Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Saturday, August 24, 2013

Kerabu bronok

   Mula-mula tengok, aku rasa geli geleman.Aku memang geli dengan benda-benda sespesis dengan cacing dan ulat.Tapi kata orang, kerabu bronok ni sedap.Iye ke?Siapa pernah rasa?Ada tak sesedap KFC?Atau seenak burgerMcD?Teringin pulak nak try tapi, di Pasir Gudang ni mana nak cari bronok?

   Inilah rupa bronok yang aku dapat google.Rupanya hodoh tapi rasanya tentu lazat sebab tulah jadi makanan popular di Pulau Langkawi.Untuk maklumat lanjut, boleh tanya tuan gambar bronok ni.Maklumat yang tertulis, bronok ni akan cair kalau kena haba.Maknanya tak boleh dimasak @ kena makan mentah je.Heee!!!!Sanggup ke?Kena try ni.


   Inilah rupa kerabu bronok yang aku kenal di google.Sekali pandang, macam kerabu kerang.


Entry redha

   Entahlah malas nak fikir.Ibarat rambut kusut, bersimpul-simpul tak boleh tarik.Biar je karang, hodohlah pulak.Tapi kalau aku paksa leraikan kusut tu, karang menjerit pulak kerana kepala sakit.Nampak gayanya, terpaksalah aku buat donno je... Apa nak jadi, jadilah.What will be, will be kata orang.

   Kata orang, setiap masalah ada jalan penyelesaiannya.Betul ke?Aku tak nampaklah pulak jalan penyelesaiannya.Nak share dengan orang lain?Hmmm... susah kot.Tapi ironinya, aku pulak jadi kaunselor tolong selesaikan masalah orang.Nasib badan....Tapi tak kisahlah.Aku redha.Kata ustaz siapa entah yang aku tengok di TV, redha tu maknanya bahagia.Mmm.... iyelah.Aku bahagialah ni.

Tuesday, August 20, 2013

Sudah-sudahlah ayah!

   Aku tak berapa ingat waktu itu.Tapi aku masih ingat gaun kuning air yang emak belikan.Pagi-pagi lagi emak dah mandikan aku dan adik.Emak pakaikan bedak wangi-wangi.Kemudian, emak sikatkan rambut ikal aku.Emak buat fesyen ekor kuda dua ekor.Fesyen rambutku sama benar dengan kakak sulungku.Mana kala adik bongsuku sama dengan kakak ku yang kedua.Lepas emak ikat rambut kami kemas-kemas, emak letak bunga orkid labah-labah segar yang emak petik depan rumah.

   Aku tak ingat berapa umur aku waktu itu.Tapi yang pasti emak dan ayah masih muda benar.Wajah ayah sekali ku pandang macam hero filem.Emak pulak, ada iras-iras seniwati Roseyatimah.Hmmm...Nostalgia.Aku rindu sangat saat itu.Tapi kini, emak dan ayah dah tak berapa sihat.Emak langsung tak boleh berjalan.Ayah pulak, makin kerap jatuh sakit.Tapi, ayah tetap ayah.Biarpun selalu tak sihat, masih tetap berniaga atas alasan.... emmm...entahlah.... walau pun aku tau, duit ayah, dah cukup untuk sara ayah dan emak.Kalau boleh, aku ingin beritahu ayah untuk berehat saja di rumah.Tapi, aku takut ayah marah.Hanya doa aku buat ayah, moga biar apa pun yang ayah lakukan, ia adalah yang terbaik untuknya.




Saat yang aku rindu.

Ayah dan bapa saudara sepupu sebelah emak.

Monday, August 19, 2013

Jawapan Soalan Kertas Sejarah Percubaan SPM Kertas 3

   Entry malam ini sekadar untuk renungan bersama.Tak de kaitan dengan yang hidup atau yang mati.Apatah lagi dengan yang tengah nazak.Situasinya begini: Jam telah pun menunjukkan pukul 1 pagi.Tak de bunyi berdenting dan sebagainya.Maklumlah, jam zaman IT.Waktu-waktu begini selayaknya adalah tidur kerana inilah waktu berehat.Tetapi ada seorang makhluk Allah tu yang masih meronda di luar.Dengan kata lainnya, masih sibuk jadi kutu embun walau pun tak de 6 kaki macam kutu kepala.

