Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Monday, July 29, 2013

Ada sesiapa nak bagi idea?

   Huh!Monday blues dah datang!Malas betul aku nak ke sekolah.Kalau aku jadi suri rumah sepenuh masa, kan best!Bolehlah aku spend time sambung jahit langsir yang baru siap sikit semalam.Semangat dah berkobar nak jahit langsir.Tapi kerja tetap kena kerja.Mana boleh nak memonteng.MC kalau betul-betul sakit je.Cuti rehat pun untuk keperluan je.Bukan boleh ambil suka-suka.Jadi, nak ke tak nak, kenalah aku ke sekolah.

   Bila sampai di sekolah, tiba-tiba je mood jadi happy.Entahlah, aku rasa macam terapi pulak ila tengok senyum manis anak-anak murid aku.Mana yang bertembung, akan memberi salam.Yang bukan muslim, akan ucapkan selamat pagi.Mana yang perempuan, kebanyakannya hulur tangan.Tapi yang aku rasa bersyukur mengajar di sekolah aku ni adalah, bila aku tengok, anak-anak murid aku akan bersalam-salaman sesama mereka setiap pagi mereka berjumpa.Mungkin dah jadi budaya sekolah aku agaknya.

  Hmmm.... Oklah.Aku nak search gambar langsir lagi ni.Aku nak cari idea untuk jahit langsir aku bila balik rumah nanti.Oh ya!Hari ni aku update blog di bilik aku, di sekolah.Kelas dah habis.Budak-budak pun dah beredar balik.Sesekali, apa salahnya kan?


Cantiknya curtain Google ni.
Nak tiru, boleh?

Ada sesiapa nak bagi idea?

Saturday, July 27, 2013

Dush!Dada aku kena tumbuk!

   Emak dah tidur.Tenang je nampaknya.Ayah belum balik dari masjid sebab jadi imam solat tarawih.Emak dan ayah tinggal berdua je jadi aku dan adik beradik aku, bergilir-gilir temankan emak masa ayah takde.Kalau tak pun, anak sedara aku yang tiga orang tu akan tolong tengok-tengokkan emak.Bukan emak budak kecik perlu diteman tapi kami risaukan keselamatan emak.

   Tahun lepas, emak kena ragut.Bukan di luar tapi dalam rumah!Tambah parah, dengan lebih tepat, atas katil.Hari tu hari jumaat.Ayah solat jumaat.Emak di rumah sorang-sorang, duduk atas katil sambil menonton TV.Pintu depan tak berkunci.Biasalah, tinggal di kampung, pintu rumah memang sentiasa terbuka.Takut tak dengar kalau jiran datang beri salam.Tiba-tiba, mak terdengar bunyi motor.Mak sangkakan anak saudara aku yang baru nak bujang yang datang.Emak biarkan saja.Mak nak bergerak bukan boleh sebab kaki mak dah 2,3 tahun lemah.

   Tiba-tiba, dengan sekali imbas, emak terasa orang meragut rantai leher yang emak pakai!Sekali ragut je rantai tu putus!Biasanya emak tak pakai rantai emas tapi sehari sebelum itu, kami ke majlis kahwin saudara.Belum sempat emak simpan, rantai tu dah lesap kena ragut!Syukur emak tak apa-apa walau pun leher emak melecet sedikit dan emak trauma sampai sekarang.Emak tak boleh langsung dengar bunyi motor atau kereta berhenti sepan rumah.Emak risau sangat-sangat!Itulah sebab kenapa bila ayah takde, mesti ada seseorang yang temankan emak.

   Hari ni lepas berbuka, ayah kata;Mimi ( adik lelaki aku yang tinggal di Shah Alam) seorang saja yang telefon emak.Aik?Aku rasa pelik.Takkan kami yang dari siang tadi di rumah emk pun, kena telefon juga? Kemudian ayah kata;Hari ni kan hari jadi emak? Dushhh!Berdegup jantung aku macam kena tumbuk.Macam manalah aku boleh lupa hari ni hari jadi emak?Sibuk sangat agaknya aku sampai hari jadi emak pun tak ingat.Tak patut betul aku sebagai seorang anak.Nasib baiklah emak tak kata apa-apa.Apa pun aku selalu doakan yang terbaik untuk emak.SELAMAT HARI JADI, EMAK!


