Thursday, January 24, 2013

Fairytale pun salah ke?

   Sedihlah.Ada yang kata aku tak islamik sebab kelas aku pilih tema fairytale untuk kelas.Tema tu budak-budak yang pilih sendiri.Bukan aku yang syok sendiri.Maklumlah, aku memang peminat fairytale sampaikan wallpaper Cik Lenovo aku pun fairytale.Tapi itu tak bermakna aku guna kuasa veto untuk tema kelas aku.Keputusan dibuat selepas mesyuarat kelas dan keputusan adalah sebulat suara.

   Bila dah fairytale, memanglah tak dapat lari dari warna pink atau purple.Kebetulan aku memang obses dengan warna purple.Tapi itu pun kebetulan je.Tak de langsung niat aku nak memesongkan akidah anak-anak murid aku dengan taksub pada fairytale.Memanglah bila sebut fairytale, mesti terbayang cerita-cerita pari-pari orang putih.Tapi, aku dah niat dah nak campur sikit unsur cerita rakyat atau dongeng melayu contohnya Bawang putih Bawang Merah atau Pak Pandir.Tapi maklumlah, Bila ke kedai 2N pun mana nak cari gambar Pak Pandir?Kan yang banyak gambar Disney's Princess dan yang sewaktu dengannya.jadi aku belilah dulu.Rupa pak Pandir dan lain-lain dongeng Melayu, nantilah kami lukis!

   Melainkan Pengetua kata tak boleh, barulah aku tukar!Tapi, aku dah beli pun macam-macam benda tema fairytale.Aku yakin Pengetua aku tu ok je.Magic mirror pun aku dah beli.Tinggal nak cari Tinker Bell pegang beg yang ada magic dust tu.Lepas tu nak letak loceng ala-ala rumah Tinker bell kat pintu.Tambah lagi langsir ala-ala fairytale juga.Ada ibu pelajar sanggup nak buat dengan upah yang sangat minimum.Akhir sekali nak beli bunga-bunga melilit untuk aku lilitkan di sekeliling kelas dan tambah butterfly.Siaplah kelas fairytale aku.


Nah kau fairytale!

Gila fairytale bukan bermakna kami tak mengikut peredaran zaman.
Takde niat pun nak memesongkan akidah anak-anak aku dengan fairitale.
Niat cuma untuk menambah semangat anak-anak aku supaya sayangkan kelas dia.Bila kelas dah cantik, mkain semangatlah dia orang nak belajar.
Itu pun salah ke?


   

6 comments:

KM7 said...

mesti cantik tu...tak sabar nak tengok kelas yang dihias indah.

ewanthology said...

diorang jeles la tu sebab diorang tak terfikir nak pilih tema tu terlebih dahulu.

maszull said...

Assalamualaikum scarlett...mesti jadi cantik kelas tu kan....:)

kakrose said...

Moga cikgu dan anak murid lebih bersemangat bila bilik dh cantik..:-)

aksarafendi said...

yg lain2 tu lebih pd cmburu je tu sbb dorg xtrpikir smpai mcm tu skali..

MumMe said...

kreatifnye idea deko2 kelas ni...kalau eric atau id yg lain tahu mesti nak lawat...seriusly,mumme suka idea ni juga...

Post a Comment