Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Tuesday, October 29, 2013

Generasi Y, SPM dan Running Man.

   Order buku ramalan dari Pusat Tusyen gayapos Adabi untuk semua subjek.... BM,BI,Pendidikan Islam, Fizik, Kimia, Bio, Add math, Math, Sejarah.Harga tak jadi hal.Yang penting cukup bekalan untuk berperang di meja SPM. Tapi, kalau dah tinggal seminggu nak SPM masih lagi sibuk berdating dengan Jong Kook, macam mana?Alahai..... generasi Y!Tak bersentuhlah buku bertimbun yang aku beli!Gugur rambut aku bila fikir!



Bilalah nak habis jawab soalan-soalan ni?
Takkan nak tanya Running Man, kot?

Tolong! Anakku hilang!

   Alahai!Risau sungguh!Sehari suntuk tak nampak batang hidung anak aku hari ni.Biasanya bila dengar bunyi kereta je dia ndah tercongok depan pintu.Mintak dukung atau mintak makan.Semasa aku sibuk buat Kek Batik hari tu, bukan main lagi dia mengacau.Hari ni langsung tak balik!Jam dah hampir pukul 10 malam ni.Nak buat report, mesti dah lebih 24 jam baru boleh.Tapi, boleh ke buat report?Dahlah aku pernah hilang 5 anak dalam masa seminggu 2 tahun lepas.Sampai sekarang masih lagi jadi misteri.Entah dibunuh, entah dikerat tangan dan kaki jadi peminta sedekah!Cukuplah!Aku tak nak anak aku yang tinggal seorang tu pun ikut hilang.Atau..... takkan dia merajuk bila aku plan nak ambik anak angkat, kot?
-
-
-
-
Tunggu lagi anak aku balik..
-
-
-
-
-
-
Huhuhu!Tak balik jugak!
-
-
-
-
-
-
-
-
Patutnya jam 9 aku dah kena makan ubat dan tidur..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Tapi, anak aku belum  balik lagi.
-
-
-
-
-
-
-
-
Kalau aku tidur, siapa nak bukakan pintu, nanti.
-
-
-
-
-
-
-
-
Baliklah nak!!!!!

-
-
-
-
-
-
-
-
-

Manalah anak aku si Panji ni.Sehari tak balik.



Anak-anak aku yang ni, hilang tanpa jejak.Jadi misteri sampai sekarang.




Anak aku yang kenit ni telah pun kembali ke penciptanya kerana penyakit severe depression sebab kakaknya tak layan dek kerana sibuk study nak SPM.





Monday, October 28, 2013

Terima kasih semua!

   Walau pun tak 'terlampau ribu-ribu', cuma 2802 je, aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih pada semua follower blog anchovy aku ni.Maklumlah, semasa mula-mula berblog dulu ada orang cabar aku, katanya; Alah!Berapa harilah tahan berblogging ni.Hangat-hangat tahi ayam je.Tapi, terbukti setelah lebih 3 tahun, blog aku SCARLETT'S PETALS masih lagi bernyawa.Alhamdulillah....

Terima kasih follower ku semua.Biar siapa pun anda.Ia amat bermakna buat seorang blogger anchovy seperti aku.



You are awesome!

MC hilang?

   Setelah berapa hari entah aku mc, hari ni aku ke sekolah.Bila nak punch in, aku tengok punch card aku tak de.Cuak kejap.Rupa-rupa ada dengan staff office.Dia orang nak kira berapa hari aku mc.Bila aku tengok balik, ada beberapa helai mc yang tak de.Ghaib entah ke mana.Salah aku juga kerana tak fotostat untuk simpanan peribadi.Takkan nak mintak balik di  klinik.Bila kira balik ada beberapa hari yang tak de mc.Salah aku ke?Rasanya aku ambik mc untuk semua hari yang aku tak datang.Nasib baik ada lagi Cuti Rehat Khas yang berbaki.Bolehlah cover. Kalau tak, alamat mc tak bergajilah aku.

   Oh ya!Rasa seronok bila mengajar balik hari ni.Sakit pun jadi hilang.Ubat?Pagi ni aku langsung tak makan.Tawakkal je lah.Kalau aku makan, macam mana nak mengajar?zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz memanjang.tak pelah.Tahun ni aku tak dapat all out untuk anak-anak murid aku SPM.Tahun depan aku all out balik.Aku pun bukan robot.Otak kata tak penat tapi badan aku kata penat.Apa nak buat.

    Tapi, bila dah ke sekolah ni, macam-macam benda aku kena settle.Itu pun dah berlambak benda yang aku ketinggalan.Nak buat macam mana?Redha ajelah.Aku pasrah.... Cewah!!!!!!!!
(Mood mesti happy kalau nak sihat.Kalau tak, asyik fikir sakit je, rambut pun asyik gugur.Nampak tua sangat pulak aku nanti.)