Gambar kenangan semasa aku masih lagi belum wujud;Gambar persandingan emak dan ayah berpuluh-puluh tahun dulu.
Emak aku cantik, kan?
Emak aku cantik macam Roseyatimah Pendekar Bujang Lapok.

Jantan konon!

   Alhamdulillah, telah pun selamat berbuka puasa dengan emak dan ayah walau pun agak sibuk dengan urusan menjahit langsir.Sibuk sangat sampai sehelai je yang siap hari ni.Hahahaha  Hari ni berbuka puasa dengan siakap bakar, kubis tumis air, sambal belacan style ayah, dan telur dadar.Air cikung dan cendol yang aduhai, sedap tak terkata!Cukup lemak dan manisnya.Mudah-mudahan berkat rezeki penjual cendol tu sebab jual cendol yang murah dan sangat sedap.

   Bercakap tentang penjual cendol dan yang sewaktu dengannya, tak kiralah jual murtabak ke, jual lauk-pauk ke,aku nak sentuh sikit tentang kualiti dan kebersihan  makanan yang dijual.Ada sekali tu aku beli nasi lemak dengan lauk telur rebus.Bila time nak berbuka tu, dah berlendir!Tak taulah pukul berapa penjual tu masak.Aku juga perhatikan kebanyakan makanan yang dijual tu tak bertutup.Lalat malah langau pun ada terutama di gerai seorang kakak dari pantai timur yang ada jual satar, akok, keli, laksam, nasi kerabu dan nasi dagang.Lalat penuh tapi penjual tu selamba je biar!Tak selera nak beli.

   Nasib baiklah ada juga penjual yang sangat menjaga kebersihan.Bukan setakat si penjual tu punyalah pakai kemas dan bersih, tapi gerai dia pun tip top.Menu yang dijual tu menu ayam juga iaitu ayam berempah tapi seekor lalat pun tak de.Makanan dia pun bersih.Tambah markah lagi sebab cara menghidang pun cantik.Makanan gerenti tak basi sebab dimasak panas-panas.Tapi kadang-kadang aku kesian pada penjual tu dan 2 orang kawannya.Bukan kesian sebab cacat ke apa tapi kesian sebab dia orang kena ejek p****n.Pada akulah, walau pun dia orang tak serupa orang normal, tapi usaha gigih dia orang sangat mengkagumkan.Walau pun dia orang p****n, dia orang lebih tinggi tahapnya di mata Allah kerana usaha keras mencari rezeki halal.Bukan macam setengah-setengah lelaki yang konon jantan tu.Cakap je jantan tapi beli rokok pun mintak duit bini.Kan?Memang dasar muka tak malu!

Macam nilah sebijik rupa ayam berempah yang adik-adik p****n tu jual.
Yang ni dapur dinda punya.

Sunyinya kubur ni.

   Dari pukul 5 pagi tadi aku dok sorang-sorang.Jangan kata orang, kucing aku si Panji pun masih membuta lagi.Tapi, Si Panji ni bijak.Time bersahur, dia pun bersahur.Selagi aku tak bagi dia masuk, selagi itulah dia buat suara merayu mintak masuk.Lepas bersahur molek je tergolek membuta!Yang bukan Panji pun lebih kurang sama agaknya.Itu yang dunia rasa macam tak berputar ni sebab sunyinya mengalahkan tanah kubur!Semua asyik melayan mimpi lepas solat subuh walau pun jam dah pukul 7.30 pagi.Aku pun ikut mengantuk!




Nak 'eek' pun tak sempat.

   Syukur alhamdulillah...Selepas kesibukan melampau untuk verifikasi SPSK (Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti), hujung minggu ini baru aku ada masa sikit.Jadi, apa lagi?Inilah masa aku balas dendam buat banyak kerja-kerja yang tertangguh termasuklah plan nak buat langsir baru.

   Sebenarnya aku bukanlah jenis orang yang mesti tukar langsir tiap-tiap tahun.Bagi aku, selagi langsir nampak cantik, selagi itu aku guna.Kalau ubah pun, aku cuma tambah apa-apa yang patut pada langsir lama tu.Dengan kata lain, aku amalkan 3R.Jimat sikit duit buat orang yang tak berapa kaya macam aku ni.Kalau duit berkepuk dalam bank, bolehlah main order je langsir baru.Kan?

