Thursday, January 31, 2013

Doa untuk Encik Abil4fauziah...

   Dah lama tak blogwalking.Malam ni, aku pun jogging2 jari sorang-sorang.Makin ramai blogger yang baru naik.Sambil-sambil tu, intai-intailah juga ranking Alexa terutama blog-blog lama.Seronok juga sebab dah lama tak dok sekodeng orang.Asyik bzzz je memanjang buat macam-macam kerja kerani walau pun aku bukan kerani.

   Tiba-tiba, aku tersinggah ke satu blog jiwang.Aku pernah singgah sekali dua tapi maklum jelah dengan jumlah blog yang banyak mengalahkan uban di kepala, mana lah aku nak ingat semua kan?Mula-mula baca, biasa je.Tapi lama-kelamaan aku rasa sedih pulak.Sob!Sob!Sob!Sedih sebab tak semua isteri yang beruntung seperti Puan Fauziah isteri kepada Encik Abil Fikri Ahmad.

   Kebanyakan suami yang aku kenal, jangankan isteri sakit terlantar, isteri penat sikit dan tak larat nak memasak pun nak mengamuk.Beras habis marahkan isteri.(Sedangkan suami yang patut beli beras).Isteri masak kurang garam sikit kata isteri bodoh tak reti masak.Ada tu, isteri gemuk sikit je kata isteri tu 'boboyot' padahal tambah berat sikit je pun.Ada juga suami yang tau minta duit isteri je.Isteri sakit jangankan nak jaga macam Encik Abil tu, tolong masakkan bubur pun tak hingin.Kebulur lah isteri tak makan.

   Jadi, kepada mereka yang telah, sedang dan akan jadi suami tu, cuba-cubalah belajar dari Encik Abil tu.Mudah-mudahan, ramai lagi suami seperti Encik Abil yang wujud dalam dunia ni.Oklah.Jemput ke rumah En Abil dan Puan Fauziah ye.

Petik sikit kata-kata En Abil

Jari ni dah letih dah..Gee dah bangun tu, nak g manja2kan Gee jap...oooo ada persoalan di sini..Sekiranya I yg sakit, u guys rasa rasa siapa yg nak manja2kan I ni..!?...hahaha hehehehe dan.........hohohohoho...Bye Bye...

( Walau pun En Abil gelak, aku rasa sedih juga) 

Mudah-mudahan, Allah permudahkan hidup En Abil suami isteri.

My Photo
Gambar En.Abil punya

Ala mak!Lesson plan belum siap!

   Lupalah pulak.Asyik blogging je.Sampai tak ingat lesson plan untuk esok belum siap.Biasanya buat siang tapi hari ni letihlah sangat.Oklah.Nak buat lesson plan dulu!!! (Nasib baik senang je.Boleh copy paste an ubah apa yang patut.Tak perlu penat menaip macam dulu)

Mudah-mudahan dia selamat...

   Hari ini dari pagi aku rasa tak sedap hati.Tak taulah kenapa.Mungkin keletihan kerana kerja bertimbun-timbun agaknya.Tapi, kerja bertimbun setakat ini bukan beban bagiku.Biasalah...Menjadi seorang guru tanpa kerja bertimbun-timbun, bukan guru namanya.

    Jam 2 petang, aku menerima berita tentang kemalangan yang menimpa bekas anak murid aku.Budak band.Seorang pemain trumpet.Semasa aku menjadi guru penasihat band sekolah, aku rapat dengan anak-anak murid aku budak-budak band.Rasa seolah-olah anak sendiri.Jadi, bila aku terima berita tentang kemalangan yang menimpa, aku betul-betul rasa sedih.Mungkin rasa tak sedap hati aku itu adalah petandanya.Setakat petang tadi, yang aku tahu, anak murid aku tu telah dibawa ke wad kecemasan Hospital Sultan Ismail, JB kerana pendarahan di kepala.Ya Allah!Kau selamatkanlah anak muridku UMI AIZAM dan kau pulihkanlah dia seperti sedia kala.Doakan untuk anak murid aku ye.Terima kasih.