Sunday, October 27, 2013

Apa susah gula naik harga?Opps!

   Opps!Bukan nak provok ye.Memang aku tak kisah harga gula naik.Bukan sebab aku kaya ye tapi sebab aku memang tak kisah.Kebetulan, aku memang dah kurang guna gula sama ada dalam makanan atau minuman.Kalau dulu, sekilo tak sempat seminggu dah habis.Tapi sekarang ni sekilo sebulan pun belum tentu habis.Masa nak mula memang susah, tapi bila dah mula, ok je.Dan syukur sebab aku tak de kencing manis atau diabetis kata orang bando.

   Kebetulan, selepas dah lama tak buat kuih ni, tak kiralah kek lapis serikaya ke, pavlova ke, macaroon ke durian crepe ke,aku teringin nak makan kek batik.Ala..... kek yang guna biskut Marie tu.Aku google blog Mat Gebu Dapur Tanpa Sempadan.Dalam resipi Mat Gebu, untuk 1 adunan, kena guna 1/2 cawan gula, 1 cawan milo, dan 1/2 cawan susu.Tapi aku tak guna langsung gula.Walau bagaimana pun hasilnya tetap manis!

   Semasa aku cairkan buttercup dan susu tu, anak aku si Panji asyik mengecek nak.Aku memang tau dia suka sangat buttercup.Sampai tertumpah milo aku.Bertuah betul.Sampailah aku habis menenyeh adunan tu dalam loyang, dia masih lagi sibuk mengecek!Geram betul!!Kalah budak kecik!Akhirnya, selepas bersusah payah, aku berjya juga menyiapkan kek batik aku.Rasa?Sedap!Maklumlah .... Resipi Mat Gebu.Tapi rupa?Hahahaha!!!Malu nak cakap!Tapi seronok memasak buat hilang tension asyik fikir pasal sakit je.Ye tak?



Ni ha!Si Panji yang asyik dok mengecek kek Batik aku duduk di kaki tepi dapur.



Ha... Kek Batik aku dah siap.
Kena simpan dalam peti sejuk bagi keras baru boleh potong.



Dah pun sejuk.Masa untuk potong!Yeah!



Alamak!Rasa superb tapi rupa tak.Hehehehe.
Lapisan atas tu aku tuang coklat.
Improvised resipi Mat Gebu.

Nyum!Nyum!Nyum!

Resipi kek manis tanpa gula.

Apa susah gula naik harga?Kan?

Ambil anak angkat bunting.

   Seekor ibu kucing yang sedang bunting , telah dibuang oleh tuannya kerana suka sangat beranak atas siling.Dah tu tak nak bawak anak-anaknya turun.Tambah pulak tuannya dah tak sanggup nak bela kerana tuannya pun selalu tak sihat.Lokasi ibu kucing tu dibuang adalah lebih kurang 2 kilometer dari rumah.Tempat yang sesuai kerana banyak makanan jadi tentu ibu kucing tu boleh survive.

   Tup!Tup!Selepas 2 hari, ibu kucing tu terboyot-boyot balik semula ke rumah.Terus mengiau mintak makan dari tuannya.Dengan orang lain jangankan nak mintak makan, baru tengok pun ibu kucing tu dah cabut lari.Nampak sangat dia sayangkan tuannya tu.Sekali lagi, tuan kucing yang dah tak larat nak bela ibu kucing tu, telah membuang ibu kucing tu sekali lagi.Kali ni, lokasinya agak jauh iaitu lebih kurang 6 kilometer dan perlu merentas 1 taman perumahan yang luas kalau nak balik semula.

    Eh!Tiba-tiba setelah 3 hari, ibu kucing yang semakin memboyot perutnya tu, balik semula ke rumah.Dengan mata terkebil-kebil mintak makan dengan tuannya tu.Tiba-tiba pulak aku jadi sayang pada ibu kucing tu.Bukan senang nak berjalan balik dengan perut terboyot-boyot tu.Jadi, aku ambik keputusan untuk buat ibu kucing tu anak angkat.Sekarang ni pun aku cuma ada seekor je anak angkat, Panji si warrior.




Panji Si Warrior, penggemar kek batik coklat dan ais krim vanila.


Gambar Google

Lebih kurang macam nilah rupa anak angkat yang akan aku ambik.
Harp-harap Panji dapat terima kakak angkat dia ni.

Saturday, October 26, 2013

Melawat anak murid kemalangan.

   Khamis, 24 Oktober 2013,semasa di klinik, aku terima berita anak murid aku accident.Teruk ke tak, tak pasti pulak.Tapi kalau dah warded, teruklah agaknya.Kebetulan warded dekat je iaitu di KPJ Pasir Gudang, jadi aku ambik kesempatan untuk melawat walau pun sekejap.

