Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Sunday, September 29, 2013

Andai kata aku pergi...

   Alhamdulillah.... Dapat juga membelai Cik Lenovo ungu aku malam ni setelah hampir seminggu tak boleh nak online.Betul-betul minggu yang mencabar.Hari Isnin,23 September, aku sekolah tapi mulai jam 10 pagi, perut aku sakit lagi.Terpaksalah aku makan ubat yang memang akan membuatkan aku tidur.Mujur aku tak de kelas sampai jam 12.30 tengah hari.Hari Selasa pun, serupa juga.Sakit datang menyerang semasa di sekolah.Mampu bertahan untuk mengajar hingga waktu ke 3 kemudian aku terpaksa telan ubat dan zzzzzzzzz.Hari Rabu aku tewas.Terpaksa mc kerana sakit tak tertanggung sejak malam.Hari Khamis, aku kuatkan semangat untuk hadir kerana sukan sekolah tapi aku terpaksa telan ubat lagi dan zzzzzzzzzzzzz.
   
   Jumaat, Sabtu dan Ahad, sakit langsung tak berkurang.Ya Allah!Perut dah naik kembung makan bubur kerana langsung tak boleh makan benda lain.Allah saja yang tahu sakitnya.Kalaulah aku budak, dah lama aku menangis mengongoi tapi ......  aku kuatkan iman kerana sakit adalah penebus dosa.Mungkin banyak dosa aku selama ini yang aku tak sedari.Ubat hospital aku makan ikut aturan tapi entah kenapa sakit langsung tak berkurang.Betullah kata orang, sakit bila datang macam ribut tapi perginya macam semut.Maka, dengan reda aku terima sakit ujian tuhan.Mudah-mudahan dosa aku diampunkan.

   Semasa aku menulis entry ni, sakit berkurang sedikit tapi aku masih risau ia akan tetap datang bertandang.Kesian anak-anak murid aku yang akan mengambil SPM.Banyak kelas aku tertinggal.Kesian kawan-kawan sekerja yang terpaksa relief aku.Pada mereka yang tak jemu-jemu sms dan bertanya khabar, terima kasih aku ucapkan.Aku bukan tak sudi nak jawab call atau balas sms, tapi bila aku makan ubat, aku ah tak sedar dunia lagi dah.Dengan kata lain aku 'ditidurkan'.

   Semasa aku sakit ini juga entah kenapa selalu terfikir yang tidak-tidak.Manalah tahu, umur aku pendek.Bertambah seorang lagi blogger yang meninggal.Tapi, tak siapa kisah kot maklumlah, aku blogger anchovy...Pun demikian, aku ingin ucapkan jutaan terima kasih pada mereka yang setia singgah di sini kerana bila aku check, jumlah visitor lebih kurang sama walau pun hampir seminggu aku tak update.Katalah aku pergi tanpa sempat mengucapkan apa-apa, aku ingin kalian semua tahu, detik terindah dalam hidup aku adalah detik aku bergelar seorang blogger.Ampun maaf andainya ada kesalahan yang tanpa sedar aku lakukan.Semoga hidup kalian semua dirahmati yang maha esa.

   Buat anak-anak murid kesayanganku, bukan teacher tak sudi menerima kunjungan kalian, cuma teacher malu dilihat dalam keadaan sakit.InsyaAllah, kalau teacher sihat, teacher akan tetap datang ke sekolah.Maaf kerana tahun ini teacher tak dapat all out seperti tahun-tahun sudah.Moga kalian semua menjadi insan berguna dan berjaya dunia dan akhirat...........

Sunday, September 22, 2013

Selamat dibedah

   Alhamdulillah, anak saudara aku telah selamat dibedah.Pembedahan mulai jam 8 pagi dan tamat lebih kurang 12 tengah hari.Syukur sebab kata doktor bukan ketumbuhan baru di otak tetapi darah beku akibat pembedahan pertama bulan Mei lalu.Mudah-mudahan, selepas ini, anak saudara aku tu akan terus sihat walafiat.Mudah-mudahan kakak dan abang ipar aku takkan terus diuji dengan ujian berat lagi.Mudah-mudahan juga, aku lebih sihat selepas lebih seminggu tak up date blog kerana tak sihat. Tarikh appointment jumpa doktor seterusnya adalah pada ... alah mak.Lupa pulak.Kena check dulu.Tapi buat malam ini, setakat ini sajalah dulu.ASSALAMUALAIKUM.

.Alhamdulillah...

   

Thursday, September 12, 2013

Janganlah kena bedah lagi!