Umi Aizam (Intan Mumia)
Berita terkini :Umi masih belum sedar.
Ya Allah!Kau selamatkanlah anakku UMI
  

RM150.Murah tak ye?

   Baru-baru ni aku ada tulis tentang set cadar dengan 4 biji bantal kepala dan satu bantal golek sekali dengan sarungnya yang sangat murah iaitu RM150 je.Aku janji nak upload gambar.Ok entry kali ni aku sertakan dengan gambar.Cuba tengok, agak-agak berbaloi tak RM150 tu?

4 biji bnatal kepala dan 1 bantal golej sekali dengan sarung quilted / berlapik.



Sehelai cadar juga quilted beropol king size punya.

Tuesday, January 29, 2013

Nak bagi hadiah pada Cik Anon.Cepat-cepat contact ye.

   Serius aku nak beri hadiah pada Cik Anon yang beri komen bagi entry aku yang INI ni.Jadi pada si dia yang berkenaan, cepat-cepatlah beri nama dan alamat ye.Nak pos hadiah misteri untuk pengomen (?) terbaik.Cuba baca apa komen Cik Anon ni.


Anonymous said...
Bukan orang Melayu aje..Cina,India pun mcm tu..kalau Cina "Aiya..manyak gimok lah lu...".India pulak.."Ayoo..ma..itu badan besar punya.."Bagi aku tak sensitif langsung.Biasa le..dah gemuk tak kan nak kata kurus.Bagi org yg berilmu dia tidak akan sensitif malah segala kata sinis itu akan dijadikan dorongan untuk terus berusaha menjadi menjadi kurus,tapi jgnlah kurus sangat.Nanti org kata kurus pulak.Alah yg sedang2 aje..Aku pun dulu gemuk,segala kata2 sinis tu aku jadikan sesuatu yg positif bukannya negetif.Sepatutnya kita berterima kasih pada mereka kerana memberikan peringatan.Org yg gemuk ni mudah mendapat penyakit.Banyak ruang diperlukan,kalau naik kereta penggunaan minyak akan meningkat.Banyak ela kain diperlukan utk membuat pakaian.Cepat semput kalau berjalan mahu pun berlari.Penampilan kurang menarik...sebab itulah aku berusaha bersungguh utk menjadi kurus.Mamat yg kutuk aku gemuk dulu dah jadi suamiku.Terima kasih suamiku,kerana memberikan aku kekuatan untuk terus berjuang melawan kegemukkan ku dulu.Pada wanita diluar sana jgn anggap kata2 sinis disebabkan gemuk sebagai pekara sensitif.Apa yg penting berusaha,berdoa dan bertawakal kepada Allah.Tanya lah mana2 pakar perubatan,pakar motivasi semuanya akan memberi pendapat mcm saya.Jaga pemakanan,selalu bersenam.Bersenam sikit tapi melantak bagai nak rak..tak jadi juga.Makan ais cream,makan coklat,makan itu makan ini.Nafsu makan kena kawal..kita yg kawal nafsu bukannya nafsu yg kawal kita.Kalau org kata kita gemuk bersyukurlah keran mereka memberi peringatan.Itulah kata hikmah yg aku perolehi dari pakar motivasi semasa aku gemuk mcm tong drum dulu.Wasalam.

Monday, January 28, 2013

Apa?Pengetua nak tengok pagi-pagi buta esok?

   Terkejut sekejap aku bila on FB malam-malam buta ni.Biar betul Pengetua Cemerlang aku tu.Kalau betul nak tengok pagi-pagi buta, alamat kosong le markah aku.Budak-budak janji nak tampal segala mak nenek carta dan label tu bila dia orang datang.Paling cepat tampal pun mestilah selepas perhimpunana.Esok pulak tu waktu pertama aku di kelas lain.Ala..... Kena check kejap pengetua nak tengok apa ni.

