Sunday, March 17, 2013

Blogger dapat ribu-ribu sebulan.

   Hebat juga penangan blogger.Bukan setakat layak jadi heroin filem macam HANIS ZALIKHA, tetapi juga ramai yang jadi politikus terutama blogger politik.Dalam suratkhabar pun boleh dikatakan tiap-tiap hari ada disebut tentang blogger.Lebih-lebih lagi hari Sabtu.Siap ada page khas lagi untuk blogger.(Surat khabar Utusan ke Metro entah.Lupa pulak).Sehari dua ni yang paling popular tentulah blogger Raja Goyang.Maklumlah siar berita panas.

   Selain dari itu, blogger-blogger juga dah mula masuk ke kawasan kampung-kampung.Kalau tak, takkan ada makcik tu tanya aku, blogger tu apa?Boleh tak makcik beli?Katanya.Aku pun terangkan sedikit-sebanyak apa yang aku tahu pasal blogger.Anak-anak murid aku pun ramai juga yang tanya, blogger tu apa sebenarnya.Tapi, yang tak seronoknya, adalah seorang makhluk Allah tu kata ( lebih tepat lagi, MENYINDIR), Wah!Kayalah!Dapat ribu-ribu sebulan.Maklumlah.... blogger!



Blogger top ten memanglah dapat ribu-ribu sebulan.Tapi, aku ni blogger ikan bilis je.Kalau dapt ribu-ribu sebulan, dah lama aku rsign jadi cikgu.
JADI CIKGU STRESS BERAT OIII!!!!

3 comments:

Hajjah Noraini @Nanie said...

Kaya..ada macam2 kaya
Kaya duit, kaya anak, kaya budi bahasa dan sbgnya..

Auntie kaya juga bila jadi blogger, Dapat ribu2 pembaca..hik3x

Nabeel Fikree said...

Setuju sangat. Kalau jadi blogger ni boleh dapat ribu2 tiap bulan. Hehhh apa faedah saya pergi sekolah. Dok rumah goyang kaki pun boleh dapat duit. Hahaha. *luahan perasaan*

Unknown said...

Salam kak.. ahahaha, sama la dengan apa yang diana alami..kalau kita ni top tak pe la jugak kan..itu pun belum tentu lagi..sabar aje la... :)

Post a Comment