   Hari ni jumpa doktor lagi.Appointment jam 9 pagi dan masuk bilik doktor jam 9.01 pagi.Alhamdulillah.Tak payah tunggu lama-lama.Sistem di hospital kerajaan sekarang dah bagus.Walau pun pesakit ramai, tapi masa mendaftar, menunggu, jumpa doktor dan ambil ubat taklah lama sangat.Doktor pulak dahlah cantik, ramah pulak tu.Orang sakit pun boleh baik.

   Alhamdulillah juga sebab penyakit aku masih terkawal.Dengan kata lain, masih di peringkat awal.Tak perlu buat apa cuma makan ubat je. Tapi doktor pesan sangat-sangat, diet kena jaga.Masa makan jangan tak makan.Dan yang paling penting jangan stress langsung.Dapat juga ubat untuk mengurangkan penyakit lupa yang aku pernah cerita dulu.Ala.... lupa peringkat kelako tu.Contohnya nak cuci baju tapi tak jumpa cari baju.tau-tau, rupanya aku sumbat baju tu dalam laci sayur dalam peti sejuk.

   Tapi, aku risau bila baca status kakak aku, yang anaknya baru buat pembedahan kerana ketumbuhan di kepala baru-baru ni.Doktor kata, ada ketumbuhan lain pulak.Mudah-mudahan Allah selamatkan anak sedara aku tu.

Status FB kakak aku:
ati x snng bila dok bgtau ada ktumbuhan br dkesan kat tmpt lain.kene wat cpt.takut kene sawan.


   Doakanlah kami berdua tak apa-apa ye. 7 Oktober ni aku kena jumpa doktor lagi. 

Monday, September 9, 2013

Non-stop berapa jam entah.

   Hari pertama aku bersekolah selepas bercuti panjang minggu lepas.Lega!Dapat sambung mana-mana kerja yang tertangguh.Kelas tingkatan 3 sedang sibuk pulun kelas tambahan.Aku cuma mengajar tingkatan 5 tapi aku volunteer juga mengajar kelas tambahan tingkatan 3.Kebetulan, seorang guru BI sedang bercuti sakit kerana baru je menjalani pembedahan.

   Semasa aku check di jadual luar pejabat tu aku nampak satu slot je iaitu mulai jam 2.10 hingga 3.10 petang dengan 2 kelas bergabung.Jam 12.30 hingga 2.15 aku ada kelas tingkatan 5.Oklah tu.Sempatlah aku berkejar ke kelas tingkatan 3 selepas aku mengajar tingkatan 5.Tau-tau, semasa aku asyik mengajar tingkatan 5, lebih kurang jam 1.30 petang, aku diberitahu yang slot kelas tambahan aku adalah 2 iaitu mulai 1.10 hingga 3.10 petang.Kesian budak-budak tingkatan 3.Rupanya dah lama budak-budak tu menunggu di luar Makmal Bahasa tapi tak berani nak beritahu aku.Takut!Entah apalah nak ditakutkan.Aku bukan pernah makan orang pun.Hahahaha!!!!

   Tak perasanlah pulak boleh bertembung masa.Nak cari guru ganti,manalah sempat.Jadi, aku pun dengan terpaksa, tamatkan kelas tingkatan 5 dan mintak budak-budak tingkatan 3 tu pulak masuk kelas.Aduhai.Tak sempat pun nak makan.Stop solat pun belum ni.Nak pastikan budak-budak tu selamat dulu.Bila 2 kelas bergabung maknanya 35 x 2= 70 orang.Bolehlah tahan ramai.Walau pun penat, aku rasa puas hati.

   Tamat slot pertama, aku berkejar pulak ke tingkat atas untuk slot kedua.Sepatutnya 2 kelas je bergabung dengan jumlah lebih kurang 60 tetapi rupa-rupanya 3.Maka jadilah jumlah lebih kurang 80.Aduhai.Jenuh aku mengajar!Tapi, apa pun aku puas hati juga.Sekurang-kurangnya, dapat aku bantu budak-budak tu untuk ulangkaji.Exam memang bulan 10, tapi minggu depan ada PraPMR.Dia orang nak skor straight A.

