Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Sunday, June 30, 2013

Dah bulan Julai dah...

   Sekejap je dah bulan Julai.Makin hampir ke hujung tahun, makin berdebar rasa hati.Tiap-tahun macam tu.Semuanya kerana PMR dan SPM.Tahun lepas dua-dua keputusan Bahasa Inggeris sekolah aku meningkat.Melompat tinggi ke awan.Jadi harap-harap tahun ni pun begitu.Kalau tak, habislah aku nak mejawab.Tu yang makin berdebar hati tu.Tapi anak murid aku rileks je.


Anak-anak 5 SRT yang tersayang.
Moga Allah bukakan hati untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan tenang.



Teman-teman seperjuangan, tulang belakang aku untuk panitia Bahasa Inggeis.
Maaflah kalau kadang-kadang aku tau memerintah je.
Tak larat nak buat seorang.

Bila nak buat segmen baru, Ben?

   Ha?Terbeliak biji matanya bila melihat ranking Alexanya jatuh merudum.Ini tak boleh jadi, bisik hatinya.Kalau 2 bulan lepas ranking Alexanya adalah di bawah 1000, takkan selepas agak kurang aktif blogwalking, ranking tu terus jatuh menjunam ke 14,000!Dia sedar akan risiko meninggalkan amalan blogwalking.Tapi apa kan daya.Kerjanya yang menimbun menghalangnya untuk blogwalking.Jangankan blogwalking, up date blog pun kadang-kadang terpaksa dibuat 'penjadualan semula' untuk seminggu.

   Hmmm... Dia mengeluh lagi.Sambil itu, jari jemarinya yang tak berapa nak runcing, kian ligat menari-nari di papan keyboard yang penuh dengan huruf.Ibarat orang lari marathon, sekejap pantas sekejap perlahan.Namun berhenti, tidak sekali.Sambil itu, dia terkenang kali pertama dia mula berblogging..... Waktu itu, dia merasakan dunianya amat sepi tanpa teman-teman.Lalu, dia menghabiskan masanya dengan meneroka dari satu blog ke satu blog.

   Antara blog terawal dikunjunginya adalah blog milik seorang blogger popular yang kini mungkin hampir setaraf dengan selebriti.Blogger kacak dengan badan ketak-ketak( tapi kini asyik jaga anak) itu benar-benar telah memberinya sinar agar terus menelusuri dunia blog.Waktu itu juga dia berkenalan dengan blogger ramah tak terkira watak emak-emak.Mulut riuh dengan wajah persis Rubiah Suparman, bintang filem awal 90an.Sekurang-kurangnya, merekalah yang telah memberi sinar kepadanya agar terus tabah menghadapi terjah terajang dunia.

   Lantas mulai dari situlah dia mula terfikir untuk sama-sama menghuni dunia blogger.Apatah lagi, 1001 perasaan dan cerita bagaikan air yang membuak-buak di dadanya minta dicerita.Lalu dia pun mengorak langkah menulis entrynya yang pertama.Bulan demi bulan, tahun demi tahun, dia makin berjaya dalam dunia blogger.Pengikut dah mula ribu-ribu.Entry yang dipos juga begitu.Ranking Alexa bawah seribu tambah menyeronokkan hatinya.BE juga boleh tahan.

   Namun dek tuntutan kerja, blogging jadi nombor 2.Akibatnya, rangking Alexa tinggal nyawa-nyawa ikan.INI TAK BOLEH JADI!!!Getus hatiNYA ....... SEORANG AKU!


   BEN ASHAARI

Bila nak buat segmen baru, Ben?



   

Filem, JDT dan TRW

   Belum sempat baca suratkhabar lagi pagi ni.Dok layan Footloose di HBO sampai masa aku pun loose.Kejap lagilah baca suratkhabar.Cakap pasal filem, aku teringat baru-baru ni aku 'beli' Oh Mak Kau di ASTRO First.Alah.... Hampeh...Tak sedap langsung!Bukan pelakon yang tak best tapi aku rasa cerita tu sendiri tak best.Kalau Karoot Komedia yang spontan tu Shuib dan Jep Sepahtu boleh berlakon baik punya, takkanlah kalau skrip dan pengarah OMK tu bagus, dia orang tu tak boleh berlakon yang bagi kasi pecah perut punya?Kan?Apa tah lagi dengan adanya pelakon hebat macam Wan Maimunah.Selalunya aku tengok Wan Maimunah berlakon cukup hebat.Tapi dalam OMK, aku nak tengok sampai habis pun rasa kena paksa.Akhirnya, Jep Sepahtu yang tengok aku. zzzzzzz.Boring!

