Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Sunday, October 27, 2013

Ambil anak angkat bunting.

   Seekor ibu kucing yang sedang bunting , telah dibuang oleh tuannya kerana suka sangat beranak atas siling.Dah tu tak nak bawak anak-anaknya turun.Tambah pulak tuannya dah tak sanggup nak bela kerana tuannya pun selalu tak sihat.Lokasi ibu kucing tu dibuang adalah lebih kurang 2 kilometer dari rumah.Tempat yang sesuai kerana banyak makanan jadi tentu ibu kucing tu boleh survive.

   Tup!Tup!Selepas 2 hari, ibu kucing tu terboyot-boyot balik semula ke rumah.Terus mengiau mintak makan dari tuannya.Dengan orang lain jangankan nak mintak makan, baru tengok pun ibu kucing tu dah cabut lari.Nampak sangat dia sayangkan tuannya tu.Sekali lagi, tuan kucing yang dah tak larat nak bela ibu kucing tu, telah membuang ibu kucing tu sekali lagi.Kali ni, lokasinya agak jauh iaitu lebih kurang 6 kilometer dan perlu merentas 1 taman perumahan yang luas kalau nak balik semula.

    Eh!Tiba-tiba setelah 3 hari, ibu kucing yang semakin memboyot perutnya tu, balik semula ke rumah.Dengan mata terkebil-kebil mintak makan dengan tuannya tu.Tiba-tiba pulak aku jadi sayang pada ibu kucing tu.Bukan senang nak berjalan balik dengan perut terboyot-boyot tu.Jadi, aku ambik keputusan untuk buat ibu kucing tu anak angkat.Sekarang ni pun aku cuma ada seekor je anak angkat, Panji si warrior.




Panji Si Warrior, penggemar kek batik coklat dan ais krim vanila.


Gambar Google

Lebih kurang macam nilah rupa anak angkat yang akan aku ambik.
Harp-harap Panji dapat terima kakak angkat dia ni.

3 comments:

adrianna syaz said...

Comeynya anak angkat tu..nnti dpt cucu angkat plak..hehe

syaafi sushi said...

waahhhh... hehehe. fiza suke kucing, tapi alah dengan bulu kucing.. nak sangat bela, tapi fiza x sesuai bela binatang.. x menjadi =) hehehe

Sha said...

comelnya..putih hitam..

dah 3 kali balik tu memang kuat la jodohnya dgn tuan dia..

Let's have a break!