Saturday, October 26, 2013

Melawat anak murid kemalangan.

   Khamis, 24 Oktober 2013,semasa di klinik, aku terima berita anak murid aku accident.Teruk ke tak, tak pasti pulak.Tapi kalau dah warded, teruklah agaknya.Kebetulan warded dekat je iaitu di KPJ Pasir Gudang, jadi aku ambik kesempatan untuk melawat walau pun sekejap.

   Masuk je di kawasan KPJ semasa cari parking, dari jauh aku dah nampak budak-budak lelaki macam anak-anak murid aku.Bila dekat, sah memang anak-anak murid aku termasuklah yang accident.Adalah dalam 10 orang rasanya.Budak-budak 5 Sc 3 dan 5 SRT.Tiba-tiba aku rasa seronok pulak.Lama mc rindu rupanya aku ni pada anak-anak murid aku.

   Lepas parking,aku pun pergi ke anak-anak murid aku tu.Teruk juga anak murid tu accident.Duduk atas wheelchair dengan drip masih ada di tangan dan nampak darah menitik.Tangan pun berbalut.Tapi, masih boleh keluar sebab ramai sangat yang datang melawat.Pak guard marah, katanya.

   Aku pun ambik kesempatan berbual sekejap dengan anak-anak murid aku tu.Mudah-mudahan, anak murid aku yang accident tu dapat ambik exam 6 November.Mudah-mudahan, anak-anak murid aku berjaya dengan cemerlang SPM nanti walau pun tanpa aku yang terpaksa mc. Huhuhu!



Inilah antara gelagat anak-anak murid aku.
 

2 comments:

uncle gedek said...

tu baca buku ke tido?

kah kah kah!

Uji Hussein said...

Bang Gedek!Masa ni dah pukul 2 suku petang.Kalau tak manjakan budak-budak tu, karang tak de pulak yang nak masuk kelas.

Post a Comment