Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Saturday, March 9, 2013

Cara pilih suami

    Baru saja terdengar berita seorang isteri maut ditembak suami.Kejadian berlaku di Taman Johor Jaya, Johor Bahru, yang hanya 20 minit perjalanan dari rumah aku.Bila berlaku kejadian sebegini, tak guna kalau kita menyalahkan sama ada suami atau isteri.Cuma kita harap takkan ada lagi kejadian seumpama yang bakal berlaku.

   Bila sebut hal suami, aku pasti masih ramai suami hampeh yang layak dibuang ke Lahad Datu atau dicampak ke laut untuk sajian ikan yu.Contohnya di sekolah, bila ada anak-anak yang bermasalah, bila disiasat, majoriti yang buat hal adalah suami @ ayah.Hinggakan seorang anak aku tu bila ditanya tentang ayah, dengan wajah marah dia menjawab, Ayah saya penagih dadah.Tak boleh pakai punya.Sebagai guru @ ibu di sekolah, aku cuma boleh menasihat agar anak aku si gadis 17 tahun yang bijak dan cantik tu, tetap hormatkan ayahnya walaupun dia seorang penagih dadah.Sayang, anak aku tu terpaksa 'bercuti' 6 bulan semata-mata menjaga mak yang sakit dan mencari nafkah gara-gara ayah yang tak layak dipanggil ayah.

   Itu tak termasuk kes ayah-ayah yang kononnya alim dan amat bertanggung jawab, padahal hari-hari buat anak dan isteri sakit jiwa dek mulutnya yang serupa tedung berbisa!Kata Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah , penderaan mental itu 1000 kali lebih dahsyat  dari penderaan fizikal.Kalau nak buat report polis pun, apa buktinya?Terpaksalah sabar dan tetap sabar.Kata orang, lihat juga 3 ciri pada seorang lelaki sebelum bersetuju menjadi pasangan sehidup semati iaitu iman, ekonomi dan kesihatan.

    Kesimpulannya, bagi adik-adik dan anak-anak yang sedang ingin mencari suami tu, carilah betul-betul.Jangan sapai terpilih cendawan cantik tapi penuh ulat.Biarlah rupa sederhana atau ekonomi pun sederhana asalkan penuh iman di dada.Jangan terpilih batu berkilau umpama 'ustaz berserban tapi hakikatnya bukan serban seorang ustaz tetapi serban banggali singh'!Ingat!Lelaki yang hampeh umpama seekor ular berbisa.

    Kepada lelaki @ suami yang sempurna, alhamdulillah.... dan teruskan 'kebajikan' anda.Insha Allah, besar pahalanya.Tiba-tiba aku terasa nak jadi seorang lagi Si Lorena Bobbit!Cerita lanjut tentang isteri ditembak mati suami tu, cari di surat khabar ye!


Sanggup tak hidup dengan monster macam ni?



... keluhan yang hanya dipandang sepi

0 comments:

Let's have a break!