Banyak juga dah aku menulis aka publish entry di sini iaitu 2689 entry jumlah semuanya.Kalau dibukukan dah boleh jadi novel dah ni.Mudah-mudahan, aku akan terus diberikan ilham dan kekuatan untuk terus menulis.Bukan semua suka tau!Ada juga yang tak suka.



Bukti tak tipu punya!

BE ke 42 dan 43

   Pelik tetapi benar.Berdasarkan pengalaman, telah 3 kali aku tak blogging dan langsung tak update blog dek tahap kesibukan yang terlampau ditambah dengan penyakit 'mim' tetapi aku dapat BE aka Buffered Earning dari Cik Nuffy.Terkini, aku tak blogging sejak 19 Dis sampailah hari ni.Blog langsung tak update tapi dapat BE terbaru yang ke 42 dan 43.Agaknya kerana traffic aku maintain kot.Apa pun, terima kasihlah Cik Nuffy.Walau pun taklah beribu=ribu lemon, tapi cukup sangatlah untuk aku bayar bil broadband aku ni.



BE k3 42 : Sunway Education Application
BE ke 43 : DiGi Triple D

Kek Coklat Milo

   Kek coklat dah pun siap.Sambil update blog, upload foto, dapat masak kek coklat sebiji.Barulah namanya masa berkualiti kan? Emmm.... Jemput makan!




Kek panas dari pengukus



Kek tabur chocolate rice..
Alah mak!Chocolate rice dah habis.
Milo boleh tak?





Telah pun selamat dimakan!

* Stiwee jangan jealous!*


Keputusan PMR : Buat mereka yang bertanya

   Keputusan PMR 2012 telah pun diumumkan ada 19 Disember lalu.Tetapi aku masih lagi menerima mesej atau call bertanyakan tentang keputusan PMR sekolah aku.Tak larat nak jawab jadi aku share apa yang aku tau di sini ye.Tak salahkan? Sambil menunggu kek coklat aku masak.


Peratus keseluruhan : 80.6%
Tahun lepas : 70.96%
GPS keseluruhan : 2.45
Tahun lepas : 2.50
Jumlah Calon : 433
Straight A : 32 ( Tahun lepas 36)
Near Miss ramai kot!

Subjek yang meningkat :
1.BM - 98.2%
2.BI - 83.3 %
3.Geografi - 93.1 %
4.Sejarah - 98.6%
5.B.Arab- 100%
6.Pendidikan Islam - 93.8%
7.Sains - 97.9%
8.KH 2 ( Sains Pertanian) - 99%

Subjek Lain :
1. Matematik - 97.5%
2.B.Tamil - 100%
KH 1,3,4 - Ala.... Lupa nak catat.



Sebahagian calon cemerlang.
Tahniah dan mudah-mudahan berjaya menjadi insan berguna dunia dan akhirat.

Selamat pagi Sabtu

Sabtu yang selamat.
Aku tak selamat.
Aduhai...
Rasa nak makan chocolate cake pulak.
Aku buat kek jap ye!
-
-
-
-
-
-
-
-
Nak kek yang gebu macam Mat Gebu Tiffin Biru.

Tuesday, December 18, 2012

Epal yang romantik

Romantikkan?

Epal paling jelita


Mata biru tu!!!!


Epal kembar siam


Ini kish benar tau!
Tak percaya,tanya tuan punya gambar.

Buah-buah pelik tak pernah jumpa

Pagi-pagi nak cerita pasal buah.
Rupa-rupanya banyak buah yang aku tak tahu.

Pertama : Buah Putat kata KAK NAB


buah-dabai
   Kedua : Buah dabai.Kata Fazlisyam, tuan punya gambar, di Pasar satok selain buah dabai, ada macam-macam lagi buah yang pelik contohnya durian kura-kura, buah belimbing api atau buah uchong, buah langgir,buah tampoi dan buah bambangan.Kalau nak tahu lebih lanjut, bolehlah ke blog Fazlisyam.



   Ketiga : Buah telur kuning @ kanistel.Untuk tau lebih lanjut, bolehlah ke blog Fazlisyam, tuan punya gambar tu.Ada banyak maklumat di blog tu.