   Duss!!!Tiba-tiba aku rasa sakit menyentap di usus.Alahai usus.Sabarlah dulu kalau nak sakit pun.Sekurang-kurangnya berilah aku masa untuk habiskan kelas hingga jam 3.10 petang.Sekejap-sekejap aku duduk untuk kurangkan sakit.Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga aku tamatkan kelas.Bayangkan... Aku mula masuk kelas jam 7.30 sampailah 9.50 non-stop.Rehat sekejap.10.10 sampai 11.55 kelas lagi.Rehat jap dan aku ambik peluang menanda kertas exam tingkatan 5.Dan 12.3o sampailah 3.10 aku terus mengajar dan cuma stop sekejap untuk zohor lebih kurang 15 minit.Kalau dapat bayaran extra, masyhukkk jugak.Tapi, aku ikhlas jelah.Mudah-mudahan, budak-budak tu semua berjaya.

   Tapi yang seronoknya, semasa nak keluar kelas, ada seorang budak tu panggil aku Teacher Scarlett!!!Hohoho!!!!Pengikut setia blog aku rupanya....Dia mintak aku up date blog.Ni yang aku ambik masa update ni.Semangat sekejap.Hehehe..


Thursday, September 5, 2013

Stress boleh membunuh!

   Tajuk ganas sikit hari ni.Bukan apa, bila badan asyik tak sihat je, aku pun boleh jadi stress!Bila tanya doktor, doktor kata aku sakit sebab stress!Confuse sikit aku.Stress penyebab aku sakit atau sakit penyebab aku stress?Berikut adalah soal jawab yang aku ingat antara aku dan Dr Daneshkumar di sebuah klinik swasta.Harapkan klinik kerajaan, 12 September ni baru dapat jumpa doktor.Kalau aku nak mati, aku dah mati dululah.

Dr :  ( Selepas membelek-belek kad bertimbun rekod kesihatan aku.Maklumlah aku dah terima rawatan di klinik tu sejak umur 13 tahun lagi.Sekarang dah tak berapa nak 13 tahun.Hehehehe!.Dialog dalam B.Inggeris tapi aku terjemahkan untuk entry ni) Masih sakit lagi?Ubat saya beri, makan tak?

Aku : Makan, doktor.Naik lemah badan saya sebab asyik tidur je.(Sambil muka berkerut-kerut menahan sakit.Sakit beranak pun tak macam ni, tau!)

Dr: Emmm......   Ada banyak penyebab sakit ni.Saya rasa awak kena Colitis.Ada makan makanan terdedah atau jual di pasar malam?

Aku: Tak de.Ala doktor.Jangankan makanan pasar malam, makan makanan masak sendiri pun saya muntah!Dah berapa lama saya tak makan betul-betul.Makan hati adalah.

Dr : (Tersengih je doktor ni sambil mengetuk-ngetuk perut aku.) Mana boleh tak makan!Badan jadi lemah.

Aku: Memanglah doktor.Saya lagi kebulur nak makan.Tapi makan je saya muntah!Aduh doktor!Bagi jelah ubat apa-apa!

Dr: Ok.Ok.Saya bagi satu injection ye.

( Kemudian Dr.Danesh mintak pembantunya sediakan jarum injection.Alah mak!Kena cucuk kat punggung ke?Cucuk pun cucuklah.Janji hilang sakit aku.Rasa macam nak putus jantung tahan sakit.Minggu lepas aku dah mc 3 hari.Malu dengan cikgu-cikgu dan anak-anak murid aku.Asyik cuti je.)

Selepas injection...

Dr : Macam nilah.Saya buat surat untuk awak check di hospital.Boleh periksa lebih lanjut.Saya rasa colitis tapi manalah tau, takut-takut penyakit lain.

Aku : ( Masih lagi muka berkerut tahan sakit.Tambah pulak sakit punggung kena cucuk)
Apa punca penyakit colitis tu doktor?

Dr: ( Mula cerita panjang lebar punca colitis) Salah satu punca utama adalah stress.Awak stress ke?

Aku: Tak kot.Tapi saya asyik mc je sebab sakit perut ni memang buat saya stress, doktor!Habis kerja saya tertangguh.Malu pun ada dengan kawan-kawan.

Dr: Saya rasa awak stress sebab itu awak sakit.

Aku : (Pulak!) Stress pun stresslah doktor.Yang penting saya tak terus sakit.

Dr.Ok.Saya bagi awak mc 3 hari.Makan ubat kemudian tidur.Jangan tak tidur.Kalau tak boleh makan, cuba minum air barli.(Ala.... Dah naik kembung perut aku minum air barli) Jangan lupa cepat-cepat ke hospital.Oh ya!Awak ada apa-apa hobi yang boleh buat awak releks?

Aku : Ada, doktor.Saya suka blogging.

Dr:Oh!Bagus!Ada masa, awak blogging.Rehat betul-betul.Rehatkan otak dan badan.Bila tak stress, badan pun sihat.Jangan lupa ye.STRESS BOLEH MEMBUNUH!

