Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Saturday, February 16, 2013

Tau tak apa tu 'singkek@sengkek'?

   Bila tanya orang makna sengkek, mesti orang tu jawab miskin.Betullah tu tapi bagi aku ada makna lain untuk singkek @ sengkek.Kisah bermula lebih 30 tahun dulu di sebuah kampung jauh di pedalaman.(Kampung tu dah tak wujud dah sebab wujud Titan Pasir Gudang dan lain-lain di kawasan tu).Masa tu aku berhingus lagi dan masih pakai seluar katok main di luar. (Tak payah cuba bayangkan ye.)

   Di kampung aku tu, cuma ada 2 buah kedai iaitu kedua-duanya kedai runcit cina.Satu letaknya agak jauh dari rumah aku dan yang satu lagi agak-agak dalam 500 meter dari rumah.Masa tu kalau emak ayah tak pergi belanja barang dapur di kedai, jangan haraplah nak rasa jajan.Jadi, pilihan kami ialah beli dengan 'singkek @ sengkek'.Nak tau 'singkek @ sengkek' tu apa?

   Singkek @ sengkek dalah seorang nenek cina yang menjaja jajan dengan menggalas 2 bakul dengan kayu pengandar.Nenek ni berjalan dari kampung seberang ( lebih kurang 4 kilometer) untuk menjaja jajan di kampung aku.Jadi, bila nenek cina yang kami panggil singkek @ sengkek ni datang, barulah kami ada peluang untuk beli jajan.Selain jajan, kadang-kadang ada juga dijual mainan anak patung kertas yang boleh tukar-tukar baju tu atau pun belon dalam tiup.Tapi yang paling aku suka ialah jajan gula-gula yang ada cincin dengan mata macam-macam warna yang bagi aku waktu itu tersangatlah cantik.

  Macam mana rupa singkek @ sengkek tu bolehlah bayangkan sendiri ye.Rambut paras bahu style China doll dengan ubat sikit-sikit.Suka pakai topi besar macam orang ke kebun tu.Dah tu bajunya mesti samfu dengan kaki seuar besar warna plain biru atau kelabu.Dengan pengandar di bahu mengandar dua bakul leper penuh jajan dan jalan perlahan-lahan.Langsung tak jerit ,jajan!jajan!Tapi budak-budak semua dah tahu.Boleh bayangkan?

Friday, February 15, 2013

Tak sangka excited giler!

   Rasa nak tergelak pun ada.Semuanya gara-gara bas.Maksud aku bas Iskandar @ bas henti-henti.Bukan rupa bas tu kelakar tapi rupa penumpang bas tu yang kelakar.Maksud aku, penumpang tu aku dengan adik aku cikgu sekolah Tanjung, 2 orang anak dara aku dan 2 orang anak buah aku.Kelakar sebab dah berpuluh tahun kami tak naik bas henti-henti.Tiba-tiba hari ni teringin pulak nak try.

   Mula-mula tu tak sangka excited sangat.Macam nak pergi rombongan pulak.Anak buah aku yang 2 orang tu memanglah seronok.Maklumlah budak-budak.Sempat juga posing ambik gambar sebelum bas sampai.Bila bas sampai, aku pun bayar tiket dari kampung aku ke Kompleks Pusat Bandar.Seorang RM1.70.Jadi 4 orang= RM6.80.Aku beri je pada pemandu tu.Tak terfikir pun nak letak dalam tabung.Lepas tu aku terus je duduk.Driver tu tak beri pun tiket.Nasib baik takde tukang check tiket.(Ada lagi ke?)



   Sampai di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang, tengok-tengok barang jap lepas tu makan-makan.Menu biasa sup le tapi aku terpaksa tukar menu ke mee rebus sebab kolesterol dah makin membiak.Air masih tetap jus jambu (bukan Yus Jambu tau) tabur serbuk asam.Oii!!!Kecur air liur.Menu lain mee hoon sup, sup urat power punya dan   fish & chips.Tengok gambar lagi, nak?

