Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Saturday, March 2, 2013

Kesilapan Ibu bapa dalam mendidik anak-anak siri 2

   Ok.Badan dah segar sikit dah.Aku sambung balik usrah seperti tajuk di atas untuk siri ke dua. Siri pertama, bolehlah rujuk di SINI ye.Siri pertama kesilapan 1 hingga 6.Aku sambung dengan kesilapan yang ke 7 pulak.

7.Kurang beri sentuhan pada anak-anak.

Rasa akulah.... Masa budak-budak kecik, memang selalu kita peluk dan cium tapi bila dah masuk sekolah menengah, tentu dah kurang kan?Jadi, apa salahnya kalau dah besar panjang pun kita peluk dan cium terutama ibu dengan anak perempuan dan ayah pulak dengan anak lelaki.Tentu tak salahkan?Kalau dah biasa buat tentu tak rasa kekok.Jangan pulak tiba-tiba je buat kang anak-anak kata kita buang tebiat pulak.

8.Penampilan diri terutama ibu kurang sesuai tak kiralah semasa di rumah atau di luar.

Perkara ni berkaitan aurat kot.Bukanlah maknanya kita kena sentiasa tutup aurat depan anak-anak.Tapi, kena berpadalah.Ada tu aku tengok, si emak bukan main selesa lagi pakai hot pants depan anak-anak walau pun di rumah.Tak sesuai kan?Pakai baju 'kelawar' pun aku rasa patut dikurangkan.Terutama baju kelawar jenis yang nampak ketiak tu.Apatah lagi baju tali halus, dan lain-lain yang sewaktu dengannya.

9.Susunan rumah tak kemas.

Oooo.... Tak sangka pulak rumah tak kemas ada kaitan dengan kesilapan didik anak-anak.Maknanya emak-emak janganlah malas mengemas rumah ye.Terutama kain baju tu, jangan biar je berlonggok atas katil.

10.Kurang menghidupkan sunnah rasulullah di rumah.

Kata ustazah yang mengulas, ibu bapa seharusnya menghidupkan sekurang-kurangnya satu sunah rasulullah di rumah.Penceramah @ teman guru aku yang menyampaikan usrah tu kata, tiap kali makan, dia cuma guna satu dulang yang diisi nasi dan semua lauk, dan dia satu family, dengan suami dan 3 anak makan sama-sama.Ala-ala orang Jawa makan nasi ambeng gitu.Kalau boleh diamalkan bagus juga sebab tak payah basuh pinggan banyak-banyak kan?

11.Tidak menggantung rotan di tempat yang boleh dilihat oleh anak-anak.

Yang ni, kenapa entah, aku tak berapa setuju.Aku paling tak pandai guna rotan.Err.... kalau tak guna rotan tak boleh ke?Kita guna kasih sayang dan diplomasi je.

12.Terlalu bergantung kepada pembantu rumah.

Yang ini aku setuju sangat-sangat.Bukan aku anti dengan bibik Indon, tapi adalah sikit rasa geram lepas kes baby 4 bulan jadi roti canai hari tu.Bukan setakat silap dalam mendidik anak, dalam 'mendidk suami' pun boleh jadi silap kalau bibik pulak yang jadi tuan rumah.Betul tak?

Oklah.Aku tamatkan usrah hari ni di sini.Minggu depan, hari Jumaat, kalau tajuk menarik, aku kongsikan lagi ye.


Comelnya anak itik ni!Kan?

3 comments:

Sinar Hidayah said...

Patut la lain macam je bebudak zaman sekarang nie..

Makbed Journal said...

aku suka idea makan dalam dulang tu. bernas la. tak larat basuh pinggan .. siyes~

Mulut laser said...

Ada juga ibu-ibu yg kat rumah asyik berkemban aje..panas konon tak selesa.Bapak bulu ketiak pun akan nampak.Klu bab mengemas mmg malas..bertimbun2 baju kat atas katil.Anak dara ada 2,3,4 org tapi malas belaka.Nak basuh pinggan sebutir pun malas...Jgn2 yg dok buat cerita ni pun 2 x 5 juga..hehehe.Aku pun boleh tulis..hampeh..

Let's have a break!