Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Sunday, October 20, 2013

.... kerana bisikan ghaib.

   Sejak akhir-akhir ini, kita selalu dikejutkan dengan berita pembunuhan.Bukan setakat pembunuhan yang dilakukan oleh penjenayah @ pihak kongsi gelap, tetapi juga pembunuhan di kalangan ahli keluarga di mana si pelaku dikatakan mengalami masalah mental.Ada kes bapa bunuh anak, anak bunuh bapak, anak bunuh emak, dan macam-macam lagi yang kucing aku kalau faham baca suratkhabar pun akan rasa seram sejuk.

   Apa dah jadi dengan masyarakat kita?Pada aku lah, untuk mengatasi masalah ini, pihak terdekat sama ada keluarga atau kawan perlu main peranan.Sekiranya ada tanda-tanda seseorang itu mengalami gangguan jiwa, perlulah kalau boleh segera dirujuk ke hospital.Masyarakat selalu menyangka orang sakit mental tu sama dengan gila.Pada hal, ada macam-macam jenis sakit mental.Bawa ke hospital bukan bermakna bawa ke hospital gila seperti Hospital Permai atau Tanjung Rambutan.Tetapi bawa dahulu ke hospital biasa dan rujuk ke pakar psikiatri.Tentu ada ubat yang boleh membantu.Yang penting kita perlu tahu serba sedikit tentang 'sakit mental'.Tak delah nanti, bila ada kes-kes anak kena sembelih, alasan diberi, KERANA BISIKAN GHAIB.

    

   

1 comments:

Nizam Ijam said...

hissshhhh menakutkan.... :D

Let's have a break!