Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Friday, November 8, 2013

Soalan ramalan SPM 2013

   Teacher dah kata!Jangan percaya sangat soalan spot bulat-bulat!Baik percaya yang teacher spot lagi baik.Kan teacher dah buat analisis.Bukan spot ikut suka sesedap rasa ajinomoto!Kan?Kan?Ha... Kan dah kena!Siapa suruh hafal bulat-bulat soalan spot cikgu tusyen bagi?Soalan spot yang teacher buat, cikgu yang tak ajar tusyen ni, tak nak dengar.Kan teacher dah bagi tips / spot / analisis yang teacher buat masa kelas tambahan hari Sabtu 2 Nov tu?Penat teacher datang sekolah bercakap dari 8 pagi sampai 12 tengah hari.Stop kejap je pukul 10.00 sampai 10.30.Balik hari tu terus teacher tergolek, tau!

    English Paper 1,soalan 1 yang teacher spot keluar.Alhamdulillah.... Ingat tak teacher beritahu beza antara 'complaint' dan 'complain'?Ingat tak teacher pesan study formal letter?Yeah!!!!Keluar!!!Harap-harap semua boleh jawab.Bila teacher tahu soalan yang keluar untuk novel, pun teacher suka sangat sebab yang teacher spot keluar bulat-bulat!Yeah!!!!!Opss!!!Alhamdulillah..... Harap-harap untuk anak-anak yang agak lemah tu dapat guna contoh jawapan yang teacher beri.Sekarang ni kita bukan target nak tambah A+ je tapi kita kena juga pastikan % untuk kelulusan meningkat.Insha Allah...

    Akhir kalam ( betul tak?) teacher doakan kejayaan untuk semua anak-anak SPM teacher bukan setakat untuk English tapi juga untuk semua subjek.Insha Allah...... Dan ingat pesan teacher, bila dah sambung belajar di matrikulasi atau universiti nanti, kena rajin buat analisis dan belajar dari awal.JANGAN PERCAYA SOALAN RAMALAN BULAT-BULAT.Ok?



Lepas SPM boleh lumba motor lagi ye FAKHRUSY!



Good luck all!

    

1 comments:

Vee Lea said...

Akhirukalam la, teacher :) Hahaha..

Let's have a break!