Nampak tu? 
Koko special, jagung special dan sup urat.
Pernah rasa sup urat?Sup lidah?Sup ekor?Sup pipi?


Menu orang tua lebih kolesterol macam aku.
Pinggan pun pinggan orang tua.
Mee rebus ni amboi mak sedap sangat.
Siapa nak rasa bolehlah singgah ke gerai Harum Dahlia.
RM3.50 je.

   Lepas makan, singgah solat jap.Tiba-tiba terperasan jari aku merekah dan berdarah gara-gara menyental bilik air guna sabun Bersih pagi semalam.Punyalah Bersih sampai jari aku pun 'dibasuhnya'.Aduh mak!Pedihnya!Lepas solat, kami balik.Plan nak naik teksi tapi teksi takde jadi kami ambik bas jugak.Kali ni aku tak lupa letak duit dalam tabung dan ambik tiket.

Bukti entry tak tipu punya.

   Pendek kata, tak sangka naik bas tu best.


Budak comel dan motor

Ala... Rindu pulak kat anak buah aku si comel Adib ni

Terbaik dari Facebook.


PM pun suka kucing!

Teka teki hari Jumaat


Cuba teka gambar apa ni?
Klu : gigi

Umur 13 tahun dah kena tangkap berkhalwat...

   Dalam 2 hari, 2 berita tentang remaja aku terima.Berita pertama ada di Metro hari ni.Budak lelaki 13 tahun ditangkap khalwat dengan anak dara 20 tahun di hotel bajet.Lokasi?Alamak!Lupa pulak.Budak-budak sekarang, ubun-ubun masih lembik pun dah rasa hebat sangat dan nak cuba macam-macam.Budak zaman dulu, setakat curi telur ayam atau curi jambu je.Nak tengok gambar bentuk 'love' pun segan.Maklumlah, taboo!Tapi budak sekarang, jadi kebanggaan pulak kalau tahu bab-bab advance yang tak patut tu.

   Berita kedua pun lebih kurang sama tapi lain sikit.Adalah seorang ibu tu yang check handphone anak bujangnya dan jumpa video tak senonoh budak sekolah.Dah nama budak sekolah, tentulah tak cukup umurkan?Tindakan si emak ni aku rasa patut sebab sentiasa pantau pergerakan anak bujang dia tapi sempat juga anak bujang dia tu upload video tak senonoh.Apatah lagi kalau emak bapak bzzzzzzzz manjang dan beri kepercayaan 100% pada anak-anak.Alamat boleh jadi hancur anak-anak tu.

   Si emak tu adalah tanya aku macam mana nak handle masalah anak bujang yang degil macam anak dia ( aku tengok anak dia tu langsung tak degil).Aku manalah ada anak bujang jadi takdelah idea bernas yang dapat aku kongsi.Kalau pengalaman dengan anak-anak di sekolah tu adalah.Aku kata : Kita sebagai orang dewasa kena faham perasaan dan kehendak orang muda.Kita kena bina kepercayaan mereka pada kita dengan selalu dekat dan fahami mereka.Tapi, pada waktu yang sama , kenalah kita snetiasa pantau dan beri nasihat apa yang patut.Ibarat menarik rambut dalam tepung;Tepung tak bersepah, rambut tak putus.Bukan main terjah dan maki hamun tanpa usul periksa.Macamlah kita tak pernah muda.Kan?

   Ada juga aku nasihatkan pada si emak supaya beri sedikit ruang pada anak bujang dia untuk 'bernafas' dan beri sedikit kepercayaan di samping rapatkan diri dengan anak bujang dia tu supaya anak bujang dia tu boleh share apa juga masalah dengan si emak.Apa yang aku tahu, anak bujang dia tu yang juga anak murid aku, stress yang amat sangat sebab si emak langsung tak percaya pada dia.Kalau tak, takkanlah sampai 18 kali si emak paksa si anak buat ujian air kencing untuk test dadah dan kesemua 18 keputusannya adalah negatif.Itu tak  termasuk si emak suruh polis datang ke sekolah untuk check air kencing anak dan hasilnya pun negatif.   Kesimpulannya:Emak bapak kena main peranan untuk pantau kegiatan dan pergerakan anak-anak untuk mempastikan mereka tak terlibat dengan apa juga gejala sosial tetapi kenalah juga beri ruang dan kepercayaan pada mereka supaya mereka tak stress dan memberontak.


