Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Saturday, June 22, 2013

Beginilah rupa belajar time jerebu....

   Akhirnya, 21 Jun 2013 bersamaan Jumaat, diisytiharkan cuti sekolah berganti bagi Pasir Gudang.Adalah anak murid aku yang kata, Yeah!!!tu!Sebenarnya aku pun nak kata yeah sama.Cuma segan je. Hehehe. IPU dicatatkan adalah melebihi 300 bersamaan dengan tahap bahaya.Aku sebenarnya suka ke sekolah.Boleh release tension dengan anak-anak murid aku. Contohnya, sesi belajar yang cukup santai yang aku akan kongsikan ni....


   Jangan salah faham ye.Bukan aku mengajar ajaran sesat cuma sesekali melayan kerenah anak murid yang keletihan dan tak sihat akibat serangan jerebu.Tambah pulak masa p&p tu 1.05 tgh hingga 1.40 thg, masa yang amat mengantuk untuk belajar.


   Aku harap, tak delah pulak jadi isu nanti, ye.Ala.... belajar kalau asyik duduk je, kan boring?Betul tak?


   Kesian anak murid aku, si Maria putih melepak ni.Dahlah kena pakai mask, kena pulak hadir kelas masa ke 10 = time orang lain semua dah balik rumah.Maklumlah, time ni jerebu punyalah tebal di luar.Tapi, kelas kena on jugak kalau tak, tak berkat gaji aku.



   Yang tersandar ke dinding pun ada.Kesian...Kita orang letih tau!



   Anak murid aku yang pakai uniform biasa tu, selalunya punyalah tak banyak cakap time kelas aku.Tapi hari ni, mak datuk, macam murai tercabut ekor!Kesan jerebu ke ni? ;)



0 comments:

Let's have a break!