Sunday, March 24, 2013

66 - 87.8

   Memang betul kata orang, keputusan terbaik anak-anak murid adalah hadiah sebenar buat seorang guru.Begitu juga dengan keputusan Bahasa Inggeris SPM 2012 sekolah aku yang baru diumumkan khamis lalu.Mungkin tak ramai yang tahu bahawa bukan setakat keringat dan tenaga yang mengalir tahun lalu tetapi juga airmata.Tapi, semua itu menjadi pengalaman @ guru paling berharga buat aku, seorang Ketua Panitia yang memang asalnya tak tahu apa-apa.Selalu aku jadi pengikut je. Lantikan pun di bulan Jun jadi tak banyak yang dapat aku rancang.

   Walau apa pun, sekalung bunga tahniah buat barisan guru Bahasa Inggeris sekolah aku tak kiralah sama ada yang di sesi pagi atau petang kerana sesungguhnya dengan kerjasama merekalah maka kini kami dapat merasai manisnya sebuah kejayaan.Terima kasih kerana tak berkira berbelanja beratus-ratus ringgit semata-mata untuk menyediakan bahan fotostat buat anak-anak agar lebih cemerlang.   Terima kasih kerana sanggup mengorbankan cuti Sabtu dan Ahad semata-mata untuk kelas tambahan.Terima kasih kerana ada yang sanggup juga mengeluarkan wang dari poket sendiri untuk menyediakan makanan sebagai tambahan makanan yang disediakan.

   Kepada anak-anak muridku pejuang SPM 2012, walau di kelas mana anda berada, anda semua adalah istimewa kerana tiada istilah kelas hujung atau kelas depan.Yang penting, adalah usaha untuk mencapai kejayaan.Kepada anak-anak muridku yang sudi menghadiahkan sesuatu buatku, terima kasih banyak-banyak.Kepada anak-anak murid ku yang tak kenal jemu bertanya meminta ilmu hatta di Laman Muka Buku, tahniah kerana sesungguhnya, anda memang layak mendapat kejayaan.Tahniah buat semua dan mudah-mudahan anak-anak pejuang SPM 2013 akan mendapat keputusan yang lebih cemerlang.Insha Allah....


KEPUTUSAN YANG DAPAT AKU CATATKAN.

2012
BIL CALON HADIR : 246
BIL MENGUASAI : 242
PERATUS MENGUASAI : 98.37%
BIL CEMERLANG : 3 orang
PERATUS CEMERLANG : 1.22%
GPS : 5.01

PERBANDINGAN 2011
BIL CALON HADIR : 384

BIL MENGUASAI : 377
PERATUS MENGUASAI : 98.18%
BIL CEMERLANG : 3 orang
PERATUS CEMERLANG : 0.78%
GPS : 5.21

Keputusan Subjek B.Inggeris
2011 : 66 %
2012 : 87.8%



Antara yang berjaya....

  
   

0 comments:

Post a Comment