1.Kelas mesti ada tema : Ok.Tema budak-budak pilih My Fairyland / Fairy tale
2.Carta Organisasi : Ada dengan budak-budak
3.Jadual waktu : Ada dengan budak-budak
4.Kedudukan pelajar Time p&p :pun ada dengan budak-budak
5.Kedudukan pelajar time exam : Alah mak.Yang ni aku lupa nak assign tugas pada budak-budak.
6.Sudut bacaan :Ada tapi still kosong.Belum ada label pun.
7.Sudut I-Think : Ala... lupa yang ni.
8.Sudut disiplin : Pun kena rujuk siapa yang buat.Dah lupa dah
9.Sudut mata pelajaran : baru label je.
10.Pamplet kelas bertema : Tengah terkial-kial anak murid aku buat
11.Lagu tema kelas : Hah?????Ada juga ke? Ni kena survey cari yang baik punya.

Kesimpulannya : kelas aku masih belum lengkap.Cuma sempat buat make over je hari Sabtu lepas.

Board dah pakai baju tapi belum ditampal apa-apa


Sudut bacaan pun belum ada label lagi ni.

Maaf ye Puan.
Ini je yang kami mampu setakat ni.
Datang semula hari Khamis ni.
Tentu Puan suka hati.

RM150 je?

   Agak-agak ok tak harga untuk 4 biji bantal ( isi foam ke apa namanya tu), sebiji bantal golek, kesemuanya berserta sarung dengan lapik (quilted untuk bantal dan sarung) serta sehelai cadar juga quilted,berharga RM150 tunai?Bantal tu boleh tahan besar.Material kain jenis cotton.Handmade by isteri peneroka FELDA Air Tawar 5,Kota Tinggi.Nanti aku upload gambar.... 

Apa gemuk!Makan baru tau!

   Memang orang Melayu macam tu ke?Asal jumpa je mesti cakap, eh.... gemuknya sekarang!Patutnya tak payahlah cakap gemuk.Sensitif tau.Bukan tak tau.Nak kurus tu bukannya senang.Tak makan seminggu pun belum tentu kurus.Jadi, janganlah sebut perkara yang sensitif tu.Kalau Enot atau Adibah Noor tak kisahlah sebab gemuk-gemuk dia orang, gemuk glamour.Masih tetap cantik.Tapi kita yang orang tak glamour ni, terasa hati tau!Pleaselah jangan bagi komen pasal gemuk lagi.Kalau komen juga, aku gigit baru tau!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
*Pesanan Cik Kucing mewakili mereka yang gemuk*

Petua buang kulit udang

   Biasanya aku terkial-kial nak buang kulit udang.Sampai luka jari-jemari.Tapi terbaca satu petua mudah untuk kupas kulit udang tu.Caranya dengan merendam sekejap udang tu dalam air gara.Lepas agak-agak 15 minit baru kupas.Tak sangka, mudah sangat nak kupas kulit udang tu.Takde pun luka-luka.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Alamak!Lupa nak ambik gambar udang dah togel.
-
-
-
-
-
Pinjam gambar Google je lah.

Sebelum...


Sesudah...

Keychain felt terbaru sambil bakar kek oren.

Ada order sikit lagi untuk keychain felt.jadi sambil-sambil buat kek oren petang semalam, aku buatlah juga keychain felt ni.


Resipi kek oren

   Sempat buat sebiji kek oren petang semalam.Cantik naiknya.Gebu semacam.Tapi kalau dapat 'muka' kek yang licin kan bagus?Macam mana nak dapatkan kek yang betul-betul cantik ye?Sesiapa ada petua tu, silalah kongsi ye.Tapi rasa kek yang aku buat ni, boleh tahanlah.


 Kek yang sama lepas diterbalikkan.


 Nampak tak?
Kek ni baru je angkat.Gebu boleh tahan tapi 'muka' dia macam muka bulan.
Ada tak petua nak dapat muka licin macam Siti Nurhaliza?

Satu lagi, aku rasa kuat snagat bau telur kek aku ni.Dalam resipi guna 6 biji telur A.Agak-agak kalau kurangkan jadi 4 je, kek masih tetap gebu tak?