Gambar Google

Kita tak boleh tutup mata je 

Jadilah seperti Nick Vujicic

   Bahagia ada di mana-mana.Yang penting sabar dalam menghadapi apa juga ujianNya.Jangan sesekali menyerah kalah walau pun kerap sangat rebah.Kata orang, takkan kita rasa manisnya sesuatu itu kalau kita tak rasa pahitnya terlebih dulu.Benar, kata orang hidup umpama roda, sekejap di atas, sekejap di bawah.Tetapi andai kata kita 'selalu sangat hanya berada di bawah' biar pun telah bermacam cara kita cuba untuk 'berada di atas' janganlah sesekali kita menyalahkanNya.Anggap saja itu adalah ANUGERAH kerana bukan semua diberikan peluang merasai pahitnya kehidupan.

Kalau Nick Vujicic yang dilahirkan tanpa tangan dan kaki masih mampu tersenyum,
mengapa tidak kita yang dilahirkan lengkap semuanya?


Kalau Nick Vujicic diberi anugerah si comel Kiyoshi James Vujicic, anugerah untuk kita mungkin menanti di sana.

   Kesimpulannya:Ambil semangat Nick Vujicic untuk tetap bersemangat untuk hidup di samping terus berusaha dan berusaha hingga berjaya.Andai masih juga kecewa, tukarkan rasa hampa itu kepada pasrah dengan doa yang terus melimpah.Jangan sesekali menyerah kalah.

Thursday, February 14, 2013

Pasangan tak secocok.

   Siapa sangka sotong boleh jatuh cinta pada beruang kan?Begitu juga dengan monyet dan gajah. Tapi itulah hakikatnya bila kita semak di Google.Try klik pada 'love' tu.Macam-macam lagi pasangan tak sekufu yang muncul.Kelakar tapi seronok kan?Release stress sekejap.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-



Nak!Nak!

   Tiba-tiba teringin nak makan benda ni.Minggu lepas dah masak sendiri dah.Tapi lepas makan, bibir rasa gatal dan bengkak sikit.Biasalah... Aku ni alahan.Tapi sebab nak makan, aku sapu je ubat Dr.Mahzan beri.Tapi malam ni, teringin lagi...Nasib baik bukan mengidam.Bolehlah tunggu esok.Apa pun, aku kena tengok gambar dulu bagi senang hati....
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Udang telur masin

BR1M dinaikkan RM1000

   Itulah yang aku dengar.Tapi ditambah perkataan MUNGKIN.Kalau betul BR1M dinaikkan ke RM1000, alhamdulillah.... Tapi, aku memang tak layaklah.Tumpang seronok untuk mereka yang layak je.

Spontan Khamis

   Tiba-tiba je dia marah!
Sedih!!!!

Awak datang tapi sayang....

Tiba-tiba
AWAK datang...
Tapi sayang
mata hampir pejam
tanda harus segera ke tilam!
Maaflah AWAK.
Saya nak tidur dulu!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
AWAK = MOOD MENANDA BUKU

Wednesday, February 13, 2013

Kg Tanjung Langsat yang istimewa....

   Sesiapa yang rasa nak cari ketenangan, silalah ke Kg Tanjung Langsat ni.Selain memancing di jeti, boleh juga menjamu selera di kedai-kedai makan di sekitar pantai.Selain tu, boleh juga mengenali pelbagai flora dan fauna yang jarang ditemui.Kalau bernasib baik, boleh nampak siput timba.Ada macam-macam jenis burung yang sentiasa berlagu riang.Nun di tengah laut, kelihatan kapal-kapal yang sedang berlabuh.Pendek kata, sesuailah untuk menenangkan fikiran.Lokasinya tak jauh iaitu berdekatan dengan pelabuhan Tg Langsat.Kalau nak naik bas, boleh ambil bas di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang.


