Saturday, July 27, 2013

Dush!Dada aku kena tumbuk!

   Emak dah tidur.Tenang je nampaknya.Ayah belum balik dari masjid sebab jadi imam solat tarawih.Emak dan ayah tinggal berdua je jadi aku dan adik beradik aku, bergilir-gilir temankan emak masa ayah takde.Kalau tak pun, anak sedara aku yang tiga orang tu akan tolong tengok-tengokkan emak.Bukan emak budak kecik perlu diteman tapi kami risaukan keselamatan emak.

   Tahun lepas, emak kena ragut.Bukan di luar tapi dalam rumah!Tambah parah, dengan lebih tepat, atas katil.Hari tu hari jumaat.Ayah solat jumaat.Emak di rumah sorang-sorang, duduk atas katil sambil menonton TV.Pintu depan tak berkunci.Biasalah, tinggal di kampung, pintu rumah memang sentiasa terbuka.Takut tak dengar kalau jiran datang beri salam.Tiba-tiba, mak terdengar bunyi motor.Mak sangkakan anak saudara aku yang baru nak bujang yang datang.Emak biarkan saja.Mak nak bergerak bukan boleh sebab kaki mak dah 2,3 tahun lemah.

   Tiba-tiba, dengan sekali imbas, emak terasa orang meragut rantai leher yang emak pakai!Sekali ragut je rantai tu putus!Biasanya emak tak pakai rantai emas tapi sehari sebelum itu, kami ke majlis kahwin saudara.Belum sempat emak simpan, rantai tu dah lesap kena ragut!Syukur emak tak apa-apa walau pun leher emak melecet sedikit dan emak trauma sampai sekarang.Emak tak boleh langsung dengar bunyi motor atau kereta berhenti sepan rumah.Emak risau sangat-sangat!Itulah sebab kenapa bila ayah takde, mesti ada seseorang yang temankan emak.

   Hari ni lepas berbuka, ayah kata;Mimi ( adik lelaki aku yang tinggal di Shah Alam) seorang saja yang telefon emak.Aik?Aku rasa pelik.Takkan kami yang dari siang tadi di rumah emk pun, kena telefon juga? Kemudian ayah kata;Hari ni kan hari jadi emak? Dushhh!Berdegup jantung aku macam kena tumbuk.Macam manalah aku boleh lupa hari ni hari jadi emak?Sibuk sangat agaknya aku sampai hari jadi emak pun tak ingat.Tak patut betul aku sebagai seorang anak.Nasib baiklah emak tak kata apa-apa.Apa pun aku selalu doakan yang terbaik untuk emak.SELAMAT HARI JADI, EMAK!


Gambar kenangan semasa aku masih lagi belum wujud;Gambar persandingan emak dan ayah berpuluh-puluh tahun dulu.
Emak aku cantik, kan?
Emak aku cantik macam Roseyatimah Pendekar Bujang Lapok.

1 comments:

Syuhada Nasya said...

waa cantik la mak awak.. hmmm tu laaa prompak ada dmana saja, xkira laa kmpung or bandar. s hati2 la...

Post a Comment