   Tempat berembun tu tentulah bukan di kepala tetapi di sebuah kedai mamak.Duduk lepak-lepak macam orang tak de anak.Kalau bujang trang tang tang, bolehlah diterima.Tapi si kutu embun tu dah penuh uban di kepala aka dah tua @ dah senja.Dahlah dok ngeteh pagi-pagi sunyi dengan mamak bau hapak, eh, ada hati pulak dok sms anak dara ajak ngeteh sama!Si anak dara pun sama naik!Pukul 1 masih tak malu minum-minum dengan abang tua asalkan dapat rasa makan minum orang belanja.Dia tak tau, si abang tua tu, nak ngeteh pun mintak duit anak!Apa nak jadi anak dara zaman kini!Kesian emak bapak di kampung yang ingat anak dok belajar sampai perut kembung!

    Persoalannya: Siapakah yang patut disalahkan?Pilihan jawapan adalah ...
A.Abang tua rambun uban tak sedar diri.
B.Isteri abang tua rambut uban sebab biarkan je abang tua tu merayap pagi-pagi.Rantai je kaki dia kan bagus!
C.Anak dara gatal yang tak tau malu makan belanja abang tua dah pagi buta.
D.Emak yang mengandungkan abang tua
E.Emak yang mengandungkan anak dara gatal mintak belanja.

Sila pilih jawapan terbaik.Kalau tak dapat, jangan risau, gerenti tak keluar dalam Soalan Sejarah Kertas 3 Percubaan SPM esok.  Hehehehe!Jangan marah ye!

Aku pun samalah.

   Syukur alhamdulillah.... Kembali ke sekolah hari ini setelah 2 minggu bercuti.Tak sangka dalam pada aku komplen tak de rehat sebelum hari raya hari tu sebab asyik buat kerja sekolah je, rupa-rupanya aku rindu sangat dengan sekolah.Rindu sangat dengan kerja berlmbak-lambak.Maka hari ni, bermulalah kembali episod kehidupan aku yang kembali terkejar-kejar seolah-olah 24 jam sehari tak cukup untukku.Tapi, yang peliknya, semasa cuti 2 minggu baru-baru ni, aku lebih sibuk dari waktu bersekolah.Sampaikan blog pun aku tak sempat nak jengah.Betullah kata orang, manusia takkan pernah cukup dan puas dengan apa yang ada.Aku pun samalah.Kan aku pun manusia?




Raya tahun ni tak sempat nak bergambo!

Wednesday, August 7, 2013

BE Hari Raya.

Sekadar untuk catatan peribadi.
BE ke ..... alamak tak ingatlah pulak.
Apa pun, terima kasihlah Cik Nuffy.


Kesian Pak Imam!

Opocot!

Jaga!Abang Cing dah marah!

   Sahlah esok Hari Raya.Maka berdentum dentamlah bunyi mercun.Maklumlah orang Malaysia kan teringin nak berperang.Sebab tulah tak peduli pun jiran sebelah sakit kepala ke, nak solat isyak ke atau nak bertakbir raya ke.Ikut suka sedap hati je berdentum sana berdentum sini.Kesian kucing aku.Menyorok ketakutan ingatkan Malaysia diserang Jepun!

Nampak tak Abang Cing dah marah?

Ala ayah.... Cepatlah balik!

   Entry last bertarikh 4 Ogos 2013.Hari ni 7 Ogos 2013.Maknanya 2 hari aku tak update blog.Bukan sebab aku sibuk buat persiapan Hari Raya, tapi kerana aku demam.Nasib baik sempat siap jahit langsir, kemas rumah dan siapkan 2 pasang baju kurung untuk anak-anak dara aku.Demam penat kot.Maklumlah, badan dah tak berapa nak muda. Hehehehe....

   Pagi tadi, pukul 8.30 pagi aku dah bertolak balik kampung.Balik rumah emak ayah aku.Dalam 8.35 pagi, aku dah sampai depan rumah emak.Aikk?Kenapa cepat sangat?Memanlah cepat sebab emak ayah tinggal sekampung dengan aku.Hehehe.Balik kampung juga namanya kan?