Jeti Kg Tg Langsat.



Pokok kayu ara

Cantikkan?

Nak makan belangkas pun boleh.

Jom join bloglist JS 2013

   Dah lama tak join segmen.Ben pun dah lama tak buat segmen sebab sibuk mengasuh Qhaliff.Kebetulan JS pulak buat segmen.Kenalah join.Kan?Caranya mudah je.Apa-apa hal, letak header dulu...



Comelnya!

Syarat-syaratnya :
1.Mestilah follower blog JS ( Sudah tentu)
2.Buat entry pasal segmen ni ( Ok.No problem)
3.Link entry ke kotak komen ( Beres jap lagi)
4.Nyatakan anda dari negeri mana ( Ooo.... kena beritahu ek?Kita dari JOHOR)

Itu je.Senangkan?
Tarikh tutup adalah pada 28 Februari 2013
Sempat lagi nak join kan?

Oklah... JS memang selalu di hati.


Robot raya Cina

   Seronok berkumpul waktu cuti raya Cina masih terasa lagi.Selain borak-borak, makan-makan dan solat berjemaah anak-beranak, aku paling suka melayan anak-anak buah aku.Macam-macam kerenah.Contohnya anak buah aku seorang ni.......Cuba tengok gambar...
-
-
-
-
-
-
-

Kotak pun boleh jadi robot...
-
-
-
-
-
-
-
-

Seronok tengok telatah budak cerdik ni
-
-
-
-
-
-
-
-

Tu nampak kepala.
Handsome ni bila dah besar.
-
-
-
-
-
-
-
-
-



Penat jadi robot , dia jadi ulat pulak.
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Takde anak kecik sendiri, tumpang seronok tengok gelagat anak sedara pun jadilah.....




Tuesday, February 12, 2013

Cerita pelik tapi benar tentang limau dan lokan.

 Yang beraya adalah orang Cina.
Yang amalkan adat beri limau pun orang Cina.
Tapi, jiran adik aku, seorang India,
beri adik aku seorang Melayu,
kerana Tahun Baru Cina.
Satu Malaysia kan?


Nama limau ni Honey Lokan.

Kek pandan raya Cina

   Hujan turun lagi di Pasir Gudang.Alhamdulillah... Rahmat dari Allah.Time hujan macam ni, makan le best.Apatah lagi masih lagi berkumpul ramai-ramai di rumah ayah.Menu apa nak try pagi ni ye?Petang semalam dah makan ubikayu rebus dengan asam pedas dan ikan kembung kering.Ada juga mee (mi?) segera perisa ayam kampung.Licin habis!   Pagi ni, aku buat kek pandanlah pulak.Limau pun masih ada lagi sekotak jadi okle tu.Meh aku tunjuk  gambar.

   Lepas letak topping, cari ceri dll tak de.Bedal je lah letak mashmallow. Janji ada colour. Hehehe.


Dah tinggal separuh dah.

Jemput makan!

Mmm.... Menu tengah hari apa pulak ye?




Monday, February 11, 2013

Family Tree Haji Arsat

   Ooo..... Ada pun family tree tok-tok belah emak.Share kat sinilah untuk kenang-kenangan.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

   Nama emak Zawiah.Emak kepada emak namanya Zainon.Sekarang yang tinggal cuma yang sulung dan yang bongsu.Alhamdulillah... dua-dua masih sihat.Emmm.... Terima kasih kepada yang rajin buat family tree ni.Aku tumpang share je.

