Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Monday, July 8, 2013

Jadi guru pun kena tembak.

   Ya Allah!Kenapa sampai begitu?Sungguh menakutkan!Baru minggu lepas aku baca kes guru ditembak di Kelantan kerana kes dadah.Walau pun tak meninggal, berita tu mengejutkan juga.Tiba-tiba malam ni, time aku ronda-ronda di alam siber, aku jumpa lagi berita guru ditembak.Juga di Kelantan dan kali ni meninggal dunia.Tak taulah apa motif pembunuhan tu tetapi sebagai warga guru, aku rasa sedih jugalah.Konon katanya, arwah juga terlibat aktif dalam politik dan bisnes.Apa pun, aku doakan roh arwah ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. Al Fatihah! Berita lanjut, aku copy berita dari Terengganu  ni ye.


Seorang guru penolong kanan hal ehwal murid Sekolah Kebangsaan (SK) Beris Panchor, di Bachok, maut dipercayai ditembak sebaik keluar dari pekarangan sekolah itu, petang tadi.
Kejadian berlaku ketika mangsa menaiki kereta keluar dari kawasan sekolah itu kira-kira jam 2 petang.
BERITA BAKAL MENYUSUL

4 comments:

orang muo said...

takziah buat keluarga Allahyarham

krole said...

Astagfirullah...dahsyat betul dunia kita sekarangni...sepatutnya golongan pndidik ni dihormati masyarakat~ tp lain pula skngni

Kaki tembak. said...

Biasa le..tu..bukan guru aje yg kena tembak,tukang kebun,kerani,nelayan,jual kuih,tukang cuci..ehh..mcm2 lagi.. lah..yg kena tembak.so tajuk dia atas tu ..rasanya tak sesuai..

Mas Zull said...

assalamualaikum scarlett...macam2 kes sekarang ni kan...:)

Let's have a break!