Aku :Ok,doktor.Terima kasih.

(Kemudian, aku pun diberi bekalan ubat yang memang akan membuatkan aku tidur lena selepas makan.Dan juga 2 pucuk surat ke hospital.Satu untuk refer tentang penyakit usus aku yang konon katanya Colitis dan satu lagi surat untuk refer ke Jabatan Psikiatris dan Sakit Mental.Ha?Kena ke? Fikir punya fikir, aku ambil positif jelah.Manalah tau, entah-entah aku memang stress tahap gaban tapi otak aku je kata tidak.Yang penting, aku betul-betul sihat.)

Terima kasihlah Dr Daneskumar kerana nasihat dan penerangan panjang lebar tu.

Bila aku ronda-ronda di alam siber, aku jumpa artikel ni.Memang ada tanda-tanda penyakit aku ni disebabkan stress.



Lebih kurang macam nilah bila aku sakit perut.




Wednesday, September 4, 2013

DIY bekas kuih felt

   Tak sihat dan bz melampau maka dah hampir habis Syawal baru aku sempat kongsikan gambar bekas kuih felt yang aku buat sendiri.Dah namanya DIY maknanya memang buat sendirilah kan.Kalau beli, tak taulah berapa harga sebiji.Buat sendiri banyak faedahnya.Selain dapat menambah koleksi, dapat juga jimat duit.Tengok gambar dululah ye

.


   Cara nak membuatnya mudah je.Kalau ada sesiapa nak cuba buat, cuba ikut cara di bawah.Harap-harap fahamlah ye.

Bahan / alat-alat mesti ada:

Gunting
Glue gun
Span 1 cm
Benang biasa ikut warna yang sesuai
Jarum jahit biasa
Jarum felt
Bekas kuih plastik
Renda atau riben
Benang khas untuk felt yang tebal dan kilat tu.Tapi semasa nak guna, ambil sehelai je.
Kain felt beberapa jenis sama ada yang keras, tebal atau lembut.Namanya aku tak pasti pulak.
Foam ke apa namanya yang sesuai disumbat dalam soft toy tu.
Pen untuk melakar.

Step pertama ( untuk penutup bekas kuih) :
1.Gunting span 1 cm untuk ditampal atas penutup bekas kuih.Gunting sama besar je dengan penutup tu.Guna glue gun untuk menampal.Hati-hati jangan terkena kulit.

2.Gunting pulak kain felt untuk ditampal atas span tadi.Kali ni besarkan sedikit supaya dapat menutup leher penutup bekas kuih tu.Tampal dengan glue gun dan kemaskan dengan menggunting atau trim.Jangan sampai menutup bahagian dalam penutup bekas tu kerana susahlah nak tutup bekas kuih tu nanti kalau dah terlebih.

3.Kemudian, gamkan riben atau renda di keliling penutup bekas tu.Guna glue gun juga.Gam lain tak berapa kuat kot.

Step kedua ( untuk hiasan atas penutup bekas kuih):

Cara buat strawberi:
1.Lakarkan bentuk separuh bulatan atas kertas.Gunting dan tekap atas kain felt merah.Gunting kain felt kemudian gunakan benang kilat warna putih (ambil selembar je) dan buat jahit pangkah secara berselerak sebagi corak strawberi.

2.Lipat dua kain felt tu dan lekatkan dengan jahit insang pari.Kemudian sumbat foam apa entah namanya tu.Tekan-tekan sikit dengan jari sambil tu jahit jelujur di keliling leher strawberi.Kemudian tarik dan cerut supaya jadi sebiji buah strawberi.Jahit kemas-kemas supaya isi yang disumbat tak terburai.

3.Lakarkan 3 helai daun yang bersambung.Tekap atas kain felt hijau dan gunting.Bentuk daun 3 helai ni macam 3 segi.Kemudian letak gam di tengah-tengah daun tu dan letakkan buah strawberi yang siap atas daun tu dan tambahkan gam supaya daun kemas dan lekat pada buah.

Step ketiga ( untuk buat biskut Oreo dan lain-lain)

1.Buat bentuk bulat ( untuk Oreo) di kain felt coklat.Gunting 2 helai.Gunting span 1 cm ikut bentuk biskut tetapi kecilkan sedikit sebagai inti biskut.Tampal dengan glue gun.Kalau nak buat biskut bentuk lain, caranya sama je cuma tukarkan warna kain dan bentuk biskut.Contohnya tengok dalam gambar tu, selain biskut Oreo, aku buat biskut 4 segi warna hijau dan biskut beras yang bentuk oval tu.