   Maka dengan azam berkobar-kobar, celik je mata aku terus kejut Cik Lenovo aku mintak tolong carikan gambar langsir di Google.Tapi hampeh!Kura-kura banyak beno!Padahal bulan ni boleh dikira dengan jari hari aku online.Hari-hari lain tu 'jari aku sibuk tak habis-habis update dan semak macam-macam fail ' untuk semakan SPSK.Tapi syukur sangat sebab dapat markah 98.6 %.A+ tu!

   Hmmm... oleh kerana nak jimat masa, aku ambik keputusan untuk reka je lah apa yang cantik di mata aku.Lagi pun, rasanya bakat menjahit aku masih ummph lagi walau pun entah dah berapa kurun aku tak menjahit!Maklumlah cikgu sekolah tahun 2013 ni bukan macam cikgu sekolah tahun 1995 dulu.Ibarat kata kawan aku, nak 'eek' pun tak sempat!

Kate's Garden Tier Curtains

Berangan nak curtain macam nilah.Tapi tak taulah.
Jadi ke tak!

Sunday, July 21, 2013

Puding gula hangus @ puding caramel

   Aku tak suka puding caramel!Hanyir!Bau telur!Uwek!!!Suruh paksa makan pun aku tak nak.Tapi, kata orang, tak kenal maka tak cinta.Rupa-rupanya sedap sungguh puding caramel tu.Terutama kalau anak dara ni yang buat.....
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Gambar puding tu aku google je.Tak sempat nak upload dah masuk perut.



Resipinya nanti aku interview anak dara di atas.

Saturday, July 20, 2013

Raya?Hmmm....

   Setelah 11 hari puasa , dah macam-macam kuih raya aku tengok.Harga nak kata boleh tahan, aku tak boleh tahan.BOLEH TAHAN MAHAL ADALAH!Raya tahun ni aku tak nak membazir beli kuih.Aku nak try buat sendiri je.Selain murah (iye ke?) dapatlah aku menggilap bakat memasak yang dah tinggal suam-suam kuku ni.Kuih apa nak buat ye?Mmmm.....

   Oklah.Aku nak buat kuih tat favourite aku yang aku namakan khas sesuka hati sesedap rasa iaitu kuih tat rindu malam  Chewah!Padahal kuih tat nenas je pun.  Meh nak tunjuk gambar bagi terliur bulan-bulan puasa ni.



Cute macam tukang buat dia tak? ;)

   Selain tu, aku nak buat kek lapis kukus serikaya.Walau pun tak tahan lama, tapi berbaloi untuk hidang buat tetamu.Tak pun buat hidang diri sendiri sambil buat apa yang patut.Sila lihat gambar kek lapis kukus serikaya di bawah untuk berkenal-kenalan.



Rupa tak berapa menarik tapi rasa boleh tahan.
Sebab aku guna resipi di blog seseorang.Malangnya, aku lupa, siapa.
Nak resipi, boleh klik pada link di atas.
Cerita lanjut, klik di SINI.


   Ini pun kek lapis kukus serikaya juga tapi aku ubah warna merah dan hijau. Alahai.... terbau-bau baunya yang wangi menggoda tu! Ganggu konsentrasi orang berpuasa.Cobaan!Orang sebelah rumah aku pun tengah sibuk buat biskut raya.Bukan untuk makan tapi juga untuk bisnes.Seperti yang aku katakan tadi, tahun ni aku tak nak membazir beli kuih.Maklumlah, teratak buruk aku tu, siapalah yang sudi singgah!Harapkan burung merpati dan murai jelah.Atau sesekali si tupai yang ramah bertandang.Hmmm... Oklah.Aku stop dulu sebab nak siapkan kerja sekolah yang berlambak mintak dibelai.Beginilah nasib aku.Dah tua pun masih lagi buat kerja sekolah.Nasib badan....





   





Aduh!Aduh!Duh!

Ya Allah!!!
Berikanlah aku kekuatan..
dalam menghadapi segala cubaan
dalam menyiapkan segala tugasan
dalam menghadapi 'puan...'
-
-
-
-
-
-
-
-
-
...PENGETUA!
Berdebar nak hantar proposal untuk PUT ON YOUR ENGLISH THINKING CAP!
Doakan lulus dengan sekali 'serah' je ye!



Busy bee!

Sunday, July 14, 2013

Al Fatihah ...