   Kemudian pada hari yang sama, aku teringin pulak nak 'sewa' filem Cina ( Taiwan kot) di ASTRO Best.Tajuknya Get Together.Mula tu rasa separuh hati nak 'sewa'.Maklumlah duit tu, nak kena bayo, bukan percuma.Tapi entah kenapa kuat sangat tarikan promo gambar perempuan pegang pan tu.Tapi, amazing!Dari minit pertama, babak budak-budak kecik ( termasuk watak utama budak perempuan 7 tahun nama Liu Liang Liang) berlari sampailah minit terakhir filem tu, aku rasa cukup berbaloi bayo RM10 ( kenapa ASTRO First RM15 ek?) Cukup dengan kelako, drama, cinta, suspen, sedih, motivasi dan macam-macam lagilah.Digarap dengan sangat baik oleh penulis skrip.Diarah dengan cemerlang oleh pengarah.Dan tentunya dilakonkan dengan sangat superb oleh para pelakonnya. ( Opp!Jap!Jap!beli suratkhabar jap.Apek suratkhabar dah datang tu!) ........................................................................................................................................................................................................

   Ok.Sambung balik.In a nutshell ( Dalam kulit kacang. Hehehe) Aku bagi 9 markah bagi filem ni.Kemudian aku teringin juga tengok Oz, filem omputih.Ingat cerita macam biasa Wizard of Oz.Aku pernah tengok filem Wizard Of Oz lama punya yang Diana Ross dan Michael Jackson berlakon jadi aku ingat filem Oz tu lebih kurang sama je.Tapi bila aku menonton Oz di ASTRO Best tu, fullamak..... memang best pun.Pertama aku rasa mesmerised by the very beautiful picture, setting yang digunakan.Maklumlah, aku memang minat ala-ala fairytale ni.Tambah pulak menonton dengan HD jadi rasa puas sangat.Lakonan oomputih macam biasalah, nampak hidup sangat.Pelakon-pelakon pun cantik lawa terutama watak Glinda.Sooooo beautiful.Jadi aku simpulkan, aku bagi 10 markah untuk filem ni.

   Berbalik pada filem tempatan, filem kita bukan tak bagus.Contohnya filem-filem hebat bermutu dari kaca mata aku seperti Magika ( suka sangat watak Nenek kebayan Ziana Zain yang jahat giler tu), filem Jogho ( yang ni dah lama dah.Kalau tak silap Normah Damanhuri ada berlakon) dan filem Bunohan ( lakonan hebat Faizal Hussein hero yang ramai kawan aku gilakan time sekolah dulu walau pun badan macam cicak kering) Maknanya filem kita bukan tak bagus cuma ada segelintir pembuat filem yang buat filem tak bagus.Ala.... Ibarat berniaga teh tarik.Orang meniaga, kita nak meniaga tapi orang meniaga teh pekat, sedap, lemak manis tapi kita meniaga teh tarik rasa longkang.Macam tu lah kot.

   Ok.Aku nak sambung baca suratkhabar pulak.Nak tengok berita pasal JDT dan TRW.Betul ke tak de gaduh-gaduh.Kalau takde, alhamdulillah..... Moga makin maju sukan untuk negara.Tahniah kepada TRW dan kepada JDT jangan sedih, tahun depan cuba lagi.Kepada TMJ, baik tuanku cari anak jati negeri Johor untuk main dan melatih.Barulah ada rasa sayangkan Johor.Kalau harap bayar mahal-mahal, beri itu ini tapi main hampeh, baik tak payah.Ampun tuanku!


Gambar Google

Sedutan dari OMK

Gambar Google

Poster Get Together


Gambar Google

Watak talking doll dalam Oz

Gambar Google

The Wizard of Oz, Diana Ross

Yang baju belang tu kalau tak silap Michael Jackson.

