Sunday, March 17, 2013

Tolong jawab 2 soalan ini.

  Rasanya dah ramai blogger yang menulis tentang tanggung jawab isteri terhadap suami.Kata ustazah semasa sesi usrah di sekolah aku hari Jumaat lepas, selagi suruhan suami tu tak bertentangan dengan islam, isteri wajib turuti.Tapi, bagi pihak seorang teman yang teraniaya, aku teringin sangat nak tanya beberapa soalan cepu emas.

   Soalan aku adalah : Adakah isteri wajib menurut perintah suami untuk menyediakan makanan enak-enak, sedangkan suami langsung tak memberi wang untuk menyediakan hidangan enak tersebut?Menyediakan hidangan enak tentulah tidak melanggar hukum islam tetapi, bukankah tanggung jawab suami sepenuhnya untuk memberi nafkah atau dengan kata lain, menyediakan 'bahan-bahan untuk memasak makanan enak-enak' tersebut?Berdosakah isteri jika tak mampu menyediakan 'hidangan enak' tersebut kerana semua wang gaji isteri telah pun habis digunakan untuk menyara anak-anak dan perbelanjaan rumah?Sedangkan suami hanya goyang kaki.

   Soalan kedua: Isteri teringin sangat untuk patuh setiap arahan suami namun sebagai insan biasa, apabila suami hari-hari menyiksa mental isteri dengan hinaan dan kejian,sudah tentulah isteri tidak mampu mematuhi setiap arahan suami dengan ikhlas.Maka, untuk mengelakkan dosa derhaka kepada suami walau pun  hanya terdetik dalam hati, adakah dibolehkan bagi isteri untuk menuntut cerai?Isteri sedar bahawa  perceraian adalah jalan terbaik tetapi ragu-ragu untuk menuntut haknya yang dinafikan zahir dan batin kerana memikirkan nama baik keluarga.Tambah lagi, imej alim si suami di depan orang lain.

   Aku tak tau nak jawab apa maklumlah aku bukanlah ustazah.Harap-harap, adalah sesiapa yang boleh tolong beri jawapan.



Gambar Google.

Suami yang dimaksudkan di atas, imejnya alim macam Ustaz Azhar Idrus ni.

2 comments:

Unknown said...

1. Menyediakan makanan "enak", bergantung kepada nafkah yg diberikan oleh suami. Kalau sikit, memadai kalau sekadar mehilangkan lapar dan dahaga. Kedua, nafkah perlu diberikan oleh si Suami, dan jatuh hukumnya sekiranya si Suami mengabaikannya, seperti yang tertera dalam lafaz taqlik selepas akad nikah;

"saya atau wakil saya tidak memberi nafkah kepadanya selama empat bulan berturut-turut atau lebih dan dia tidak disabitkan nusyuz oleh mana-mana mahkamah syariah" dan "apabila dia mengadu kepada khadi atau hakim syarie dan sabit aduannya disisi khadi atau hakim syarie dan ia memberi kepada khadi atau hakim syarie bagi pihak saya sebanyak sepuluh Ringgit Malaysia atau senilai dengannya maka pada ketika itu tertalaklah dia (nama Isteri) dengan satu talak khuluqi." Harap anda faham apa yang ingin disampaikan.

2. Boleh, sila rujuk lafaz Taklik tadi, dan mohon pandangan Jabatan Agama Islam berdekatan.

ctpayong said...

assalamualaikum wbt.

secara hukum, merujuk kepada yang lebih pakar adalah lebih wajar & bijak.

namun secara kemanusiaan, isteri ibarat cermin kepada suami dan begitu juga sebaliknya. yang demikian itu saling hormat menghormati fitrah itu adalah yang terbaik.

Allahu'alam

Post a Comment