Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Tuesday, March 19, 2013

Resipi bunga yang lazat.


   Bunga kantan atau orang putih kata 'The Torch Ginger' ni memang sedap.Tak kiralah sebagai rencah dalam laksa, asam pedas atau masak simple style kampung iaitu asam tumis.Selain sihat, cara membuatnya pun sangat senang.Meh, aku share.

Bahan-bahannya:

Segenggam bilis goreng garing ( ganti dengan kupang goreng pun boleh)
Sebiji bawang besar dihiris
5 ulas bawang putih dihiris nipis
Sedikit air asam jawa
2 kuntum bunga kantan yang belum kembang, dihiris
Sedikit minyak untuk menumis
Garam
Serbuk perasa

Caranya:
1.Panaskan minyak.
2.Tumis bawang besar dan bawang putih hingga garing.
3.Masukkan air asam jawa
4.Masukkan bunga kantan.
5.Masukkan ikan bilis.
6.Masukkan garam dan perasa.
7.Masak dalam 5 minit je.Kalau lecur sangat, tak sedap.

Sedap dimakan dengan nasi atau kalau nak jaga badan, ratah gitu je.Mudah dan berkhasiat.


Mak aih! Bunga kantan kuntum sangat lagi.Kecik bebeno!Harga RM1.50 sekuntum!

0 comments:

Let's have a break!