Saturday, June 29, 2013

Entry 3 minit terakhir JDT lawan Kelantan

   Mesti masa ni peminat JDT tengah bengang.Apa taknya, main macam hampeh!Kata dia oranglah.Aku ngajuk je.Ada juga yang marah-marah aku sebab post entry sebelum perlawanan kata JDT kalah 2-0 dengan The Red Warriors.Aku tak reka-reka tau.Memang betul aku mimpi.Aku pun takdelah minat sangat bola sampai tak berganjak dari depan TV dari tadi.Aku kata 2-0 tu dalam mimpi.Memang betul-betul aku mimpi.Dah nama mimpi, bukannya aku mintak.Bagi aku yang buta bola ni, kalah atau menang, kan adat pertandingan.Kalau Kelantan menang pun apa salahnya.Kan orang Malaysia juga tu.Kan?Yang penting tak de insiden gaduh atau lain-lain yang boleh memalukan orang kita.Tapi yang pasti, AKU SEBAGAI ORANG JOHOR, MEMANG TAK BERAPA SUKA DENGAN FANDI AHMAD TU.

Kelantan 1 Johor 0

Ala.... Biasalah tu.
Johor kan Come Back King.
Nanti come back balik le tu!
-
-
-
-
-
-
-
Tapi dalam hati kata,
APA B*****G SANGAT DEFENDER JDT NI?


Luaskan Kuasa Mu (Dari Selatan) by Classmates

Ultras Johor (B.O.S) - Alee alee

Kita Tetap Menang !!!


YEAH!!!AMY NYANYI UNTUK JOHOR!

Go!Go!Harimau Selatan!
Luaskan kuasamu!!!

Kelantan 2 Johor 0

    Aikk!Ada pulak yang marah ni karang!Memang betul pun keputusan tu; Kelantan 2 Johor 0.Piala apa?Piala FA lah.Menangis harimau selatan.Iyelah...Kita orang nak menang, tapi????????? ......zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz........................................................................ Astaghfirullah .... Aku mimpi da!!!!Taklah minat sangat bola ni.Cuma time JDT lawan je aku tengok.Tu pun sebab suka nak tengok perut boroi si Nunez.Hahahaha!!!!Jangan risau JDT!!!LUASKAN KUASAMU!!!!!!AUMMMMMMM!!!!!!!!!!!

Gambar Google

Eh!Salah pulak.
Maaflah ye Tok Rimau!


Gambar Google

Ni baru HARIMAU SELATAN
AUMMMMMMMMMMMM!!!!!!!

Jangan lupa malam ini,
JDT LAWAN KELANTAN.

Menang atau kalah, tak kisah
yang penting tak mo gaduh-gaduh.




Yang ini harimau muda!
hehehe!

Kenaikan gaji kaki tangan awam

   Wah!Bukan main tersenyum orang kerajaan kan?Maklumlah, setengahnya tu baru je dapat tunggakan dan gaji baru bulan Jun ni.Tapi bulan Julai dapat pulak lagi 1 kenaikan.Kalau cikgu DG 44, atau jawatan glamournya Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG 44, paling tak pun dapat kenaikan RM250.Maknanya dalam setahun dapat kenaikan RM500.Banyak jugalah tu kan?Jadi, bolehlah guna untuk bayar hutang ke atau untuk perbelanjaan keluarga.Jangan enjoy sakan pulak.



Tiba-tiba rindu pada Miss Lim, yang tengah-tengah tu.


Thursday, June 27, 2013

Pantun pokok.


Pokok bukan sebarang pokok.
Pokok hebat banyak khasiat;
Tengok bukan sebarang tengok.
Tengok dekat-dekat, teka apa yang tersirat?

   Dengan kata lain, aku nak tanya, apa istimewanya pokok kelapa tu?Lokasi adalah di Kampung ...... Kampung..... alah mak.Lupa pulak.Sebuah kampung kecil di Kuala Terengganu.Teka tau.Kalau betul, aku bagi hadiah telur penyu.Hehehehe!

Wednesday, June 26, 2013

Untung jadi tapir

 Aduh!
Tiba-tiba aku hilang!
Aku tekan 2,3 huruf...
Hilang lagi...
lagi dan lagi..

Aduh!
Kalau terus begini,
alamat tak hiduplah 

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
.... blog aku
SEBAB AKU HILANG IDEA NAK MENULIS.
Ada apa-apa nasihat?



Lokasi : Zoo Mini Kemaman


Untunglah kau tapir sebab tak pernah hilang idea up date blog!

Kutu apa ni?

