Tuesday, December 10, 2013

Jari berserban.Aduhai...

   Huiiiiii!!!!!Lama beno aku bertapa!Bukan tak rindu dengan dunia blogging ni cuma keadaan tak mengizinkan.Masalah paling utama adalah kesihatan.Alhamdulillah... aku dah sihat sikit.Selain masalah usus, jari aku pulak buat hal.Nape entah, menanah, bengkak tiba-tiba.Doktor kata alergik sabun.Mak kata masa aku kecik dulu pun aku alergik sabun.Iyelah tu agaknya.Sakit yang amat.Dah hampir 3 bulan aku cuti memasak dan cuci pinggan.Hahahaha!



Dah dekat sebulan, jari aku tak sembuh-sembuh.Asyik berserban je.



   Kebetulan, aku sibuk berulang-alik ke  hospital dan tumpu pada anak yang ambik SPM.Mudah-mudahan, semua anak-anak calon SPM, berjaya dengan cemerlang.Teringat semasa Paper English, hampir satu dewan anak-anak SPM aku minum air penghilang darah gemuruh atau rasa takut untuk jawab SPM.Dari segi psikologi, ia membantu sebab anak-anak SPM aku kata, mereka rasa lebih yakin.Alhamdulillah...

   Selera makan aku pun dah bertambah cuma tak boleh makan terlebih sangat.Bila selera bertambah, berat badan pun bertambah.Hahahaha!!Tak boleh jadi ni.Apa pun, yang penting, aku rasa lebih happy walau pun risau sebab aku jadi tak de idea nak update blog bila dah lama sangat cuti blogging.Macam mana nak ada idea, bila makan ubat, asyik mengantuk je.Badan pun dah naik berat.Aduhai......Oklah...Jumpa lagi.

   

3 comments:

RaksasaBaik said...

Semoga cepat sembuh jari tu.. hehehehe

Oh Ping Blog said...

mcm comel je, mcm kesian je..
hihi

Anonymous said...

Salam daripada Zalora Malaysia,
Kami sangat meminati blog anda dan cara penulisan anda menarik perhatian kami.
Pihak Zalora Malaysia begitu berminat untuk menjalinkan kerjasama bersama pihak anda. Sila email kepada kami di zalorateam@zalora.com.my

Post a Comment