Step keempat ( untuk buat biskut gulung atau 'love letters')

1.Gunting kain bentuk 4 segi tepat.Warna dan saiz,ikut suka.Gulung kemas-kemas kemudian jahit dengan benang biasa.

2.Ambil benang kilat selembar dan balut keliling biskut gulung.Jangan lupa jahit di hujung supaya kukuh dan tak tercabut.

Step kelima ( untuk buat kuih tat nenas)

1.Lakar bentuk bunga 5 kelopak macam tat nenas.Tekap pada kain felt kuning dan gunting.
2.Gunting bentuk bulat sebagai inti untuk ditampal atas kuih tat.Warna sesuai tentulah oren, macam jem nenas.

Step keenam:
1.Susun semua strawberi, love letters, biskut dan kuih tat atas penutup bekas tadi.
2.Gam kuat-kuat dengan glue gun.
3.Dah pun siap.

* Kalau nak tambah kuih samperit ke, kuih sampan ke, boleh je.Janji kreatif.Selamat mencuba!




Masalah!Masalah!

   Terbaca di Harian Metro hari ini,seorang pelajar perempuan berumur 13 tahun terjun dari bangunan sekolah.Akibatnya, tentulah cedera parah.Dilaporkan pelajar tersebut berbangsa Cina.Kalau dulu, bila ada kes-kes begini, anggapan umum adalah orang cina atau India.Dengan kata lain, bukan melayu @ islam.Tapi hakikatnya, tahun 2013 sekarang ni, orang melayu @ islam pun ada yang bunuh diri @ cuba bunuh diri.Betul tak?

  Bukan silap ibu mengandung tetapi mungkin keadaan yang menyebabkan.Orang boleh kata, iman tak kuatlah.Perangai macam budak-budaklah dan 1001 kecaman lagi.Tetapi, hanya mereka yang mengalaminya saja yang faham mengapa kadang-kadang rasa nak bunuh diri. Maka di sini, peranan orang terdekat adalah sangat penting.Orang terdekat paling dekat adalah 'keluarga'.

   Kalau zaman 70an atau 80an dulu, memang 100% boleh diterima bahawa keluarga adalah golongan yang terdekat.Tapi zaman sekarang ni, aku tak yakin.Contoh paling mudah, bila tanya anak-anak murid aku yang bermasalah, mereka lebih rela berkongsi masalah dengan kawan atau guru daripada meluahkan pada keluarga tak kiralah sama ada ayah, ibu atau adik-beradik.Jadi, peranan mereka yang paling dekat tu seolah-olah berpindah pada kawan atau guru.

   Apa pun, nasihat aku pada mereka yang ada simptom kemurungan atau perlu seseorang untuk berkongsi masalah, carilah seseorang untuk berkongsi.Tapi awas, jangan terlalu mudah bercerita pada sesiapa kerana takut cerita seinci jadi sedepa.Kalau susah sangat, jumpalah dengan mereka yang pakar sama ada di klinik atau hospital.Yang penting, jangan simpan sendiri kerana sangat tidak baik untuk jangka panjang.

   Aku pun tengah ada masalah sekarang....................
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Kucing aku si Panji ni ha. Asyik nak makan je.
Sekejap-sekejap mengiau.
Sampai tak sempat hidang makanan dalam pinggan!

Monday, September 2, 2013

Nakal tapi manja

   Seminggu mc, seminggu juga aku cuti blogging.Alhamdulillah, hari ni aku dah mula mengajar semula.Doakan aku kuat untuk terus menabur bakti pada anak bangsa ye.Sebagai menebus seminggu aku mc, hari Ahad depan, 8 September 2013, aku sukarela untuk conduct 2 slot kelas tambahan tingkatan 3 walau pun aku tak mengajar tingkatan 3.Kesian teman-teman sekerja aku yang terpaksa relief semasa aku mc.Jadi, inilah salah satu cara untuk aku membalas jasa.

   Seperti biasa, selepas lama cuti, aku rasa seronok bila melihat keletah anak-anak murid aku terutama anak-anak 5 SRT.Sedikit sebanyak, ia dapat mengurangkan sedikit sakit yang ditanggung.Terima kasihlah kepada anak-anak murid aku yang prihatin dan tak putus-putus bertanya khabar.Aku terharu. Sebagai balasan, aku hanya mampu memanjatkan doa mudah-mudahan anak-anak murid aku berjaya dalam SPM.Tentang markah English, minta maaf, esok baru sempat nak mula menanda.



Budak nakal 5 SRT yang manja.

Let's have a break!