   Masuk je di kawasan KPJ semasa cari parking, dari jauh aku dah nampak budak-budak lelaki macam anak-anak murid aku.Bila dekat, sah memang anak-anak murid aku termasuklah yang accident.Adalah dalam 10 orang rasanya.Budak-budak 5 Sc 3 dan 5 SRT.Tiba-tiba aku rasa seronok pulak.Lama mc rindu rupanya aku ni pada anak-anak murid aku.

   Lepas parking,aku pun pergi ke anak-anak murid aku tu.Teruk juga anak murid tu accident.Duduk atas wheelchair dengan drip masih ada di tangan dan nampak darah menitik.Tangan pun berbalut.Tapi, masih boleh keluar sebab ramai sangat yang datang melawat.Pak guard marah, katanya.

   Aku pun ambik kesempatan berbual sekejap dengan anak-anak murid aku tu.Mudah-mudahan, anak murid aku yang accident tu dapat ambik exam 6 November.Mudah-mudahan, anak-anak murid aku berjaya dengan cemerlang SPM nanti walau pun tanpa aku yang terpaksa mc. Huhuhu!



Inilah antara gelagat anak-anak murid aku.
 

Friday, October 25, 2013

Malu nak ambik bonus.

   Ramai betul cerita pasal bajet.Tiba-tiba rasa ramai sungguh pakar ekonomi.Baguslah.Itu tandanya rakyat Malaysia ni ramai yang celik ekonomi.Bukan macam aku ni.Tetapi,sebagai penjawat awam, aku bersyukur jugalah dengan bonus setengah bulan gaji tu.Siapa nak beri kan?Cuma, aku rasa malu pulak nak terima.Almaklumlah.... Tahun ni banyak pulak aku mc.Tiba-tiba nak ambik bonus.Malulah.... 


   
Malunya...

Jumpa Beskot dan Sepet.

   Jam dah 11.51 malam.Mata belum mengantuk.Inilah masalah aku.Bila tak makan ubat, jangan harap boleh lena awal.Badan rasa sihat sikit.Panas rasanya malam ni.Di ASTRO PRIMA, filem Mohabbatein sedang ditayangkan.Aku suka cerita ni kerana lagu-lagunya yang aduhai.Inilah satu-satunya filem yang aku beli CD sebab suka sangat lagu-lagunya.Padahal aku bukan hantu hindustan.

    Sambil telinga aku dihibur alunan merdu Mohabbatein, aku jenguk-jenguk ke dapur.Rupa dah tak terurus dah.Jari aku ni manja sikit.Kalah dengan sabun basuh.Mulalah merekah dan berdarah.Tapi, mana boleh biar dapur jadi tempat lipas atau semut berdisko.Jadi, aku kemaslah juga perlahan-lahan.Rumah jiran-jiran aku dah senyap sunyi.Lagi pun esok kan hari kerja.Aku pulak ada sehari lagi mc.Isnin depan baru aku ke sekolah balik.

   Sambil jenguk-jenguk wajah tampan Shah Rukh Khan,aku jenguk-jenguk blog Mat Gebu Dapur Tanpa Sempadan.Amboi!Terliur aku tengok macam-macam masakan dia.Kemudian aku merayap ke blog-blog lain.Kebetulan, U Mobile aku boleh tahan laju malam ni.Sejak tak sihat, dah lama aku tak berjaga malam dan merayap ke blog kawan-kawan.Rindu pulak rasanya.Maklumlah, seronok dapat baca macam-macam entry.Daripada yang kelakar sampailah yang serius.Yang seram je aku tak berani baca.Aku ni penakut!

   Antara blog yang aku jenguk malam ni.....


   ++||0nce|Beskot|in|Boredom||++

Beskot?Hahaha!Header yang kreatif.Aku suka.

sepet

Blog Sepet.Nama je sepet tapi orangnya cantik.



Thursday, October 24, 2013

Aku rindu untuk pergi.

   Setiap insan diberikan ujian yang berlainan.Aku selalu dengar kata-kata,Allah takkan berikan ujian melainkan Dia tahu kita mampu menghadapinya.Tapi, kata orang lagi, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.Sekiranya tiada iman di dada, mungkin penyelesaian 'itu' yang aku pilih.Rasa dah tak sanggup dah menghadapi ujianNya.Aku pernah 'rindu untuk pergi'.

   Namun, pemergian anak saudara aku baru-baru ini, menambah keyakinan aku bahwa setiap satu ujian Allah itu ada hikmahnya.Sekurang-kurangnya aku masih diberi peluang untuk menghirup segar udara pagi.Atau mendengar merdu kicau burung.Atau melihat senyum gembira anak-anak muridku.Sakitku masih lagi aku sendiri yang tanggung.Andai luka nyata, orang dapat melihatnya.Andai bisul atau busung, hanyir darah dan nanah mustahil aku bendung.Tapi, semuanya terlindung di sebalik sebuah kepalsuan.... Yang hanya aku yang tahu....dan Dia!

