Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Saturday, March 30, 2013

Resipi istimewa sambal hitam

   Emm.... macam mana nak mula ek?....... Ok.Aku tanya soalan dulu.Soalannya adalah, banyak-banyak sambal, sambal apa warna hitam?Jawapannya adalah............Jeng!Jeng!Jeng!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
SAMBAL KICAP!!!

  Cara nak buat sambal kicapni mudah je.Yang susahnya kalau tak de 'rajin'.Hahaha!Apa pun tak boleh! Oklah... Bagi sesiapa yang nak cuba sambal kicapni,bolehlah cuba resipi di bawah.Tapi, ini resipi akulah.Tak taulah kalau ada resipi lain.Kalau tak pun tanya je mana-mana orang Johor.Mesti dia orang tahu resipi sambal kicap.

Bahan-bahan wajib ada adalah:

Kicap 4 sudu makan atau lebih ( Manis atau masin tak kisahlah.Yang penting, bukan kicap cair terlampau tu)
Bawang putih 5 ulas( Kalau nak rasa menyengat letak lebih)
Cuka 1 sudu makan ( Ganti dengan jus limau nipis atau limau kasturi pun boleh)
Gula ( ikut manis.Kalau dah guna kicap manis, bubuh sikit je gula)
Garam (Ikut suka)
Ajino(Kalau suka)
Lada(Ikut suka nak pedas ke tak.Kalau nak pedas,letak lada kecik)

Caranya:
1.Tumbuk semua bahan termasuk gula.
2.Letak kicap.
3.Letak cuka.
4.Letak garam,ajino.

Kalau boleh,guna lesung.Jangan guna blender.

   Sambal kicap ni sedap dicicah dengan jemput-jemput(bahasa Johor untuk cekodok), tempe goreng, pisang goreng, sukun goreng, pendek kata apa jelah yang digoreng dan juga sedap dicampur dalam sup atau soto.


Rupa jemput-jemput bawang aku.
Hahaha!!!!
Jemput minum petang.



1 comments:

||Sis aLeaSaRa|| said...

sambal kicap mmg wajibbbbbbb buat tiap kali sy beli pisang grg kt luar,n kalau sy grg tempe yummy ^*

Let's have a break!