Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Thursday, October 24, 2013

Aku rindu untuk pergi.

   Setiap insan diberikan ujian yang berlainan.Aku selalu dengar kata-kata,Allah takkan berikan ujian melainkan Dia tahu kita mampu menghadapinya.Tapi, kata orang lagi, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.Sekiranya tiada iman di dada, mungkin penyelesaian 'itu' yang aku pilih.Rasa dah tak sanggup dah menghadapi ujianNya.Aku pernah 'rindu untuk pergi'.

   Namun, pemergian anak saudara aku baru-baru ini, menambah keyakinan aku bahwa setiap satu ujian Allah itu ada hikmahnya.Sekurang-kurangnya aku masih diberi peluang untuk menghirup segar udara pagi.Atau mendengar merdu kicau burung.Atau melihat senyum gembira anak-anak muridku.Sakitku masih lagi aku sendiri yang tanggung.Andai luka nyata, orang dapat melihatnya.Andai bisul atau busung, hanyir darah dan nanah mustahil aku bendung.Tapi, semuanya terlindung di sebalik sebuah kepalsuan.... Yang hanya aku yang tahu....dan Dia!

    Pemergian anak saudaraku dalam usia yang masih belum pun ranum, menyedarkan aku bahwa biar pun hidupku sering kali di bawah, walau pun beribu kali aku cuba memanjat ke atas, aku masih diberikan peluang untuk menghela nafas.Aku masih diberi peluang untuk merasa enaknya dunia meski pun seleraku sedikit demi sedikit ditarik.Begitu juga kepasrahanku.Pun demikian, demi sebuah iman, aku akan cuba terus bangun dan memanjat kembali.

   Hanya satu yang aku kesalkan .... Aku sakit di saat anak-anak muridku sedang bertungkus-lumus untuk menghadapi SPM.Walau pun aku telah mula memberikan bekalan seawal bulan Jun, aku masih rasa terkilan kerana masih terlalu ramai yang memerlukan aku.Aku juga terkilan kerana terpaksa menyusahkan teman-teman setugas kerana terpaksa memikul tanggung jawab yang aku tinggalkan.Aku tahu kalian semua telah terbeban dengan terlalu banyak tanggung jawab namun apa dayaku.Hanya doa ku pohon moga-moga Allah memberi ganjaran terbaik buat kalian.

   Jodoh pertemuan, ajal maut di tangan tuhan.Aku sendiri tak tahu bila ajalku akan menjemput aku pergi.Selagi aku mampu, aku akan terus cuba untuk bangkit dan menguatkan diri biar pun untuk seribu tahun lagi kerana aku tahu Allah telah sediakan yang terbaik buatku.Andai aku terus hidup, aku dapat menyumbangkan sesuatu buat mereka yang memerlukan.Dan andai aku pergi, moga Allah menyediakan syurga buatku.Buat anak saudara ku Ahmad Asrul Afif Aziz(YOE), damailah kau di sana.Aku tahu syurga buatmu kerana sesungguhnya 'YOE' adalah insan yang terbaik di sisi Tuhan.



2 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

bertabahlah..

piqa da bajitos said...

yang hidup pasti akan pergi
kite tah bila
kadang2 lagi lama hidup banyak nya dosa
susahnya nak buat amalan
doa2 moga kita sentiasa buat amal ibdah dan dijauhkan dgn perkara mungkar

Let's have a break!