   

E eh!Macam kutu!
Lokasi : Pusat Santuari Penyu, Cherating, Pahang.

Tuesday, June 25, 2013

Tanda-tanda sakit mental!


Habis bunga aku!Cis!!!

Monday, June 24, 2013

Banyaknya barah otak!

   Bila aku check search keyword di blog aku, perkataan barah otak atau kanser otak punyalah banyak!Ramai sungguh yang nak tahu pasal barah atau kanser otak.Nantilah kalau ada masa, aku akan tulis lebih lanjut sebab aku pun tak berapa tahu.

   Ada juga yang bertanya pasal anak sedara aku yang telah selamat menjalani pembedahan ketumbuhan otak tu.Alhamdulillah, setelah sebulan, keadaannya makin sihat.Berjalan, makan, menulis, semua dah normal.Cuma sesekali lupa dan juga masih belum lancar membaca.Doakanlah mudah-mudahan keadaannya terus sihat walafiat.Buat sementara, aku kongsikan beberapa gambar yang berkaitan.



Inilah anak sedara aku Ahmad Badruzzaman bin Jasim bersama abang ipar aku yang cukup baik hati semasa rawatan susulan selepas pembedahan di KPJ Pasir Gudang.Pembedahan dijalankan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.
Terima kasihlah kepada semua doktor dan jururawat yang terlibat.



Masa ni anak sedara asyik demam tapi selepas sebulan, alhamdulillah...



Ini gambar kesan pembedahan selepas dibuang 'staples'

Doakan semoga anak sedara aku ni terus sihat ye.

Sunday, June 23, 2013

... seperti memelihara seekor babi...

 Bab agama aku tak berapa tahu.Jadi, kalau ada sesiapa yang boleh beri penjelasan atau pengesahan, silalah kongsi, ye!Isunya begini... Aku dengar anak murid aku kata, kalau kita bela kuku panjang, setiap satu kuku panjang yang kita bela tu, sama dengan kita bela sekandang babi.Ishhhh!!!!Betul ke?

Gambar Google

Hiii..... Tak naklah!

Hmmm.....

   Zaman aku kecik-kecik dulu, bila kumpul ramai-ramai, yang tua selalu cerita pasal cerita rakyat dan sebagainya.Tapi zaman aku tak berapa kecik ni,bila budak-budak berkumpul, semua asyiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiik dengan gajet masing-masing.Nak suka ke tak?

Saturday, June 22, 2013

Jerebu pun dapat 'parcel'.

   Terima kasihlah.Walau pun jerebu melanda Pasir Gudang, aku masih tetap dapat 'parcel'.Yeah!!!!!!Yang ke berapa ye?Hmmm... jap aku check....Ke 48 ke 49, ek? Opps!Yang ke 50 lah!

Kena catat untuk rekod:BE @Buffered Earning terkini adalah ....

Ke 50 = Kia What is project C? - 4 Jun 2013 
Ke 51 = Kakao Talk App - 17 Jun 2013
Ke 52 = Transition Optical -10 Jun 2013
Ke 53 = Kakao Talk Campaign = 6 Jun 2013

   Terima kasihlah pada Cik Nuffy kerana sudi hantar BE walau pun aku cuma blogger anchovy.Masuk tak delah ribu-ribu, tapi cukuplah untuk bayar bil blogging aku.Terima kasih juga kepada semua pengunjung ke blog aku.Tak kiralah pengunjung setia atau tidak kerana kunjungan anda amat bermakna.Insya Allah, andai masa mengizinkan, aku akan kongsikan entry yang lebih berkualiti.TERIMA KASIH SMEUA.

Beginilah rupa belajar time jerebu....

   Akhirnya, 21 Jun 2013 bersamaan Jumaat, diisytiharkan cuti sekolah berganti bagi Pasir Gudang.Adalah anak murid aku yang kata, Yeah!!!tu!Sebenarnya aku pun nak kata yeah sama.Cuma segan je. Hehehe. IPU dicatatkan adalah melebihi 300 bersamaan dengan tahap bahaya.Aku sebenarnya suka ke sekolah.Boleh release tension dengan anak-anak murid aku. Contohnya, sesi belajar yang cukup santai yang aku akan kongsikan ni....