Oppa apa?Gangnam style

   Bukan nak cerita apa.Cuma nak share gambar PSY ni je.Nampak cantik gambar ni.Tapi aku masih tak minat si PSY ni.Bukan dia tak bagus, cuma aku lebih minat AMY SEARCH.Phewiit!!!!
Malam ni PSY mesti jadi carian popuar di internet.
Kan?Kan?


SEO?
Yes! OPPA GANGNAM STYLE

Entry akhir raya Cina

   Share gambar Nek Long dan Nek U ( emak sedara sulong dan emak sedara bongsu emak) yang dirakam semasa sesi menziarah petang tadi.Umur Nek Long katanya dah jejak 98 tahun.Nek U pulak 74 tahun.Meh tengok gambar jelah.....
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Inilah Nek Long.Emak sedara emak yang sulung.
Walau pun dah 98 tahun dan bongkok 3,tapi masih sihat.


Yang belah kiri tudung pink tu Nek U, emak sedara emak yang bongsu.
Alhamdulillah.... masih sihat wal'afiat.

Oklah.Nanti ada masa nak try buat family tree pulak.

Yeah!Makan belangkas!

   Akhirnya yang diidam-idamkan pun tiba.Lebih kurang jam 11.30 pagi kami anak-beranak pun bertolak ke Kg Tanjung Langsat untuk makan belangkas asam pedas.Sesiapa yang tak tau Tg Langsat tu boleh google atau tanya orang Iskandar Malaysia sebab kawasan pelabuhan Tanjung Langsat tu adalah fasa ke empat Iskandar Malaysia.

   Kg Tanjung Langsat ni bukan asing bagiku kerana masih ramai sedara-mara yang tinggal di sana.Jadi excitedlah juga nak pergi makan belangkas.Sambil tu, bolehlah aku singgah rumah tok sedara sekejap.Tok sedara tu adik bongsu nenek belah mak.Biasanya, kalau takde kenduri kendara, time raya jelah kami jumpa.

    Bila sampai ke Kg Tanjung Langsat tu, aku nampak ada bas Iskandar.Oooo.... rupa-rupanya ada bas masuk ke kampung tu.Tak taulah pulak bila start khidmat bas tu.Kalau zaman dulu, sesiapa tak de kereta, terpaksa naik pawanca.(Tak tau?Maknanya kereta sapu lah)Seorang RM2 sampai pekan Masai.Agak-agak tahun 1980an dulu.Tapi sekarang, semuanya dah senang.Bayar ke RM1.60 ( kalau tak silap) dah boleh shopping di Pasir Gudang.... Ok tengok gambar dulu ye.Kan pictures speak louder than words?


   Kedatangan disambut dek pemandangan menarik + agak mengerikan pokok kayu ara besar dengan akar bergayut. Benda warna biru tu apa entah.Tadi masa ambik gambar,macam takde.


Dari jarak jauh.Belah kiri yang nampak bumbung tu kedai runcit ayah sedara aku.


Ni dah masuk dalam Anjung Muara tempat kami nak makan belangkas tu. Cantik kan belangkas di dinding tu?


Ala... Lupa nak ambik gambar belangkas masak pedas yang baru letak atas pinggan.
Ni gambar belangkas yang dah jadi habuan aku.Ingatkan belangkas asam pedas, rupanya belangkas masak pedas ala sambal tumis.Oooo... sedapnya!!!!RM5 je sepinggan belangkas dengan beberapa potong bahagian ada telur, dan sedikit bahagian kaki.

Alhamdulillah.... Nasib baik ada yang tolong ambik gambar yang ni.
Tengok telur tu.
Tempting!

Ni wajah-wajah puas hati selepas makan belangkas.Tengok tu?
Masing-masing dah makin cerah kalah makan kolagen.

   Lepas makan, jalan-jalan sekitar restoran Anjung Muara tu sambil tengok air pasang.Ada juga yang memancing.Lepas tu, kami sambung perjalanan untuk singgah rumah tok sedara sebelah mak.


Dilapidated house just beside the restaurant.Tak taulah ada penghuni ke tak.