   Sampai rumah emak, aku tengok, ayah tak berapa sihat.Ayah senyap je.Biasanya kalau ayah sihat, ada je borak dia dengan anak cucu.Tapi, hari ni ayah senyap je.Rupa-rupanya ayah pun demam.Tapi aku dah sihat, ayah belum.Walau pun masih awal, aku terus ke dapur tengok apa yang patut dibuat.Emak dah tak sihat jadi, pandai-pandai kamilah adik beradik untuk memasak.

   Menu biasa di rumah kami adalah ketupat, kari ayam, rendang daging, sayur lodeh dan kuah kacang.Sementara menunggu kakak sulung aku tiba, aku pun isi ketupat.Tahun ni aku kempunan menganyam ketupat.Oleh sebab aku demam, tender menganyam ketupat semua adik aku yang ambik.Aku dapat menganyam sebiji je lepas gian.Sesekali ayah menjenguk.

   Tiba-tiba, aku dengar, ayah muntah.Ayah rasa tambah tak sihat.Ayah nampak lemah sangat.Adik aku yang baru balik dari Shah Alam terus bawa ayah ke klinik.Tapi, pihak klinik suruh bawa ayah ke hospital.Kami di rumah, dah mula risau.Adik aku bawa ayah ke KPJ di Bukit Dahlia tapi pihak KPJ suruh bawa ke Hospital Sultan Ismail.

   Ini yang aku rasa nak komplen ni sebab KPJ pandang ayah sebelah mata.Mentang-mentanglah ayah orang kampung, 'Money Constrain' jadi alasan untuk tidak merawat ayah!Dia tak tau duit ayah berkepuk-kepuk dalam bank!Jadi, ayah terpaksa naik ambulans ke Hospital Sultan Ismail.Kata adik, ayah muntah lagi sebelum naik ambulans.Kesian ayah.

   Sementara itu, aku dan yang lainnya di rumah teruskan memasak sebagai persediaan Hari Raya.Dengan kata lain, kami siapkan lauk-pauk Hari Raya sebelum jam 4 petang untuk dihantar ke rumah saudara-mara dan untuk berbuka petang nanti.Kira tradisi tiap tahun berbuka di rumah emak ayah di hari terakhir berpuasa.Ayah masih lagi di HSI hinggalah aku menaip entry ni, lebih kurang jam 5.20 petang.Ala ayah.... Cepatlah balik!


Ayah dan anak cucu.


Sunday, August 4, 2013

Ala, tak sabarnya!

   Tak sabarnya!Bilalah nak siap mengemas ni.Dari pagi tadi tak siap-siap.Habuk punyalah banyak.Sampai sakit hidung aku dok bersin tak sudah-sudah.Tapi misi mesti diteruskan.Bukan setakat untuk sambut lebaran, tapi juga sebab dah lama beno aku tak mengemas rumah betul-betul.Jadi, bila dah bercuti ni, inilah masanya.Tapi, memang tak dapat aku nafikan.Aku tak sabar sangat untuk ......................................

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Pinjam gambar google.

menganyam ketupat!

Scarlett yang power.Hahaha!

   Pagi-pagi buta lepas subuh, aku online sekejap.Lepas update blog, aku merayap ke Facebook.Saja nak share gambar etc mana yang aku berkenan.Tiba-tiba, ada orang add aku.Aku pun approve jelah.Tak sampai seminit, 'orang tu' hantar mesej.Ada ke patut dia add sebab tengok profile picture aku!Dia kata aku lawa!Hahahaha!!!!Dia kata lagi, dah jarang nak jumpa perempuan yang nampak cantik, natural beauty macam dulu-dulu.Aku rasa nak gelak lagi.Kemudian, dia tanya, berapa umur aku masa ambik gambar tu. Aikk??? Rupa-rupanya dia ingat gambar profile picture tu betul-betul gambar aku!Hampeh betul! Nama je Mat Salleh tapi gambar Scarlett O'Hara pun dia tak kenal.Rupa-rupanya, aku yang makan nasi ni lebih tau pasal Scarlett O'Hara  dan Gone With The Wind dari Mat Salleh totok tu.Semuanya sebab apa?Sebab aku suka membaca.Cari ilmu.... dan sebab English aku power.Hahahaha!!!