   Jangan salah faham ye.Bukan aku mengajar ajaran sesat cuma sesekali melayan kerenah anak murid yang keletihan dan tak sihat akibat serangan jerebu.Tambah pulak masa p&p tu 1.05 tgh hingga 1.40 thg, masa yang amat mengantuk untuk belajar.


   Aku harap, tak delah pulak jadi isu nanti, ye.Ala.... belajar kalau asyik duduk je, kan boring?Betul tak?


   Kesian anak murid aku, si Maria putih melepak ni.Dahlah kena pakai mask, kena pulak hadir kelas masa ke 10 = time orang lain semua dah balik rumah.Maklumlah, time ni jerebu punyalah tebal di luar.Tapi, kelas kena on jugak kalau tak, tak berkat gaji aku.



   Yang tersandar ke dinding pun ada.Kesian...Kita orang letih tau!



   Anak murid aku yang pakai uniform biasa tu, selalunya punyalah tak banyak cakap time kelas aku.Tapi hari ni, mak datuk, macam murai tercabut ekor!Kesan jerebu ke ni? ;)



Thursday, June 20, 2013

Tolong!Pasir Gudang diserang!

    Aku tak tahu entah buat kesekian kalinya.... Kami diserang lagi dan lagi!Di mana-mana aku lihat mereka yang bertopeng muka.Selain suara-suara batuk yang kuat kedengaran, mata-mata mereka juga merah meskipun tidak semerah saga.Hidung mereka berair berserta serangan  bersin yang tidak henti-henti.Tambah malang buat mereka yang sakit dada.Dengus nafas umpama lembu disembelih!

   Aduhai!Apalah salah kami hingga diserang begini?Saban tahun kami berperang namun kesudahannya? Dot!Dot!Dot!Apakah hanya cukup dengan perbincangan antara sang ketua?Adakah hanya cukup dengan bekalan topeng muka yang amat aku tak suka!Rimas!Kami bukan ninja!Bagaimana aku nak mengajar andai topeng disarung ke wajah?Aku tahu anak-anak murid ku pun tak selesa.

   Namun, inilah hakikat bila kami diserang.Ye!Pasir Gudang diserang buat kesekian kalinya dan kami tak mampu untuk mempertahankan diri.Apa yang mampu kami lakukan, adalah pasrah dengan doa moga-moga inilah kali terakhir seranganmu .... JEREBU!Kuh!Koh!Koh!

Wednesday, June 19, 2013

Seorang aku yang baru.... Ku ingin....

    Andai dapat, ku undurkan putaran dunia, pasti saat ini aku masih seorang bayi.Aku ingin menjadi seorang aku yang baru.Baru segala-galanya.Biarlah otakku tak sebijak aku yang dulu asalkan hidupku tak dipenuhi dengan onak dan duri.Ranjau derita terlalu zalim menusuk kalbuku.

   Aku ingin bertatih kembali agar aku tahu apa itu sepak terajang dunia.Aku juga ingin kembali merasa manisnya madu agar aku takkan pernah tahu apa itu hempedu.Andai dapat ku undurkan kembali masa yang berlari, pasti aku akan menjadi seorang aku yang tak tercemar dengan hitam pekat daki dunia.

    Andai dapat ku panggil kembali masaku yang kian pantas berlari, aku ingin menjadi seorang aku yang setia pada janji.Aku tak kesal menjadi seorang Scarlett O'Hara tapi aku rindu malah teramat rindu untuk kembali menjadi seorang Jula-juli.Biarlah Jula-juli seorang aku, tanpa mahkota tanpa gelaran diraja, asalkan aku bahagia dalam kesederhanaan kerana sesungguhnya ITULAH YANG SEBENARNYA MEMBERIKU KEBAHAGIAAN....

Tuesday, June 18, 2013

Sedih nak berpisah, tapi apa kan daya!

   Sungguh pilu hatiku untuk berpisah dneganmu.Tapi apakan dayaku kerana hingga di sini sajalah jodoh kita.Biarlah pedih di dada asalkan sedap di mata.Apa guna sayang andai kepalaku serabut memandang!Moga kau fahami diriku.....
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
.... Maafkan aku kasih,
BEKAS-BEKAS PLASTIK LAMA AKA TAPAWE KATA ORANG KAMPUNG!

Operasi wajib untuk pastikan dapurku kemas!


(Gambar masih belum mogok kerana tak cukup masa tahap gaban)

Let's have a break!