   Keempat : buah Keriyang dot (Besar) kata tuan punya gambar, Wannura.Selain blog Fazlisyam tadi, blog Wannura ni pun banyak info tentang buah-buah pelik yang aku tak penah jumpa.Kalau nak tahu, silalah ke blog Wannura.Sementara itu, aku nak makan buah pelik ni.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
BUAH EPAL!Apa tak peliknya, buah epal bukan buah tempatan tapi di mana-mana boleh dapat buah epal.Budak baru tumbuh gigi pun tahu buah epal.Kan pelik tu?



Monday, December 17, 2012

Buah Putat dan primadona

  Dah lama nak buat entry ni.Tapi lupa manjang. Nasib baik ternampak promo PRIMADONA di ASTRO yang ada HANIS ZALIKHA tu.Tak kenal HANIS ZALIKHA?Ala... blogger popular yang cantik tu.Meh nak tunjuk gambar.


Gambar Google punya

   Inilah dia.Tapi, entry ni bukan nak cerita pasal si MARIAM @ HANIS ZALIKHA.Sebaliknya aku nak cerita pasal buah putat.Sebenarnya aku pun tak tau apa itu buah putat.Tak pernah tau pun buah putat ni wujud.Apatah lagi melihat pokok atau merasa buahnya.Bila aku google, inilah hasilnya.Betul ke tak ye?


   Inilah rupa buah putat menurut RAINSTORMZ, tuan punya gambar.Menurut kata KAK NAB, buah putat ni boleh direbus atau dimakan mentah.Kak Nab suka buat ulam, kata Kak Nab.Rasanya kelat-kelat lemak.(?) Langsung aku tak dapat nak bayangkan.


   Ini gambar daun putat yang ada di blog KAK NAB.Macam daun gajus agaknya.Kata Kak Nab, pokok ni banyak di utara. ( Oooo.... Patutlah aku tak pernah nampak.Aku orang selatan.Nasib baik ada cerita MARIAM KG PUTAT kalau tak aku langsung tak tau buah ni wujud.Kalau nak tau lebih lanjut, ada banyak maklumat tentang buah putat  di blog Kak Nab.Bolehlah berkunjung ke sana.Sementara tu aku nak google jenis-jenis buah lain yang langsung aku tak pernah nampak.



Ini dia cerita Mariam Kampung Putat.
Hari Jumaat ni, kalau tak silap, HANIS ZALIKHA akan muncul
di PRIMADONA DI tv astro.

Rama-rama dari Turki

   Patutlah seronok je hari ni.Rupanya nak terima rama-rama dari Turki.Cantik sangat.Dah lama jugalah order dari kak Ima.Bolehlah pakai masa bertugas 19 Disember ni.3 lagi pakai semasa meeting minggu depan.
-
-
-
-
-
-
-
-
-



Teman suka beno!

Senarai semak ke sekolah

  19 Disember dah mula bertugas.Kemudian cuti semula.24 Disember start balik dengan meeting guru.25 Disember cuti krismas.26 Disember dan seterusnya akan dipenuhi dengan meeting, meeting dan meeting.2 Januari dah mula kelas sperti biasa.Walau pun hari pertama persekolahan, kelas akan bermula seperti biasa.Urusan buku dan sebagainya bukan alasan untuk tidak memulakan kelas sewawal minit pertama persekolahan.

   Persiapan untuk mula sesi baru persekolahan bukan dibuat oleh anak-anak murid je tapi para guru juga termasuklah aku.Tapi satu apa pun aku belum siap lagi.Terlanjur dah cerita untuk buat persiapan, elok aku buat checklist.Manalah tau, ada yang tertinggal pulak nanti.

1.Alat tulis ( pen biru, hitam ,merah, marker pen,highlighter 3 warna), correction tape, pemadam pensel, pensel 2B ( Mechanical pencil aku tak nak), pembaris

2.Bekas pensel

3.Beg tangan

4.Kasut

5.Lipstik

6.Name tag

7.Calculator

8.Perfume

9.Baju koko baru

10.Stapler

11.Pembalut plastik 

12.Puncher

13.Beg buku

14.Label buku budak-budak ( 1 kelas = 3 buku x 5 kelas )

15.Planner

16.Gunting

17.Buku catatan

18.Pensel warna

19.Blu tac

20.Gam


21. Sharpener

Senarai terakhir adalah : Baju baru untuk ke kelas.


Gambar google


Pakai peplum ke sekolah boleh tak?


Let's have a break!