   Sampai rumah tok sedara bongsu kebetulan ada pulak tok sedara sulung.Minum air teh o panas dan makan kuih-kuih kering, borak-borak lebih kurang kurang sejam, baru balik.Uiii!!!Betul-betul macam raya.Burppp!!!Alhamdulillah... Sendawa belangkas pulak.Mintak izin rehat dululah ye.Sekejap lagi dah asar.Hujan pulak tu makin lebat.....Apa lagi?Jomlah memasak!Ayah dah beli ubikayu untuk direbus.








   

Seronoknya raya Cina!

   Ops!Jangan keliru ye.Aku tak sambut raya Cina.Tapi seperti family orang lain, aku rasa semasa cuti TBCina inilah kita dapat berkumpul anak-beranak.Maklumlah...Cuti kan lama.Sekolah cuti seminggu tau.Yeah!!!Malam tadi aku dah ceritakan sikit aktiviti aku dan family bila berkumpul.Malam tadi pulak entah pukul berapa kami tidur.Dah tu tidur style oppa gangnam mangsa banjir.Baring ikut suka sambil aka lintang pukang.Tapi itu yang seronoknya bila balik bercuti sesekali.   Sebelum tidur tu, macam-macam style aku tengok.Jap...... cerita dengan gambar jap ye.....

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Asyik beno anak buah aku sorang ni.
Kalau ada Cik Po di sebelah pun tak sedar.
Maklumlah....Dah lebih jam12 dah ni.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Ayah tengah dok kira roti canai untuk sarapan pagi.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Ni kucing jiran ayah.Suka beno dia datang.Hnatar balik banyak kali pun dia datang juga.
Kucing ayah ada sekor tapi hujung ekor pun tak nampak.
Kucing tu takut tengok ramai sangat orang.

   Plan tengah hari ni nak pergi makan belangkas asam pedas di Kampung Tanjung Langsat.Tapi, tak taulah.On ke tidak sebab cuaca macam tak berapa ok.Tapi kalau tak jadi pun, makan ramai-ramai di rumah pun best juga.






Tasbih cntik dari Turki.

   Seronoknya!!!!Tasbih yag ditempah dari Kak Ima Moh Kembara dah pun siap.Tinggal tunggu kak Ima balik ke Malaysia je.Kalau boleh, aku nak warna purple tapi Kak Ima kata warna purple tak ada jadi 4 warna yang ada tu pun dah cukup cantik.Kak Ima guna batu apa entah tapi memang cantiklah.Ditambah lagi dengan kuntum bunga kecil yang comel.Harap-harap lepas ni,bertambah semangat aku sekeluarga untuk menambah bekal ke akhirat.Iyelah.... blogging, blogging juga.Takkan nak lupakan apa yang lebih afdhal.Kan?Tak gitu?


Apa kata Ustaz Azhar Idrus...


   Itulah sebabnya  bujang-bujang, hero-hero  yang masih berselubung dalam selimut tu, kena cepat-cepat bangkit dari tidur.SOLAT SUBUH. Dah 6.42 pagi dah ni.Kalau solat subuh yang cuma 2 rakaat tu pun susah nak jaga, macam mana nak jaga anak dara orang kemudian nak jaga anak paling tak 2 orang?

Ubikayu dan hujan

Time hujan...
Makanan paling best adalah...
UBIKAYU.
Yeah!!!!!!!!!!
Ayah beli ubikayu.
Cicah ikan kering..
Awesome!

Sunday, February 10, 2013

Seronoknya!!!!

   Entry khas malam ini adalah siaran langsung dari rumah ayah.Anak ayah 2 lelaki 4 perempuan.Seorang je tak balik.Adik lelaki aku yang tingga di Shah Alam.Yang lain semua dah berkampung di rumah ayah.Kakak aku 2 orang.Adik aku dua orang.Anak buah ada ... japkira jap... 2+2+2+3=9 orang.Campur ipar ada 2 orang yang berkumpul.Walau pun tak ramai, cukuplah untuk memeriahkan rumah mak ayah.Bukan senang nak berkumpul ramai-ramai macam ni.