   Baru je terima berita sedih buat ke sekian kalinya. Seorang anak murid aku meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.Arwah menghembuskan nafas terakhir jam 7.50 malam tadi.Butiran lanjut masih belum jelas tapi yang pasti seorang lagi anak murid aku pergi yang takkan kembali.Moga rohmu Muhd Ikram dicucuri rahmat.Takziah buat keluarga arwah.

Friday, July 12, 2013

Aku bagi sebijik, baru tau!

   Penat betul nak cakap dengan orang tak reti bahasa ni.Aku kata jangan datang.Eh... Dia datang juga lagi.Macam-macam signal aku letak tapi dia buat donno je!Habis calar-balar kaki aku.Kalau dulu, dia datang time tertentu je.Tapi sekarang dah tak kira dah.Habis anak beranak kaum kerabat dibawa sekali.AKU NAK BLOGGING PUN SUSAH!CISS!!!Ada sesiapa nak tolong aku halau orang tak reti bahasa ni?
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Gambar Google

Aku bagi sebijik, baru tau!

Wednesday, July 10, 2013

Wordless Wednesday


Wordless wednesday


Puasa pertama dengan kertas soalan

   Alhamdulillah, hari ini kita mula berpuasa.Walau pun cuaca agak panas, aku rasa biasa je; tak lapar atau dahaga.Mungkin kerana aku dah biasa jarang makan tengah hari awal.Paling awal pun dalam pukul 4 merangkap minum petang kerana tuntutan kerja.Hari pertama puasa hari ini pun aku terpaksa isi dengan tugas menyiapkan set-set soalan untuk Program Pecutan PMR dan SPM yang akan diadakan hari Sabtu, 13 Julai ini.Pengetua dah janji tak nak ganggu hari Sabtu sepanjang bulan puasa, tapi tiba-tiba ada pulak program hari Sabtu ni dnegan ibu bapa pelajar tingkatan 3 dan 5.Padahal baru Sabtu minggu lepas Hari Bertemu Pelanggan.

   Set-set soalan yang mesti aku sediakan tu, kalau ikut 5 level yang berlainan; 3 untuk PMR dan 2 untuk SPM.Setiap satu tu pulak kena asingkan lagi ikut level sama ada cemerlang, sederhana atau tidak menguasai.PMR kena darab dengan 2 tetapi SPM kena  darab dengan 4.Dengan kata lain, set-set yang aku kena siapkan tu adalah pelbagai mengikut kelas dan level pelajar.Jenuh aku siapkan soalan.Bila da siap print,tebal 1/2 rim A4 paper.Tak campur kos ink printer lagi tu.Semua kena ikhlas sebab kerja cikgu mana ada overtime atau 'bayaran lebih'.Jadi ikhlaskan jelah dengan harapan ada ganjaran pahala.

   Sekarang dah jam 3.30 petang tapi ada 2 set lagi yang belum siap.Bahu dah naik kejang dah.Dapur sekejap lagi pun kena jengah sebab nak masak juadah berbuka.Azam tahun ni tak nak membazir beli makanan bazaar, jadi biar ringkas pun nak masak jugak!Belum sentuh lagi tu modul untuk program peningkatan PMR dan SPM.Keputusan tahun lepas naik melonjak jadi tahun ni tak naklah jatuh terduduk pulak.Aduh!Auh!Duh!Tak tahan pun kena tahan.

   Nasib baik dapat jugak up date blog walau pun entry tentang diri sendiri je.Almaklumlah, tak sempat nak cari berita lain.Malam ni, harap-harap, siaplah mana-mana kerja yang tertangguh dan juga siaplah entry walau pun scheduled untuk sehari dua.Maklumlah, aku betul-betul tak cukup tangan nak buat macam-macam kerja.Kalau aku ni ketam, dah habis tanggal tangan dan kaki aku satu-satu.




Kesian kat kita orang!
.



Monday, July 8, 2013

Jadi guru pun kena tembak.

   Ya Allah!Kenapa sampai begitu?Sungguh menakutkan!Baru minggu lepas aku baca kes guru ditembak di Kelantan kerana kes dadah.Walau pun tak meninggal, berita tu mengejutkan juga.Tiba-tiba malam ni, time aku ronda-ronda di alam siber, aku jumpa lagi berita guru ditembak.Juga di Kelantan dan kali ni meninggal dunia.Tak taulah apa motif pembunuhan tu tetapi sebagai warga guru, aku rasa sedih jugalah.Konon katanya, arwah juga terlibat aktif dalam politik dan bisnes.Apa pun, aku doakan roh arwah ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. Al Fatihah! Berita lanjut, aku copy berita dari Terengganu  ni ye.