Fairytale lagi...


Ranking Alexa.Penting ke tak?

   Secara peribadi, setiap kali update blog, aku mesti check ranking Alexa aku.Ranking terbaik pernah aku capai adalah 1002.Masa tu aku memang spent most of my time blogging.Zaman baru nak kukuhkan blog dulu.Masa tu blogwalking adalah satu kewajipan.Tak sah kalau tak blogwalk.Tapi dek kerana kekangan masa, sejak akhir-akhir ni, aku jarang sangat blogwalk.Bila check ranking Alexa hari ni, aduh mak dah jejak 10k!Sedihnya!Cik Nuffy pun macam segan nak tayangkan iklan walau pun masih ada 2 lagi BE yang still survive.Ni tak boleh jadi.Mesti kembali menjadi blogger tegar.Pendapat anda bagaimana?


Tak boleh dah nak santai-santai macam ni.
(Gambar pinjam google)

Selamat Datang ke Pasir Gudang!

   Festival Layang-layang Sedunia Pasir Gudang datang lagi.Tarikh diberi adalah 20 Februari hingga 24 Februari.Sesiapa yang teringin nak rasa seronoknya berpesta layang-layang, silalah datang ke Pasir Gudang.Seronok tau!Macam-macam ada!



My Fairyland : Projek 8 - 5.30 petang.

   Sabtu, 26 Januari 2013 mulai 8.00 pagi hinggalah 5.30 petang, aku habiskan di sekolah untuk projek kelas bertema My Fairyland aku.Penat memang penat tapi puas hati walau pun baru 70% siap.Banyak lagi detail nak kena letak.Macam-macam carta nak kena gantung.Dan yang paling penting, papan kenyataan mesti penuh dengan macam-macam info.

   Oh ya!Bila buat kelas bertema ni bukan setakat hias kelas ikut tema je tapi kena buat pamplet dengan segala macam mak nenek untuk jelaskan kenapa tema tertentu tu dipilih.Tema fairytale / dongeng yang kami pilih bukan semata-mata tentang fairytale Inggeris tetapi juga Melayu.Contohnya tentang Jula-juli Bintang 7, Ulik Mayang dan sebagainya.Rasanya masukkan kisah Panca Delima dan Bawang Putih Bawang Merah pun ok juga, kan?Tapi buat masa ini, manalah nak cari kain atau kertas dengan motif-motif kemelayuan tu semua kan?Jadi, projek jangka panjang adalah, untuk lukiskan kemudian.

   Apa pun, seronok bekerja dengan 21 anak murid aku yang sanggup datang dan bergotong-royong dari pagi sampai ke petang.Tak lupa juga ucapan terima kasih buat Kak Ita, ibu salah seorang anak murid aku yang sanggup datang semata-mata untuk ukur tingkap untuk buat langsir.Mudah-mudahan, akan terus terjalin kerjasama erat antara kami semua.Tapi, kalau guru dan pelajar petang yang sama-sama berkongsi kelas, tentu lebih seronok rasanya.


Yang comel bawak beg tangan tu lah Kak Ita.
Buruk beno rupa papan kenyataan sebelum make over.


Magic mirror on the wall.
Magic sebab boleh tolong cikgu dan anak-anak murid nampak sentiasa cantik.


 Papan kenyataan belakang setelah dipakaikan baju.


Proses awal mengecat dinding.
Boleh tahan cepat anak-anak murid aku mengecat.



Plan untuk buat sudut bacaan.
Letak satu meja lagi dengan bakul isi buku-buku.
Tambah satu rak dan jangan lupa pamplet untuk terangkan tentang tema kelas.



Yang ni sudut santai supaya otak budak-budak releks dan sesekali boleh peluk teddy bear untuk hilang stress.Cikgu pun boleh kalau nak peluk.Psst... Ada sesiapa nak derma teddy bear lagi?



Berjam-jam dok bekerja tapi budak-budak ni langsung tak nampak letih.
Happy je.


