Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Wednesday, September 4, 2013

Masalah!Masalah!

   Terbaca di Harian Metro hari ini,seorang pelajar perempuan berumur 13 tahun terjun dari bangunan sekolah.Akibatnya, tentulah cedera parah.Dilaporkan pelajar tersebut berbangsa Cina.Kalau dulu, bila ada kes-kes begini, anggapan umum adalah orang cina atau India.Dengan kata lain, bukan melayu @ islam.Tapi hakikatnya, tahun 2013 sekarang ni, orang melayu @ islam pun ada yang bunuh diri @ cuba bunuh diri.Betul tak?

  Bukan silap ibu mengandung tetapi mungkin keadaan yang menyebabkan.Orang boleh kata, iman tak kuatlah.Perangai macam budak-budaklah dan 1001 kecaman lagi.Tetapi, hanya mereka yang mengalaminya saja yang faham mengapa kadang-kadang rasa nak bunuh diri. Maka di sini, peranan orang terdekat adalah sangat penting.Orang terdekat paling dekat adalah 'keluarga'.

   Kalau zaman 70an atau 80an dulu, memang 100% boleh diterima bahawa keluarga adalah golongan yang terdekat.Tapi zaman sekarang ni, aku tak yakin.Contoh paling mudah, bila tanya anak-anak murid aku yang bermasalah, mereka lebih rela berkongsi masalah dengan kawan atau guru daripada meluahkan pada keluarga tak kiralah sama ada ayah, ibu atau adik-beradik.Jadi, peranan mereka yang paling dekat tu seolah-olah berpindah pada kawan atau guru.

   Apa pun, nasihat aku pada mereka yang ada simptom kemurungan atau perlu seseorang untuk berkongsi masalah, carilah seseorang untuk berkongsi.Tapi awas, jangan terlalu mudah bercerita pada sesiapa kerana takut cerita seinci jadi sedepa.Kalau susah sangat, jumpalah dengan mereka yang pakar sama ada di klinik atau hospital.Yang penting, jangan simpan sendiri kerana sangat tidak baik untuk jangka panjang.

   Aku pun tengah ada masalah sekarang....................
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Kucing aku si Panji ni ha. Asyik nak makan je.
Sekejap-sekejap mengiau.
Sampai tak sempat hidang makanan dalam pinggan!

5 comments:

Lydia Miza said...

Budak skrg kalau ada masalh susah nk share kan kak? Padahal guru kaunseling pun ada, mak ayah ada.

Ida Syuhada said...

Semua orang ada masalah tersendiri, cuma bagaimana cara kita menyelesaikannya. Semua masalah pasti ada jalan keluar...berdoalah kepada Allah swt... insyaAllah

Syuhada Nasya said...

banyak simpan dala. macam gitu ler. hehehe

Cik Itah@RRP said...

apalah yang dia pikir sampai nak kena terjun..

Puan Kutu said...

mana ada hidup yg takde masalah..nah pasal kucing pun masalah besar gak kan.hehe

Let's have a break!