   Bila dah berkumpul, selain borak-borak, rutin biasa adalah makan...Makan besar!Menu campur-campur.Ada menu orang putih, menu cina,menu melayu dan tak lupa juga menu jawa.Yang spesial adalah ayam golek.3 ekor untuk ratah je.Nasi putih ada, nasi minyak pun ada.Ada rojak petis, ada lauk semur, ada gulai nangka, ada sambal goreng, ada sayur tumis air sawi dan ... aikkk?Sardin pun ada.Meh tengok gambar jap.


Hidang ikut suka.Dalam bekas aiskrim pun boleh.

      

   Lepas kenyang,  ayah  panggil anak-anak buah aku..Saspens je.Ingat nak bagi angpow.Rupa-rupanya .....
-
-
-
-
-
-
-
-



Oooo.... ayah nak test mengaji rupanya...
Menyengih anak buah aku yang sorang tu.

    Lepas test mengaji, ramai-ramai dok borak di beranda.Hujan masih lagi turun renyai-renyai.ni yang seronok ni.Time borak-borak kalau ayah ada, mesti ayah cerita zaman dulu-dulu.Kenangan time kecik dok di kampung.Aku menyampuk sesekali je.Maklumlah... aku kan pemalu. Hehehe...Dalam blog tak berapa pemalu sangat.jap lagi lepas ayah masuk bilik, kita orang pun mulalah cerita yang lain.Cerita favourite, mestilah cerita hantu.Dulu kat kampung banyak beno kami jumpa hantu.Serious ni. Hahahaha... Opps!Ada bau keklah.Ooo... Rupanya kakak aku yang memang minat sungguh ke dapur, dah siap buat kek gula hangus.Fuyooo!!!!Kejap je dah siap.Entry aku pun belum siap lagi.Hahahaha... Salahkan Celcom ye.Oklah... aku nak join borak-borak sambil makan kek dulu.Esok aku sambung cerita baik punya.


Siapa pandai cuba teka...


Cuba teka di manakah lokasi gambar udang gergasi ini diambil?

Hujan mula turun....

Pasir Gudang hujan lagi.
Hujan rahmat tu.
Tapi, jangan tergendala segala kerja sudahlah.
Maklumlah, bila hujan, tiba-tiba rindu tilam dan bantal!

Raya seminggu.Yeah!!!

  Pagi-pagi ayah dah call anak angkat dia untuk ucapkan Gong Xi Fa Cai.Orang Cina keturunan Baba dari Pulau Pinang.Kalau dulu-dulu semasa tinggal di kampung ( kampung dah bertukar jadi Pelabuhan Tanjung Langsat), mesti dapat macam-macam jajan dan berkotak buah limau.Bukan time Tahun Baru Cina je tapi time Deepavali pun.Antara makanan popular Tahun Baru Cina zaman aku kecik dulu adalah kacang spesis Ngan Yin dan kuaci hitam yang boleh dibeli dalam kilo.Air dah semestinya air gas.Kira hidangan special tu.Tapi, bila dah tua-tua ni, setakat telefon ucap selamat jelah....

   Sempena Tahun Baru Cina ni, ramai yang bercuti kan?Aku bercuti seminggu tapi 'bercuti' ikut kamus akulah.... Menanda buku, buat lesson plan, buat persediaan P&P,buat itu, buta ini.... semua tentang sekolah.Kemudian tambah pulak dengan buat kerja rumah contohnya menyental bilik mandi dan yang sewaktu dengannya.Tambah pulak dengan aktiviti berkumpul anak-beranak di rumah emak.Makan-makan sambil borak-borak terutama borak cerita hantu zaman dulu-dulu di kampung.Ni pun tengah tunggu kakak balik nak ajak masak dan berborak.....Esok, anak angkat ayah yang baba tu nak datang.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Let's have a break!