Sunday, March 17, 2013

Cara semak tarikh luput tong gas.

   Aku tak gila cuma terlebih risau je.Sebab tulah ada satu masa tu aku tak nak masuk langsung dapur rumah orang terutama dapur rumah orang kampung yang guna gas.Bukan aku geli atau pandang rendah pada orang kampung, tapi masa tu aku fobia teramat sangat pada tong gas.Nampak tong gas je aku rasa nak lari tukar baton.Takut sangat-sangat tong tu  meletup.KEBABOMMMM!!!!!Mati aku!

   Setelah beberapa lama, aku berjaya 'menumpaskan' fobia melampau aku pada tong gas tu.Tetapi hakikatnya, jantung aku masih tetap berdegup kencang setiap kali aku menggunakan dapur gas.Kebetulan hari ini, sewaktu merayap-rayap di dunia Facebook, aku terjumpa cara nak semak tarikh luput tong gas.Sekurang-kurangnya dengan mengetahui tarihk luput tong gas, aku akan lebih yakin memasak.


Kalau kecik sangat, klik pada gambar.

   Caranya ialah dengan melihat pada simbol di tong gas. A bermakna tahan hingga Mac.B bermakna tahan hingga Jun.C pulak tahan hingga September.Manakala D tahan hingga Disember. Kemudian kalau bertulis 06 bermakna tahun 2006.Kalau digabungkan D-06, bermakna tarikh luput tong gas tu adalah Disember 2006.Jadi, senanglah nak check sama ada tong gas kita selamat ke tak.Apa lagi?Jomlah kita check tong gas masing-masing.

   

4 comments:

Nabeel Fikree said...

Bagus info ni! Takut jugak kan tetiba tengah syok memasak, tetiba meletup. Naya naya..

ewanthology said...

oohh ye ke..x tau pulak tong gas ada tarikh luput... dulu masa bujang, 3 tahun kot gas tak abis2 guna sebab jarang masak tapi still tak tukar2..hehe

Shila said...

baru tahu tong gas ada tarikh luput..

ingat boleh pakai sesuka hati.. haha..

Admin said...

tq cikgu share bende ni..penting akn

Post a Comment