Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Sunday, March 10, 2013

Aku tengah marah tapi Hahahahahaha!!!Hohohohoho!!!!Hihihihihi!!!!

   Otak tengah berserabut.Peluh mula menitik.Panas walau pun kipas berpusing ligat.Bahu dah mula rasa sakit sebab dah terlalu lama mengadap CIK LENOVO aku ni.Bukan blogging ye.Sekarang ni manalah ada masa nak blogging berjam-jam.Kadang-kadang nak makan pun tak sempat.Suhu luar dalam dah makin meningkat.Menyesal aku jadi cikgu.Kalau aku tau teruk macam ni, baik aku jadi isteri cikgu je.Duduk rumah jaga anak.

   Tiba-tiba .... Hahahahahaha!!!Hohohohoho!!!!Hihihihihi!!!! Bersahut-sahut.Mula-mula aku buat donno je tapi lama-lama mana boleh tahan.Aku pun nak join sekaki juga.Lalu, aku pun tinggalkan sekejap CIK LENOVO JELITA aku.Oooooo!!!!!Rupa-rupanya anak-anak buah aku sedang asyik menonton filem.Kelakar sungguh.Kalau tak, takkan riuh rumah emak aku.Tak teringat pun budak-budak tu nak main basikal di luar.Kalau tidak.....Aku rasa, kita pun sama minat filem ni kan? Kan?

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Ini dia filem yang telah membuang rasa nak mengamuk aku hari ni.


Lakonan Tan Sri P.Ramlee


dan Syarifah Aminah  (Kalau tak silap)

Ok.Off dulu.
Nak menonton Ibu Mertuaku pulak ni di ASTRO PRIMA.
  Bolehlah hilangkan tegang urat kepala aku kejap.

0 comments:

Let's have a break!