Sunday, March 3, 2013

1001 khasiat tempe

   Siapa baca Mastika bulan Mac?Ooo...Ramai juga yang angkat tangan ye.Oklah.sesiapa yang tak baca tu, aku ingin nak kongsikan sesuatu yang sangat menarik iaitu tentang ......
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

   Zaman aku kecik dulu, orang anggap tempe makanan kelas ketiga tapi hakikatnya tempelah makanan kelas pertama.Untunglah orang Indonesia yang memang sentiasa makan tempe.Sebab tu orang Indonesia cantik-cantik dan tampan-tampan.Kan?Oklah.Aku kongsikan khasiat tempe mengikut Mastika bulan Mac.

1.Sangat baik untuk masalah cirit-birit atau keracunan makanan.Selain mudah dicerna, kandungan proteinnya juga sangat tinggi.

2.Sesuai untuk menurunkan darah tinggi kerana kandungan zat besi, flafoid yang bersifat antioksidan.

3.Mampu mengendalikan radikal bebas yang berguna kepada pesakit jantung kerana mengandungi enzim superoxide dismutase.

4.Nilai khasiat tempe meningkat 2 kali ganda melalui proses fermentasi antara kacang soya dan ragi.

5.Mampu melawan bakteria berbahaya dalam tubuh dengan adanya bakteria asid laktik.

6.Mencegah hipertensi ( Errr.... darah tinggi dan hipertensi sama tak?)

7.Mampu mencegah kanser terutama jika mengamalkan makan tempe sejak kanak-kanak kerana sifat tempe yang antioksidan. ( Kalau boleh, aku nak balik smeula ke zaman kanak-kanak dan makan tempe banyak-banyak)

8.Mampu menurunkan kadar kolesterol kerana kandungan asam lemak dalam tempe.(Aku tak pernah tau pun yang tempe ada kandungan asam lemak.Kalau aku tau, takdelah aka kata 'no' pada tempe sebab masalah aku sekarang adalah kolesterol terlebih)

9.Boleh mengurangkan risiko jangkitan kuman kerana agen antibakteria yang dihasilkan oleh tempe.

10.Menjaga bajet sebab temep (alah mak.Silap eja.Tempe... Nasib baik ada tukang beritahu) murah harganya jika nak dibandingkan dengan burger bakar favourite anak-anak aku.( Errr.... yang ni aku tambah sendiri je.Hehehehe...)

Kesimpulannya, jom kita makan tempe banyak-banyak.

Ops!Jap!Konon kata orang Indonesia seperti yang diceritakan dalam Mastika bulan Mac ni, tempe yang paling baik, paling bagus untuk jadikan kita kuat bekerja macam orang Indonesia yang selalu kita tengok, adalah tempe yang dah busuk dan berkulat.Errrr..... logik juga sebab tempe yang busuklah yang banyak keluarkan bakteria.Kan?

Orang Indonesia jangan marah ye kami orang Malaysia makan tempe.Maklumlah, ramai orang Jawa di Malaysia yang asal nenek moyangnya dari Indonesia jadi tentulah ada budaya yang sama.Dia orang tak curi tau.Peace!

p/s:Fakta untuk dikongsi semasa menaip entry ni adalah :

1.Aku try semak ejaan takut ada tersilap.Maklumlah aku baru je terbaca entry blogger hebat Mialiana tentang entry baik tapi ejaan tak.

2.Aku pause jap rakaman 'Beauty Queen' di ASTRO Bella yang aku tengah tengok ni.Tiba-tiba je teringat nak update blog.(Suka lagu tema Beauty Queen ni)

3.Aku tengah tahan lapar sebab teringin lah pulak nak makan tempe goreng.

4.Tiba-tiba aku terlupa nama daun pembungkus tempe yang popular zaman aku kecik-kecik dulu.Siapa ingat tolong beritau ye!

5 comments:

ewanthology said...

awet muda

whitecappuccino said...

akak org Tganu tp sgt suka tempe! lupala daun wat bungkus tempe tu.

Pak Mat Temep said...

10.Menjaga bajet sebab TEMEP murah harganya...jenuh cari kat pasar semalam tak jumpa pulak TEMEP.Ini makanan terbaru kot...hehehe

||aLeaSaRa|| said...

suka sgt2 tempe.suka goreng garing n cicah kicap cili padi perghh.msk sambal tempe cmpr ikn bilis grg pun sedap.

ada satu kilang di sg pelek,sepang(sy pnh share kat entri),siap jual kerepek tempe original n spicy tau!mmg krunchy ^^

Nur haura afeeya said...

Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
..........................................................................
Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..😉

9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay👇🏻
En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


💐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..🤲🏼


Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

😁kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
Tp nanti dia akn blas jugak yer..
#sharepadayangmemerlukan
#sharing is caring

Post a Comment