Seorang guru penolong kanan hal ehwal murid Sekolah Kebangsaan (SK) Beris Panchor, di Bachok, maut dipercayai ditembak sebaik keluar dari pekarangan sekolah itu, petang tadi.
Kejadian berlaku ketika mangsa menaiki kereta keluar dari kawasan sekolah itu kira-kira jam 2 petang.
BERITA BAKAL MENYUSUL

Sunday, July 7, 2013

Bizarre juga aku.

   Aku suka tengok ANDREW ZIMMERN dalam BIZARRE FOOD.Segala macam benda dia makan.Aku tengok pun selera je.Teringin nak try tapi yang halal je lah.Antara BIZARRE FOOD yang aku dah try adalah .............................



Telur penyu antara bizarre food favourite aku.
Tak lengkap ke Terengganu kalau tak rasa telur penyu.



Ini pun aku akan cari di Terengganu.
Sup perut atau sebenarnya sup usus.



Semasa di Terengganu, aku try sup belut tapi yang ni style siam, belut phak phet.



Siapa pernah makan seafood ni?
Ni orang Jawa kata siput berongan.Kadang-kadang ada dijual di pasar malam.
Rasanya boleh tahan sedap.



Ini bizarre sikit-sikit je, itik kampung @ itik serati.
Boleh tahan mahal.2 ekor RM90.
Tapi, famili aku pun tak berapa nak makan!
Sedap dibuat rendang.



Tau tak yang ni apa?
Bizarre sangat iaitu 'buah itik'.
Hehehehe.Sedap macam otak.



Ok.Last nak share adalah jeruk kulit cempedak.
Yang ni aku try buat tapi tak berapa kena selera.
Buat ulam je, kata mak.


Bizarre food  lain ada lagi tapi nantilah aku share.
Selamat menjamu selera!

Sakit usus luka.

   Buka FB tengah hari ni, ramai pulak yang post gambar makanan.Hissh....mencabar sungguh.Dahlah aku tak boleh nak makan ikut suka sekarang ni.Bukan sebab nak diet cuma ada masalah sikit.Konon kata doktor mungkin ada luka di usus.Wallhualam.Tapi yang pasti, tak boleh langsung makan benda keras.Makan tak boleh banyak dan yang paling utama kena beringat selalu masa makan.Lunch semalam cuma makan kentang lecek.Sedap tapi kalau dah hari-hari jemu juga.Sebelum tu makan bubur nasi.Tak pun makan barli rebus dan minum air barli je.Tapi takpelah.Aku redha.Tambahan pulak tak lama lagi nak puasa.Kalau ikut pengalaman lepas, semasa sahur atau berbuka, aku makan pun sikit je.Mudah-mudahan, tak melaratlah sakit usus aku ni.



Rupa usus versi google.

13 tahun tak gosok gigi.

   Kembang tekak nak makan roti canai kuah kambing hari ni.Bukan sebab kari kambing tak sedap tapi sebab baca berita yang 'tak sedap'.Adalah satu berita tu pasal anak dara boleh tahan cantik, tapi dah 13 tahun tak gosok gigi.Konon katanya, anak dara tu percaya yang sisa makanan di gigi tu akan bertindak sebagai pelindung gigi.Eiiii!!!Dia pun tak faham kenapa manusia gila sangat nak gosok gigi.

   Anak dara 23 tahun dari Korea Selatan ni digelar Cutey Yeelowish( uwekkk!!!Gigi yang yellowish kot tu) atau nama sebenarnya Ji Hyun-ji.Kali terakhir anak dara pelik ni menggosok gigi adalag semasa berumur 10 tahun.Itu pun emak dia yang tolong gosok!Kata si 'kuning' ni lagi, dia tak faham kenapa kita semua sibuk nak gosok gigi, sedangkan orang bukan tengok pun bahagian dalam mulut kita.Hishhh!!!Cari glamour je agaknya anak dara mata sepet ni.