30 % lagi perlu disiapkan dalam masa terdekat.
Tak sabar tengok langsir cantik yang siap nanti.



Thursday, January 24, 2013

Fairytale pun salah ke?

   Sedihlah.Ada yang kata aku tak islamik sebab kelas aku pilih tema fairytale untuk kelas.Tema tu budak-budak yang pilih sendiri.Bukan aku yang syok sendiri.Maklumlah, aku memang peminat fairytale sampaikan wallpaper Cik Lenovo aku pun fairytale.Tapi itu tak bermakna aku guna kuasa veto untuk tema kelas aku.Keputusan dibuat selepas mesyuarat kelas dan keputusan adalah sebulat suara.

   Bila dah fairytale, memanglah tak dapat lari dari warna pink atau purple.Kebetulan aku memang obses dengan warna purple.Tapi itu pun kebetulan je.Tak de langsung niat aku nak memesongkan akidah anak-anak murid aku dengan taksub pada fairytale.Memanglah bila sebut fairytale, mesti terbayang cerita-cerita pari-pari orang putih.Tapi, aku dah niat dah nak campur sikit unsur cerita rakyat atau dongeng melayu contohnya Bawang putih Bawang Merah atau Pak Pandir.Tapi maklumlah, Bila ke kedai 2N pun mana nak cari gambar Pak Pandir?Kan yang banyak gambar Disney's Princess dan yang sewaktu dengannya.jadi aku belilah dulu.Rupa pak Pandir dan lain-lain dongeng Melayu, nantilah kami lukis!

   Melainkan Pengetua kata tak boleh, barulah aku tukar!Tapi, aku dah beli pun macam-macam benda tema fairytale.Aku yakin Pengetua aku tu ok je.Magic mirror pun aku dah beli.Tinggal nak cari Tinker Bell pegang beg yang ada magic dust tu.Lepas tu nak letak loceng ala-ala rumah Tinker bell kat pintu.Tambah lagi langsir ala-ala fairytale juga.Ada ibu pelajar sanggup nak buat dengan upah yang sangat minimum.Akhir sekali nak beli bunga-bunga melilit untuk aku lilitkan di sekeliling kelas dan tambah butterfly.Siaplah kelas fairytale aku.


Nah kau fairytale!

Gila fairytale bukan bermakna kami tak mengikut peredaran zaman.
Takde niat pun nak memesongkan akidah anak-anak aku dengan fairitale.
Niat cuma untuk menambah semangat anak-anak aku supaya sayangkan kelas dia.Bila kelas dah cantik, mkain semangatlah dia orang nak belajar.
Itu pun salah ke?


   

Betul kata Ben.

   Baru je terbaca entry Ben Ashaari yang bertajuk Jangan Pandang Ringan.Memang betul apa kata Ben.Walau apa sekali pun, jangan sesekali kita 'berfikir pendek' terutama sekali dalam menjaga anak-anak.Tak kiralah anak masih bayi atau dah mula remaja.Tapi malangnya, masih ada segelintir ibu bapa yang tak pernah belajar dari kesilapan orang lain.Takkan tak baca surat khabar atau tak tengok berita kot?

   Contoh nyata berlaku depan biji mata aku sendiri di Taman Cahaya Masai, Pasir Gudang.Waktu tu dah hampir senja dah.Aku dan kakak sedang menuju ke klinik perubatan Islam untuk suatu urusan.Tiba-tiba seorang kanak-kanak, umur lebih kurang setahun setengah atau dua, dengan dua garpu di tangan kanan dan kiri, mengekor kami menaiki tangga ke klinik tersebut.Aku toleh kiri, kanan, depan dan belakang tapi tak nampak sesiapa yang mungkin ibu atau bapa yang kurang berakal tu.