My Photo

   Jangan marah aku sebab guna gambar ni ye.Adalah kenangan mengusik jiwa yang tak dapat dilupakan.Lagi pun aku suka sangat novel Gone With The Wind.Tapi, gambar je mat salleh, aku taklah mat salleh walau pun aku tak suka sambal belacan.

Teacher, tolong ajar saya buat ketupat!

   Ha... Itulah permintaan seorang anak murid aku hari Khamis lepas bersamaan dengan 1 Ogos 2013. Teacher tunjuklah cara buat ketupat tu di blog. Permintaan dia lagi.Alahai.... Bukan tak boleh nak ajar menganyam ketupat tu di blog, tapi dengan level kapasiti masa di tahap kronik, manalah teacher sempat yang oiiii!!!Kalau nak share gambar ketupat yang teacher buat, bolehlah.Tapi gambar tahun lepas je le.Ketupat tahun ni, petang karang baru teacher mula buat.Jangan marah ye!Kalau tak pun cuba gego-gego Youtube.Mesti ada mereka yang rajin untuk share cara buat ketupat.Sementara tu, meh tengok gambo!





Jangan mintak teacher ajar buat ketupat ni ye.
Nak tengok jenis-jenis ketupat yang lain, klik kat sini

Saturday, August 3, 2013

Jom mandikan rumah.

   Hari ni dah 25 Ramadhan kan?Maknanya 5 hari je lagi nak raya.Tentu blogger-blogger pun sibuk sampai tak sempat nak update blog,kan?Bagi warga pendidikan macam aku, hari ni kami dah bebas!Yeah!!!!Bolehlah fokus pada 5 malam terakhir Ramadhan dan buat persediaan untuk hari yang mulia tu.Aku pun update blog sambil mengemas rumah.Naik sakit pinggang aku menyental cermin tingkap dan mencuci dapur.Aduhai!Dah makin tua nampaknya aku!Kena sedar diri, tau! 

   Sambil-sambil tu, aku intai-intai pinggan mangkuk dalam kabinet.Alamak!Banyak juga pinggan mangkuk yang tak bersentuh atau dengan kata lain tidak pernah aku gunakan.Membazir betul!Tiba-tiba aku rasa bersalah pulak.Semasa aku mula bekerja dulu, aku memang gila kumpul pinggan mangkuk.Tapi, penghujungnya, pinggan hadiah sabun jugayang aku guna sebab sayang nak guna pinggan beli yang mahal.Tak patutnya aku sedangkan ada orang lain tu, makan guna pinggan plastik je.Jadi, aku ambil keputusan untuk guna pinggan mangkuk tu semaksima mungkin.

   Time mengemas dapur ni, berapa kali entah aku hampir tergelincir.Semuanya gara-gara Cik Cak.Nampak macam takde tapi bila buka kabinet, mak aih.... banyak beno Cik Cak ni berumah!Siap dengan telur-telurnya sekali.Bila terpijak, yuck!!!Gelinya!Ganggu mood aku nak mengemas je.Nasib baik tak jumpa lagi kaum kerabat Si Oggy the cockroach tu.Kalau tak, mau lompat kijang aku!

   
   Jap!Jap!Aduhai...Lagu gazal pulak kat Sinar FM ni.Penawar rindu, padamu seorang.... Mengapa selalu... Semangatku dikau puja... Cewah!!!Arwah Orkid Abdullah menyanyi lagu ghazal memang best.Hilang penat aku mengemas rumah dengar lagu ghazal favourite aku ni.Terima kasihlah ye Najman.Selain lagu ghazal ni, tentulah banyak lagu raya.Tapi, frankly speaking, aku cuma minat lagu raya lama-lama je.Lagu yang baru bukan tak best, tapi 'tak ada jiwa melayu'.

