Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Sunday, February 10, 2013

Raya seminggu.Yeah!!!

  Pagi-pagi ayah dah call anak angkat dia untuk ucapkan Gong Xi Fa Cai.Orang Cina keturunan Baba dari Pulau Pinang.Kalau dulu-dulu semasa tinggal di kampung ( kampung dah bertukar jadi Pelabuhan Tanjung Langsat), mesti dapat macam-macam jajan dan berkotak buah limau.Bukan time Tahun Baru Cina je tapi time Deepavali pun.Antara makanan popular Tahun Baru Cina zaman aku kecik dulu adalah kacang spesis Ngan Yin dan kuaci hitam yang boleh dibeli dalam kilo.Air dah semestinya air gas.Kira hidangan special tu.Tapi, bila dah tua-tua ni, setakat telefon ucap selamat jelah....

   Sempena Tahun Baru Cina ni, ramai yang bercuti kan?Aku bercuti seminggu tapi 'bercuti' ikut kamus akulah.... Menanda buku, buat lesson plan, buat persediaan P&P,buat itu, buta ini.... semua tentang sekolah.Kemudian tambah pulak dengan buat kerja rumah contohnya menyental bilik mandi dan yang sewaktu dengannya.Tambah pulak dengan aktiviti berkumpul anak-beranak di rumah emak.Makan-makan sambil borak-borak terutama borak cerita hantu zaman dulu-dulu di kampung.Ni pun tengah tunggu kakak balik nak ajak masak dan berborak.....Esok, anak angkat ayah yang baba tu nak datang.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

1 comments:

ZWAN SABRI said...

Kalau dia dah kawen, bolehla esok mintak angpow kat dia.. HEHE

Let's have a break!