   Cuba bayangkan ye.Walau pun kita gosok gigi paling kurang 3 kali sehari, bila kita bangun tidur, mulut tetap bau tak berapa sedap.Bayangkan si 'kuning' ni yang dah 13 tahun tak gosok gigi!Tak taulah kalau-kalau mulut dia lebih wangi dari kita yang 'tak boleh tidur'  sebelum gosok gigi ni.Tapi ironinya, si 'kuning' ni jadi popular sebab gigi yang tak bergosok.Buktinya dia muncul di televisyen dan suratkhabar.Nak kenal si 'kuning' ni?
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Gambar Google
Inilah dia anak dara yang dah 13 tahun tak gosok gigi.
(Siapalah jadi suami dia kan?)





Tiba-tiba rindu pulak pada blogger nad si itik kuning.
Tapi yang pasti Si Nad ni paling rajin gosok gigi.

Jangan menilai buku ikut kulitnya.

   Tajuk terjemahan dari 'Don't judge a book by its cover' yang sangat dekat dengan mentaliti masyarakat kita.Maknanya, sangat biasa di kalangan masyarakat kita untuk menilai seseorang dengan hanya melihat luaran saja.Contoh paling dekat adalah diri aku sendiri.Tengah hari semalam, aku terlihat seorang perempuan cantik, berseluar pendek dengan baju tak berlengan.Dalam hati terus terlintas, tak de agama ke perempuan tu sebab pakai baju punyalah seksi? 

   Tapi, bila aku lihat, gadis tu rupa-rupanya sedang memegang telekung dan sedang menuju masjid berhampiran, aku rasa malu sendiri.Iyelah, entah-entah dia lebih rajin solat dari aku.Entah-entah iman dia lebih tebal dari aku.Memang betul dia pakai seksi, yang sah-sah melanggar hukum Allah, tapi mungkin satu hari nanti dia insaf dan menutup aurat, lalu Allah letakkan tarafnya lebih tinggi dari seorang ustazah.Mana kita tahu, kan?Jadi kesimpulannya, aku perlu mengajar diri aku sendiri supaya jangan terlalu mudah menilai seseorang dengan hanya melihat 'kulitnya' saja.


Gambar Google

Manisnya budak ni bertudung.
Sejuk mata memandang.


Saturday, July 6, 2013

Tukang jahit tak berbaju

Tukang jahit yang paling sibuk.
Sampai diri sendiri pun takberbaju.


Friday, July 5, 2013

Sebenarnya saya isteri dia.

   Sebenarnya saya isteri dia. Hmmmm..... Ramai juga rasanya yang sukakan cerita ni.Tak kiralah cerita dalam novel atau yang di TV3.Maklumlah cerita jiwang macam tu memang orang minat.Seronok sangat tengok si suami tu aka Firash dok layan si isteri si Syaf.Belikan baju, itu, ini, panggil sayang...Hmmm.... 

   Tapi realitinya, berapa ramai isteri-isteri yang tak bernasib baik seperti Syaf.Jangankan nak belikan itu, ini, panggil sayang jauh panggang dari api.Betul tak?Tapi, biasalah, orang perempuan ni sabar.Ada yang dok tahan juga bertahun-tahun kenyang makan caci maki suami dengan alasan untuk menjaga nama baik walau pun diri sendiri hari-hari makan hati.

Gambar Google
Suami mithali di TV.


Gambat Google

Suami di alam realiti
(Tapi tak semua lah)

Terutama yang tak de pegangan agama.

Thursday, July 4, 2013

Mior bagi sticker!

Yeah!Thank you Mior!




Mior SixPax




Tuesday, July 2, 2013

Azam bulan ramadan

   Tak lama lagi kita akan menyambut bulan ramadan.Puasa tahun lepas dah ganti?Jangan buat endah tak endah je tu.Hukum agama macam mana pun kena ikut.Jangan ikut sesedap ajinomoto je.Yang kedua tu, cuba kita pasang azam.Ala... takkan nak sambut 1 Januari je kena ada azam.Sambut ramadan pun kena ada azam.Antara azam-azam yang boleh kita buat adalah:

1. Nak tingkatkan amal ibadat.
2.Nak kurangkan dosa.
3.Nak kurangkan berat badan.
4.Nak kurangkan belanja.Tak nak kerap sangat ke bazar ramadan.
5.Nak masak sendiri.
6.Nak bangun sahur tiap-tiap hari.

Ok.Cukup tak?

Monday, July 1, 2013

Jom makan petai

   Petai

   Tiba-tiba teringin nak makan petai.Ala... tekak orang melayu biasalah.Orang cina pun suka makan petai, tau.Contohnya tuan punya gambar petai tu.Siap bagi resipi petai masak pedas lagi tu.Pergilah ke blog tu untuk dapatkan resipi.