   Oh ya!Teringat kenangan beraya di rantau orang buat pertama kali dulu.Meleleh air hidung menangis bila dengar lagu raya Dendang Perantau.Meresap, menyusuk ke jiwa.Tapi, bila dengar lagu-lagu yang baru, terpaksa dengar lirik baru tau lagu tu lagu raya.Kan?Oklah.Cukup time bersiaran.Kena sambung balik mengemas.Sebenarnya bukan untuk raya je, tapi memang dah lama rumah tak 'mandi'.Asyik sibuk dengan kerja je memanjang.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI.
MAAF ZAHIR DAN BATIN.
   

Friday, August 2, 2013

Kuih Dahlia number one.

   Bunyi mesin jahit kedengaran dari tadi.Sesekali aku terhidu wangi bau kuih dari dapur.Emak mesti buat kuih Dahlia sambil menjahit ni.Adik beradik perempuan aku ada 4 orang.Umur tak berapa jauh bezanya.Biasanya semasa hari raya, emak suka buatkan baju kurung dengan warna dan corak yang sama.Orang panggil boria tapi aku tak kisah.Itulah seronoknya hari raya.

   Kuih yang emak buat tu, akulah yang tukang letak manik gula sebiji di atasnya.Kalau tak de manik gula yang cantik berkilat warna-warni tu, emak akan guna kismis atau ceri yang dipotong kecil.Semasa aku kecil dulu, aku selalu berangan yang aku akan buat kuih aku sendiri untuk hari raya bila aku besar nanti.Oh ya.Sambil bakar kuih, emak terus menjahit baju kurung aku adik-beradik.Hebat betul mak!

    Tapi bila aku dah besar, atas alasan kesuntukan masa, aku cuma dapat beli kuih tunjuk-tunjuk.Tunjuk guna jari je dah jadi kuih sebekas!Tapi, mana boleh lawan kuih Dahlia emak.kuih tunjuk-tunjuk aku, rupa lain-lain, cantik bukan main, tapi rasa semuanya sama.Tapi kuih dahlia emak, sampai sekarang aku terasa lazatnya.Selain kuih Dahlia, emak juga handal buat biskut Pesaka Terpendam.Kuih ni ada inti kacang di dalamnya.Kalau sempat cari resipi yang emak tulis dalam buku resipi kulit keras emak tu, bolehlah aku kongsikan nanti.Tapi, buku resipi emak kebanyakannya tulisan jawi.

Sementara itu, kita rujuk dengan tuan punya gambar, Cik Engku Norkamilah cara nak buat kuih Dahlia ni ye.

Try google gambar Biskut Pesaka Terpendam, tapi takdelah pulak.
Betul-betul terpendam!

   Nampak gayanya, aku kenalah juga try buat Biskut Pesaka Terpendam tu.Tapi raya tahun ni, memang tak sempat.Maknanya, raya tahun depanlah kot.Apa nak buat, masa selalu cemburu pada aku.Tahun ni, aku hidang kuih tunjuk-tunjuk jelah.  Hmmmm.... Teringat semula kenangan malam-malam hampir raya masa emak masih sihat.Tapi sekarang, emak dah tak berapa sihat.Jadi, aku adik-beradiklah yang akan gotong-royong buat apa yang patut untuk hari raya sebagai pengganti emak.Tapi, walau pun kami lulusan universiti, air tangan emak dan Kuih Dahlia emak still number one!


dot dot dot

  Bersiaran langsung dari Dewan Lestari bersempena dengan hari terakhir persekolahan sebelum bercuti panjang untuk sambutan hari raya Aidil fitri. Alah mak!Tak boleh nak online lah.Kena fokus pada majlis di dewan ni.Jangan marah.Jumpa lagi malam nanti.

Thursday, August 1, 2013

Merapu?Tak kot!

   Alhamdulillah....Langsir aku dah siap.Walau pun murah, aku puas hati kerana ia hasil tangan ku sendiri.Tak payah upah orang.Corak bunga-bunga ros dengan tapak putih cukup memberikan ketenangan bila ku pandang.Bunga-bunga tu mula-mula tengok macam purple tapi bila dah pasang, lebih warna pinklah pulak!Nasib baik masih padan lagi dengan tema yang aku suka sangat tu.Ala... apa lagi,ala-ala Inggeris yang aku suaikan ikut suka sesedap rasa sesuai bajet kocek aku.

