Saturday, October 19, 2013

Segar dari ladang...

   Alhamdulillah.... selepas berapa kurun entah aku tak online...Malam ini rasanya aku dah cukup kuat untuk online.Kuat zahir batin, mental dan fizikal.... Hmmmm...Tiba-tiba,aku rasa tak tau nak tulis apa. Rasa seperti blogger baru...Hehehe!Oklah... Aku kena kuatkan semangat ni ( Untuk pertama kalinya juga, aku update blog ditemani oleh dua orang anak buah aku yang nakal tapi kelakar ni, Si Rujhan dan Farhan.Juga anak buah aku yang manis, Cik Hanis Sofia).Seorang lagi anak buah aku, Si zarif Akmal, ada di depan mata aku ni.tapi, biasalah remaja baru nak naik, tak lekang dengan gajet.entah apa je lah yang dibuatnya....

   Ok.nak cerita sikit pengalaman balik ke Terengganu baru-baru ini.Balik kerana anak buah aku di Kg Kelulut, sakit tenat.Tapi, semasa aku tiba di Kuantan, aku terima berita pemergiannya buat selama-lamanya.Meninggal dunia kerana 'Advanced Mediatinal Germ Cell Tumour' pada usia 22 tahun.Arwah menderita penyakit tersebut selama setahun.Kalau ikut kata doktor, 90% pesakit boleh survive tapi Allah tentukan tumour yang menyerang jenis aggresif jadi arwah tak dapat diselamatkan.Dengan kata lain, mula-mula tumour tu di jantung.Setelah menjalani rawatan kimoterapi sebanyak 6 kali, tumour tu hilang.Tapi ia menyerang kembali di otak.Sempat menjalani rawatan laser 10 kali dan sembuh.Malangnya, ia menyerang kembali di buah pinggang dan seterusnya memakan sebelah paru-paru.

   Arwah seorang yang sangat baik dan aku yakin syurga buatnya.Pengkebumian diiringi dengan hembusan bayu sepoi-sepoi bahasa dan cuaca yang redup.Arwah mninggal dunia jam 1.52 petang, hari Jumaat, 11 Oktober 2013.Aku tahu susah untuk keluarga menerima, jadi aku doakan moga abang aku Aziz dan isterinya serta keluarga tabah menghadapi ujian Allah.Al Fatihah buat anak saudaraku Ahmad Asrul Afif bin Aziz....

   Semasa balik ke Terengganu juga, seperti biasa keluarga aku mencuba macam-macam bizarre food.Tapi, aku cuma dapat tengok je kerana keadaan kesihatanku yang tak mengizinkan.Terpaksalah berpantang makan walau pun teringin sangat nak makan.Kebetulan musim buah hampir di penghujung.Ada rambai, cempedak, rambutan, duku dan macam-macam lagi.Alahai.... aku telan air liur je.Jamah sikit cempedak goreng tapi perutku sakit lagi.Aduhai..... 

   Oh ya!cakap tentang bizarre food, cuba tengok gambar di bawah.Yang ini, aku boleh makan sikit sebab dah lembut.Cuba teka gambar apa......Sehingga berjumpa lagi.(Cewah ...... )


Oklah.Inilah entry terkini segar dari ladang.

3 comments:

Unknown said...

Alfatihah

Eh ape tu..camne masaknye ne

Uji Hussein said...

Kak Scarr pun tak tau.First time nampak dan rasa.

Aimacomel said...

takziah ye kak, moga arwah tenang di sana. Wah, ada rezeki buah segar la.. best =) usus perut tu, owhh... xmau

Post a Comment