   Sebenarnya banyak sangat khasiat petai ni. Antaranya yang dapat aku kutip dari blog-blog yang aku lawati adalah seperti  SUMBER BERIKUT:

Kajian 1:

Strok. Berdasarkan penelitian yang diperolehi daripada The New England Journal of Medicine mendapati amalan memakan petai setiap hari berupaya menurunkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40 peratus.

Merokok. Petai dikatakan berupaya membantu individu yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, kalium dan magnesium yang terdapat di dalam petai dikatakan berupaya membantu tubuh sembuh cepat daripada ketagihan nikotin.

1. Anemia. Dengan kandungan zat besi yang tinggi, petai berupaya menstimulasi pembentukan sel darah merah sekali gus mengurangkan derita pesakit anemia.
2. Sembelit.Petai memiliki kandungan sera yang tinggi. la membantu memudahkan proses pencernaan sekali gus mengelakkan masalah sembelit.
3. Kegemukan.Hasil kajian yang dilakukan oleh Institut Psikologi Austria, mendapati tekanan yang dialami akibat kerja menyebabkan ramai yang memilih coklat untuk mengurangkan tekanan. Begitu pun, makanan tersebut sebenarnya membuatkan anda berhadapan dengan masalah kegemukan. Amalan memakanan petai berupaya mengatasi
masalah kegemukan.
4. Depresi. Petai dipercayai dapat mengurangkan depresi. Ini kerana ia mengandungi Trytophan yang berupaya merubah mood seseorang menjadi lebih relaks dan tidak tertekan.


Kajian 2:

Sebagai buah yang membuat bau mulut  sangat tidak sedap, Petai  ternyata mengandung 3 jenis gula asli iaitu sukrosa, fruktosa dan glukosa yang dikombinasikan dengan serat.

Kombinasi kandungan ini mampu memberikan dorongan tenaga yang segera, namun cukup lama dan cukup besar efeknya. Kajian membuktikan dua bahagian petai mampu memberikan tenaga yang cukup untuk melakukan aktivit1 berat selama 90 minit.

Oleh itu jangan hairan jika petai adalah buah yang disukai oleh para atlit top. Penelitian juga membuktikan bahwa petai tidak hanya memberikan tenaga, namun juga mampu mencegah bahkan mengatasi beberapa jenis penyakit. Ini membuat petai menjadi salah satu makanan penting dalam makanan harian kita.

Dari daftar di bawah ini akan membuktikan bahawa petai memiliki khasiat yang sangat luar biasa atas beberapa penyakit.



1. Depresi
Menurut kajian yang dilakukan oleh MIND diantara pesakit depresi, ramai orang merasa lebih baik setelah makan petai. Ini kerana petai mengandung tryptophan, sejenis protein yang diubah tubuh menjadi serotonin. Inilah yang membuat orang jadi rileks, mampu memperbaiki mood dan secara umum membuat seseorang lebih bahagia.

2. PMS (premenstrual syndrome)
Jika mengalami PMS , anda tidak perlu makan ubat apapun, cukup  dengan makan petai. Vitamin B6 yang dikandung petai mengatur kadar gula darah, yang dapat membantu mood.

3. Anemia
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, petai dapat menstimulasi pengeluaran sel darah merah dan membantu apabila terjadi anemia.

4. Tekanan darah tinggi
Buah tropika unik ini sangat tinggi kalium, tetapi rendah garam, sehingga sangat sempurna untuk memerangi tekanan darah. Begitu tingginya, sehingga FDA Amerika mengizinkan perkebunan petai untuk melakukan klaim resmi mengenai kemampuan buah ini untuk menurunkan risiko tekanan darah dan strok.

5. Kemampuan otak
200 siswa di Twickenham (Middlesex) tertolong dengan mudah melalui ujian pada tahun ini kerana memakan petai semasa sarapan, berehat, dan makan tengah hari. Kajian telah membuktikan bahwa buah dengan kandungan kalium tinggi dapat membantu belajar dengan membantu siswa semakin waspada.

6. Sembelit
Kerana kandungan serat yang tinggi, maka petai akan mempermudah menormalkan kembali aksi pencernaan, membantu mengatasi permasalahan ini tanpa harus kembali ke laksativ.

