Wednesday, March 6, 2013

Berenang di lautan ganas.

   Kadang-kadang tugas sebagai seorang guru di tahun 2013 ni, boleh membuatkan aku rasa betul-betul tercabar.Bukan setakat fizikal sebab kena naik tangga turun tangga entah berapa kali sehari tetapi juga mental.Kadang-kadang bila fikir pendek, aku rasa macam nak resign je.Tapi, aku sayang pada anak-anak murid aku.Tambahan lagi aku 'diberi' 8 orang anak baru.Itu yang membuat aku tetap harungi 1001 kesukaran dalam 'lautan ganas' pendidikan.

   Bercerita tentang ' anak baru', baru aku teringat yang aku ada berjanji dengan mereka minggu lepas.Bukan janji apa pun cuma aku janji nak add mereka di Facebook.Senang sikit aku nak berhubung dan ikuti perkembangan mereka.Maklumlah, harap di sekolah, manalah sempat aku nak duduk sembang lama-lama.Jadi, kalau boleh, lepas selesai buat lesson plan malam ni, aku ingat nak add mereka.Sementara tu, aku jenguk-jenguk je dulu FB aku sebab biasanya ada je mesej penting yang anak-anak murid kesayangan aku sampaikan.



Inilah antara anak-anak aku tersayang.
Hari ni anak-anak aku menyanyi 'Tinggal Kenangan' Saleem.
Lagu favourite aku tu.

   

0 comments:

Post a Comment