Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Tuesday, August 20, 2013

Sudah-sudahlah ayah!

   Aku tak berapa ingat waktu itu.Tapi aku masih ingat gaun kuning air yang emak belikan.Pagi-pagi lagi emak dah mandikan aku dan adik.Emak pakaikan bedak wangi-wangi.Kemudian, emak sikatkan rambut ikal aku.Emak buat fesyen ekor kuda dua ekor.Fesyen rambutku sama benar dengan kakak sulungku.Mana kala adik bongsuku sama dengan kakak ku yang kedua.Lepas emak ikat rambut kami kemas-kemas, emak letak bunga orkid labah-labah segar yang emak petik depan rumah.

   Aku tak ingat berapa umur aku waktu itu.Tapi yang pasti emak dan ayah masih muda benar.Wajah ayah sekali ku pandang macam hero filem.Emak pulak, ada iras-iras seniwati Roseyatimah.Hmmm...Nostalgia.Aku rindu sangat saat itu.Tapi kini, emak dan ayah dah tak berapa sihat.Emak langsung tak boleh berjalan.Ayah pulak, makin kerap jatuh sakit.Tapi, ayah tetap ayah.Biarpun selalu tak sihat, masih tetap berniaga atas alasan.... emmm...entahlah.... walau pun aku tau, duit ayah, dah cukup untuk sara ayah dan emak.Kalau boleh, aku ingin beritahu ayah untuk berehat saja di rumah.Tapi, aku takut ayah marah.Hanya doa aku buat ayah, moga biar apa pun yang ayah lakukan, ia adalah yang terbaik untuknya.




Saat yang aku rindu.

Ayah dan bapa saudara sepupu sebelah emak.

3 comments:

Aminin said...

bila tgk foto lama mmg laa rindu engat nostagia lama.. apepun kita sebagai anak berdoalah selalu agar2 kedua2 ibu bapa kita kembali sihat seperti dulu.. pgorbanan seorang tiada nilainya

Vee Lea said...

Semoga ayah akak dikurniakan kesihatan yang baik, amin :)

Kasih said...

Alhamdulillah..ayah akak masih sihat tapikan saya rasa dlm usia sebegini,elok ayah akak tu rehat..tumpukan pada ibadat untuk bekalan akhirat..bekalan dunia dah cukup kot,maka tak perlu dikejar lagi harta dunia.Cuba slow talk..pujuk,insha Allah berjaya.Amin

Let's have a break!