7. Ubat mabuk
Salah satu cara paling cepat untuk menyembuhkan “penyakit” mabuk adalah milkshake petai, yang dimaniskan dengan madu. Petai akan membantu menenangkan perut dan dengan bantuan madu akan meningkatkan kadar gula darah yang jatuh, manakala susu akan menenangkan dan kembali memperbaiki kadar cairan dalam tubuh.

8. Kekenyangan
Petai memiliki efek antasid pada tubuh, oleh itu apabila dada terasa panas akibat terlebih makan, cubalah makan petai untuk mengurangkan kekenyangan.

9. Mual di pagi hari
Makan petai di antara jam makan akan menolong mempertahankan kadar gula dan menghindari muntah.

10. Gigitan nyamuk
Sebelum anda menggunakan krim gigitan nyamuk, cuba gosok bahagian yang digigit dengan bahagian dalam kulit petai. ramai orang berhasil mengatasi rasa gatal dan bengkak dengan cara ini.

11. Untuk saraf
Petai mengandung vitamin V dalam jumlah besar, sehingga akan membantu menenangkan sistem saraf.

12. Kegemukan
Penelitian di Institute of Psychology Austria menemukan bahwa tekanan semasa bekerja menyebabkan orang sering meraih makanan yang menenangkan seperti coklat dan keropok. Dengan melihat kepada 5,000 pesakit di rumah sakit, peneliti menemukan bahwa kebanyakan orang mejadi gemuk kerana tekanan kerja yang tinggi. Laporan menyimpulkan bahwa, untuk menghindari nafsu memakan makanan kerana panik, kita perlu mengendalikan kadar gula dalam darah dengan memakan makanan tinggi karbohidrat setiap dua jam untuk mempertahankan kadarnya tetap.

13. Luka perut
Petai digunakan sebagai makanan untuk merawat pencernaan kerana teksturnya yang lembut dan halus. Buah ini adalah satu-satunya buah mentah yang dapat dimakan tanpa menyebabkan stress dalam beberapa kes yang parah. Buah ini juga mampu menuetralkan  asid perut dan mengurangi iritasi dengan melapisi permukaan dalam perut.

14.Mengatur suhu tubuh
Banyak budaya lain yang melihat petai sebagai buah ‘dingin’ yang mampu menurunkan suhu tubuh dan emosi ibu yang menanti kelahiran anaknya. Di Belanda misalnya, ibu hamil akan makan petai untuk meyakinkan agar si bayi lahir dengan suhu tidak tinggi.

15. Seasonal Affective Disorder (SAD) (penyakit emosional yang kacau)
Petai dapat membantu penderita SAD kerana mengandung pendorong mood alami, tryptophan.

16. Merokok
Petai dapat menolong orang yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6 dan B12 yang dikandungnya, bersama dengan kalium dan magnesium, membantu tubuh cepat sembuh dari efek penghentian nikotin

17. Stres
Kalium adalah mineral penting, yang membantu untuk menormalkan degup jantung, mengirim oksigen ke otak dan mengatur keseimbangan cairan tubuh. Ketika kita stress, kecepatan metabolisme kita akan meningkat, sehingga akan mengurangi kadar kalium dalam tubuh. Hal ini dapat diseimbangkan lagi dengan bantuan makan petai yang tinggi kalium.

18. Stroke
Menurut kajian dalam “The New England Journal of Medicine,” makan petai sebagai bhagian dari makanan sehari-hari akan menurunkan risiko kematian karena stroke sampai 40%.

19. Caplak (Maaf ye.Caplak ni aku tak tau apa maknanya)
Mereka yang suka berpaling pada pengobatan alami akan berani bersumpah, jika anda ingin mematikan caplak, maka ambil sepotong petai, dan letakkan di caplak itu. Tetap pertahankan petai itu dengan menggunakan plaster!

Setelah membaca semua fakta diatas maka anda harus percaya bahwa petai adalah ubat asli untuk berbagai jenis penyakit. Jika anda membandingkannya dengan epal, petai memiliki protein 4 kali lebih banyak, karbohidrat dua kali lebih banyak, tiga kali ganda fosfor, lima kali ganda Vitamin A dan zat besi, dan dua kali ganda jumlah vitamin dan mineral lainnya.


KESIMPULANNYA:JOMLAH KITA MAKAN PETAI.




Let's have a break!