Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Saturday, February 16, 2013

Tau tak apa tu 'singkek@sengkek'?

   Bila tanya orang makna sengkek, mesti orang tu jawab miskin.Betullah tu tapi bagi aku ada makna lain untuk singkek @ sengkek.Kisah bermula lebih 30 tahun dulu di sebuah kampung jauh di pedalaman.(Kampung tu dah tak wujud dah sebab wujud Titan Pasir Gudang dan lain-lain di kawasan tu).Masa tu aku berhingus lagi dan masih pakai seluar katok main di luar. (Tak payah cuba bayangkan ye.)

   Di kampung aku tu, cuma ada 2 buah kedai iaitu kedua-duanya kedai runcit cina.Satu letaknya agak jauh dari rumah aku dan yang satu lagi agak-agak dalam 500 meter dari rumah.Masa tu kalau emak ayah tak pergi belanja barang dapur di kedai, jangan haraplah nak rasa jajan.Jadi, pilihan kami ialah beli dengan 'singkek @ sengkek'.Nak tau 'singkek @ sengkek' tu apa?

   Singkek @ sengkek dalah seorang nenek cina yang menjaja jajan dengan menggalas 2 bakul dengan kayu pengandar.Nenek ni berjalan dari kampung seberang ( lebih kurang 4 kilometer) untuk menjaja jajan di kampung aku.Jadi, bila nenek cina yang kami panggil singkek @ sengkek ni datang, barulah kami ada peluang untuk beli jajan.Selain jajan, kadang-kadang ada juga dijual mainan anak patung kertas yang boleh tukar-tukar baju tu atau pun belon dalam tiup.Tapi yang paling aku suka ialah jajan gula-gula yang ada cincin dengan mata macam-macam warna yang bagi aku waktu itu tersangatlah cantik.

  Macam mana rupa singkek @ sengkek tu bolehlah bayangkan sendiri ye.Rambut paras bahu style China doll dengan ubat sikit-sikit.Suka pakai topi besar macam orang ke kebun tu.Dah tu bajunya mesti samfu dengan kaki seuar besar warna plain biru atau kelabu.Dengan pengandar di bahu mengandar dua bakul leper penuh jajan dan jalan perlahan-lahan.Langsung tak jerit ,jajan!jajan!Tapi budak-budak semua dah tahu.Boleh bayangkan?

3 comments:

fatin aqilah shaari said...

macam pernah dengar juga perkataan sengkek ini dipanggil bila ada orang cina topi besar jual jajan.tapi perkataan ni direka direka atau ada negeri lain yang memang menggunakan perkataan ni? yang gula gula cincin tu memang pernah makan. dah lama tak jumpa,selalu beli tak habis sebab manis. hahhha , beli sebab lawa boleh buat cincin kahwin . hahhha !

djdanchef said...

ohhh macam tu rupanya.. hehe

tapi kebanyakkan yang selalu guna perkataan sengkek ni orang utara yg lebih tujukan kepada maksud miskin atau xda duit atau lebih glamer iaitu pokai.. hihi

kakyon said...

terkenang zaman akk kecik2 dulu.singkek ni kekadang bawak ikan juga..

Let's have a break!