   Oleh kerana kanak-kanak tersebut mengekori kami, aku pun mendukungnya dan bertanya 'anak siapa ni ye?' sambil mengintai-intai di sebuah kedai dobi betul-betul di sebelah tempat aku berdiri.Mula-mula, tiada siapa pun yang mengaku.Mungkin tak perasan atau tak dengar.Kemudian, aku terus memasuki kedai dobi tersebut sambil mendukung kanak-kanak lelaki tadi dan bertanyakan soalan yang sama 2,3 kali.Tak lama kemudian barulah seorang ibu muda mengaku anak itu anaknya.Nak je aku bahasakan dia kerana cuai sungguh menjaga anak.Kalau tak risau anak diculik pun, risaulah anak tu terjatuh lalu tertusuk garpu yang dipegang di kedua-dua tangan.Kalau budak umur 3,4 tahun oklah juga.Ini kecil sangat lagi.

    Kalaulah aku berniat jahat, senang-senang aku boleh menculik kanak-kanak itu.Rasanya ibu kanak-kanak tu otaknya tak berapa cukup sebab tu tak risau langsung keselamatan anak..Andai kata kanak-kanak itu diculik, barulah si ibu menangis tak berlagu. Lepas tu barulah nak tunjuk muka sedih di surat khabar minta simpati orang ramai!Tentang budak William yang hilang tu, sama-samalah kita tolong tengok-tengokkan.Manalah tau, budak tu dibawa ke tempat kita.

Aku yakin budak William ni cerdik.Jangankan orang lain, kalau beri pada aku pun aku nak.


Si comel ni anak sedara aku.
Siapa tak geram tengok budak comel macam ni kan?



Wednesday, January 23, 2013

Entry Rabu


Entry Rabu


Entry Rabu


Entry Rabu


Entry Rabu


Entry Rabu


Entry Rabu



Entry Rabu

Alolo.....

Entry Rabu

Rindunya kat Kak Jah....


Entry Rabu

Kesiannya kena denda


Entry Rabu


Entry Rabu

Pandangan lepas Festival Layang-layang tahun lepas.
harap-harap, tahun ni tak le teruk macam ni lagi ye.


Entry Rabu


Entry Rabu


Tuesday, January 22, 2013

Cantiknya ciptaan Allah... Fenomena apa namanya ni?

   Secara tak sengaja, aku tertoleh ke langit semasa ke luar rumah malam ni.Tiba-tiba terpandang bulan yang sangat cantik.Walau pun bukan bulan penuh, tapi ia kelihatan sangat cantik kerana ditemani sebutir bintang dan dipagari oleh lingkaran putih.Kalau matahari, jika tak silap digelar 'halo', tapi kalau bulan, apa gelarannya ye?




Azam datang lagi

   Setelah agak lama menyibukkan diri dengan tugas-tugas di sekolah hinggakan terabai tugas sebagai blogger ( cewah!), kini aku kembali dengan azam untuk memeriahkan kembali dunia blogging aku.Cik Lenovo pun makin sihat dengan bateri baru.Mana boleh tahan tengok ranking Alexa dah makin merudum.Molek-molek bawah seribu dah jadi entah berapa ribu.   Mudah-mudahan, masih belum terlewatlah ye.



Alexa Pro logo

Monday, January 21, 2013

Mr.Siva Ramana dan Sejarah

   Jam pukul 12.56 tengahari.( tengah hari?).Sedang khusyuk mendengar ceramah Sejarah oleh Mr Siva Ramana.(Lupa pulak asal dari sekolah mana).Biasanya subjek ni cukup membosankan tapi Mr Siva ni bagi lecture, fullamak, seronok pulak dengar.Budak-budak form 5 ni pun seronok.Takde pun yang mengantuk.Kenapa aku join seminar Sejarah?Aku mengajar Sejarah ke? Sebenarnya aku taklah mengajar Sejarah.Cuma join seminar Sejarah ni kerana waktu seminar ni adalah waktu p&p English aku dengan 5SK1.Jadi, walau pun aku tak mengajar Sejarah, kenalah ikut anak-anak murid aku, kan?Manalah tau, jadi apa-apa nanti, siapa nak jawab.Betul tak? Oklah..aku nak fokus dengan seminar sejarah ni...

Nak kenal Mr.Siva Ramana?
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-