Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Friday, October 25, 2013

Jumpa Beskot dan Sepet.

   Jam dah 11.51 malam.Mata belum mengantuk.Inilah masalah aku.Bila tak makan ubat, jangan harap boleh lena awal.Badan rasa sihat sikit.Panas rasanya malam ni.Di ASTRO PRIMA, filem Mohabbatein sedang ditayangkan.Aku suka cerita ni kerana lagu-lagunya yang aduhai.Inilah satu-satunya filem yang aku beli CD sebab suka sangat lagu-lagunya.Padahal aku bukan hantu hindustan.

    Sambil telinga aku dihibur alunan merdu Mohabbatein, aku jenguk-jenguk ke dapur.Rupa dah tak terurus dah.Jari aku ni manja sikit.Kalah dengan sabun basuh.Mulalah merekah dan berdarah.Tapi, mana boleh biar dapur jadi tempat lipas atau semut berdisko.Jadi, aku kemaslah juga perlahan-lahan.Rumah jiran-jiran aku dah senyap sunyi.Lagi pun esok kan hari kerja.Aku pulak ada sehari lagi mc.Isnin depan baru aku ke sekolah balik.

   Sambil jenguk-jenguk wajah tampan Shah Rukh Khan,aku jenguk-jenguk blog Mat Gebu Dapur Tanpa Sempadan.Amboi!Terliur aku tengok macam-macam masakan dia.Kemudian aku merayap ke blog-blog lain.Kebetulan, U Mobile aku boleh tahan laju malam ni.Sejak tak sihat, dah lama aku tak berjaga malam dan merayap ke blog kawan-kawan.Rindu pulak rasanya.Maklumlah, seronok dapat baca macam-macam entry.Daripada yang kelakar sampailah yang serius.Yang seram je aku tak berani baca.Aku ni penakut!

   Antara blog yang aku jenguk malam ni.....


   ++||0nce|Beskot|in|Boredom||++

Beskot?Hahaha!Header yang kreatif.Aku suka.

sepet

Blog Sepet.Nama je sepet tapi orangnya cantik.



3 comments:

piqa da bajitos said...

take care !

sudipVSsenduk said...

lamanya tak singgah sini... Rajin2 makan ubat, moga awak cepat sembuh ya

Jemari_Suri said...

hai dik lamanya tak bersua...
hepi blogging ye ^^

Let's have a break!