   Cerita pasal langsir, aku pelik tengok setengah-setengah orang tu.Sanggup berhabis sebab nak tukar langsir baru tiap-tiap tahun.Aku tukar langsir baru pun sebab tersalah rendam langsir lama dengan clorox.Habis bercapuk-capuk.Kalau tak, aku masih guna lagi langsir lama aku tu.Jimat.Tapi, iyelah, orang lain tu berduit.Tu yang tak kisah tu.Cuma jangan bio pape asal beghaya, udoh le,kata orang Perak.

   Bab kuih raya pun sama.Kalau sebalang kuih, dengan jumlah 50 biji, harganya RM25, aku rasa tak berbaloi.Baik aku beli kerepek pisang lagi sedap.Lagi pun kuih moden ni bukan tahan lama.Rasa pun muak.Rupa memanglah cantik.Selain kerepek, budak-budak suka jenis-jenis 'jajan'.Contohnya jajan perisa lobster yang aku beli tu.2 kilo baru RM9.Selain sedap, budak-budak suka.

   Satu lagi yang budak-budak suka adalah agar-agar kering.Agar-agar ni nak buat memang tak reti jadi beli jelah.Tapi belum jumpa pulak lagi.Nak letak mashmallow mahallah pulak.Tak berbaloi.Tak pun aku beli je gula-gula yang pembalutnya ada gambar udang tu.Budak-budak pun suka.Zaman kecik dulu, aku paling suka gula-gula yang aku panggil gula-gula bantal ni.

   Aik!Merapu dah aku.Balik cerita langsir tadi, ada masa bolehlah aku kongsikan gambar sebagai kenang-kenangan.Buat masa ni masih tetap sibuk dengan kerja sekolah.Beginilah nasib murid sekolah tua macam aku.Nasib baik gaji dah naik.Hish!Merapu lagi.Akhir kata, cewah, macam surat pulak, jom tengok gambar gula-gula bantal yang aku pinjam dari Google ni.Tapi tahan godaan ye.Maklumlah, kan puasa!



Aku lelah!

   Kenapalah pulak mata ni tak nak pejam?Puas aku golek-golek, baca buku, mengaji sikit, tengok TV dan kunyah-kunyah kerepek pisang untuk raya, tapi mata masih tetap celik walau pun badan boleh tahan letih.Di luar, aku dah tak dengar bunyi kenderaan.Senyap dan sunyi.Pelik.Biasanya setakat jam 12 malam, budak-budak pun ada lagi yang dok meronda dengan motor depan rumah.Tapi malam ni, senyap dan sunyi.

    Hmmm.... Aku kejut Cik Lenovo aku ajak borak.Tapi idea tak sudi langsung nak gerak.Idea pun ikut sunyi.Sepi.Ketuk-ketuk Cik Lenovo aku ajak muhasabah diri.Sesekali kan elok kita muhasabah diri.Jangan asyik nak MUNASARAWAK @ EGO je. Hasil muhasabah, aku tau aku bukan makhluk sempurna.Tapi selama bertahun-tahun aku berbakti padanya, ini yang aku dapat.Suatu yang bernama PENGKHIANATAN.Mungkin ada salahku sebagai seorang manusia tapi hukuman yang dijatuhkan amat menyakitkan.Ibarat luka dicurahkan garam!

   Tapi, aku ambil sisi positif.Setiap yang berlaku adalah dengan kehendak Allah.Setiap yang berlaku, ada hikmah yang suatu waktu akan terserlah.Setiap yang berlaku, adalah ujian yang buat aku makin kuat bertahan.Aku perlu masa untuk menimbang keputusan agar seimbang.Bak menarik rambut dalam tepung, tepung tak berserak, rambut pun tak putus.Namun, andai kata satu 'titik noktah' yang aku pilih, aku harap keadaan 'hidupku akan pulih' kerana sesungguhnya AKU TELAH TERLALU LELAH MENGEJAR SUATU YANG TAK PASTI.


Let's have a break!