Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Sunday, March 31, 2013

Puisi Kasih

Bapa...
Kami puas derita
Malang yang datang bertimpa-timpa
Air mata sudah bisa penuhkan timba.

Bapa...
Semalam kau mengangkat adik kami
tetapi tempiasnya kami rasakan
kerana bahagianya adalah milik kami juga.

Bapa...
Kapan bisa menjenguk kami di panti ini?
Kerana di sini waktunya singkat.
Bila-bila masa saja kamibisa wafat.

Bapa...
Kapan bisa kami memelukmu?
Sekurang-kurangnya untuk dijadikan kenangan.
Seorang yatim bersama pemimpin penuh keagungan.

Bapa...
Hari ini kami terima ole-ole
Senyum kami sepanjang waktu
Seumur hidup tidak pernah menerima hadiah begitu.

Bapa...
Ampunkan kami kerana terpaksa meminta
Kerana kami sudah tidak punya apa-apa
Beras yang ada pun tunggu masa keringnya.

Bapa...
Jika tadi kami yang ketawa
Esok mungkin kami menjadi bahan berita
Anak yatim yang menjadi korban gempa.

Bapa..
Kami berhenti di sini
Air mata ini nampaknya mula menitis
Membasahi bumi panti.


 Sajak adalah nukilan SUKARDIN TELAUMBANUA,dari PANTI ASUHAN AL-WASLIAH,DESA MUDIK,PULAU NIAS,SUMATERA,INDONESIA.Sajak ini aku petik beberapa tahun yang laludi akhbar.Ia ditulis khas buat pemimpin kesayanganku TUN DR.MAHATHIR MOHAMAD.Tajuknya adalah PUISI KASIH BUAT BAPA MAHATHIR

1 comments:

Zaarah Jasmin said...

Sangat touching puisi nie...

Let's have a break!