Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Wednesday, January 9, 2013

Sebiji helmet sekujur tubuh.Aku memecut takut!

   Tiba-tiba teringat kejadian pagi semalam, 8 Januari 2013.Lokasinya di sebelah Petronas Cahaya Masai berhampiran tanah perkuburan islam Pasir Gudang.Jam lebih kurang 6.30 pagi.Oleh kerana dah agak terlewat keluar dari rumah ( biasanya 6.15 pagi aku dah keluar), aku keluar agak tergesa-gesa.Maknanya, hero sebelah aku mulalah nak memecut.

   Tiba-tiba, bagai nak tercabut jantung aku kerana si hero membelok ke tengah bagai mengelak sesuatu.Nasib baik tak accident.Yang aku nampak adalah, sebuah kereta berhenti di tepi jalan dan sebiji helmet tergolek di tengah jalan.Rupa-rupanya, baru saja berlaku kemalangan.Aku tak perasan ada seorang hamba Allah yang terbaring.Nasib baik hero aku sempat mengelak.Kalau tidak, mc aku 2,3 hari sebab trauma!

   Memang betullah.Jalan ke Kongkong berhampiran Politeknik Ibrahim Sultan antara perkuburan Islam dan Kristian umpama perangkap maut.Tahun lepas je entah berapa nyawa melayang.Sampaikan aku takut nak lalu walau pun di siang bolong!(Opps!Tercakap Indon pulak!)Harap-harap, takde lagilah kemalangan maut yang akan datang.Tentang mangsa kemalangan yang aku lalu tu, dengarnya cedera parah tapi tak meninggal.Mudah-mudahan, cepat sembuh ye!

0 comments:

Let's have a break!