    Pemergian anak saudaraku dalam usia yang masih belum pun ranum, menyedarkan aku bahwa biar pun hidupku sering kali di bawah, walau pun beribu kali aku cuba memanjat ke atas, aku masih diberikan peluang untuk menghela nafas.Aku masih diberi peluang untuk merasa enaknya dunia meski pun seleraku sedikit demi sedikit ditarik.Begitu juga kepasrahanku.Pun demikian, demi sebuah iman, aku akan cuba terus bangun dan memanjat kembali.

   Hanya satu yang aku kesalkan .... Aku sakit di saat anak-anak muridku sedang bertungkus-lumus untuk menghadapi SPM.Walau pun aku telah mula memberikan bekalan seawal bulan Jun, aku masih rasa terkilan kerana masih terlalu ramai yang memerlukan aku.Aku juga terkilan kerana terpaksa menyusahkan teman-teman setugas kerana terpaksa memikul tanggung jawab yang aku tinggalkan.Aku tahu kalian semua telah terbeban dengan terlalu banyak tanggung jawab namun apa dayaku.Hanya doa ku pohon moga-moga Allah memberi ganjaran terbaik buat kalian.

   Jodoh pertemuan, ajal maut di tangan tuhan.Aku sendiri tak tahu bila ajalku akan menjemput aku pergi.Selagi aku mampu, aku akan terus cuba untuk bangkit dan menguatkan diri biar pun untuk seribu tahun lagi kerana aku tahu Allah telah sediakan yang terbaik buatku.Andai aku terus hidup, aku dapat menyumbangkan sesuatu buat mereka yang memerlukan.Dan andai aku pergi, moga Allah menyediakan syurga buatku.Buat anak saudara ku Ahmad Asrul Afif Aziz(YOE), damailah kau di sana.Aku tahu syurga buatmu kerana sesungguhnya 'YOE' adalah insan yang terbaik di sisi Tuhan.



Paip tutup aurat!

   Bulan lepas, sewaktu balik dari Hospital Sultan Ismail, aku singgah di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang.Betul-betul di sebelah Chamek Kopitiam, aku jumpa 'benda' ni.Mula-mula rasa nak tergelak tapi bila fikir-fikirkan balik, begitu teruk rupanya masalah kecurian di tempat aku.Sampaikan 'benda' tu pun terpaksa kena mangga.Dahlah yang ada di masjid-masjid pun tak selamat.Di tempat awam macam ni apa tah lagi.Agaknya pihak pengurusan dah penat tukar 'benda' tu banyak kali tapi asyik kena curi je.Cara terakhir, mangga kan je terus!
 -
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


- kepala paip tutup aurat!



Sunday, October 20, 2013

.... kerana bisikan ghaib.

   Sejak akhir-akhir ini, kita selalu dikejutkan dengan berita pembunuhan.Bukan setakat pembunuhan yang dilakukan oleh penjenayah @ pihak kongsi gelap, tetapi juga pembunuhan di kalangan ahli keluarga di mana si pelaku dikatakan mengalami masalah mental.Ada kes bapa bunuh anak, anak bunuh bapak, anak bunuh emak, dan macam-macam lagi yang kucing aku kalau faham baca suratkhabar pun akan rasa seram sejuk.

   Apa dah jadi dengan masyarakat kita?Pada aku lah, untuk mengatasi masalah ini, pihak terdekat sama ada keluarga atau kawan perlu main peranan.Sekiranya ada tanda-tanda seseorang itu mengalami gangguan jiwa, perlulah kalau boleh segera dirujuk ke hospital.Masyarakat selalu menyangka orang sakit mental tu sama dengan gila.Pada hal, ada macam-macam jenis sakit mental.Bawa ke hospital bukan bermakna bawa ke hospital gila seperti Hospital Permai atau Tanjung Rambutan.Tetapi bawa dahulu ke hospital biasa dan rujuk ke pakar psikiatri.Tentu ada ubat yang boleh membantu.Yang penting kita perlu tahu serba sedikit tentang 'sakit mental'.Tak delah nanti, bila ada kes-kes anak kena sembelih, alasan diberi, KERANA BISIKAN GHAIB.

    

   

U Mobile vs Celcom

  Nak tanya sikit, boleh?Antara broadband U Mobile dan Celcom, mana satu yang lebih baik?Bukan apa, orang gelakkan aku dah bertahun-tahun setia dengan Celcom.Maklumlah... Aku kan setia orangnya.Tolong aku, ye.

U Mobile
Celcom
U Mobile
 Celcom
U Mobile
Celcom
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Entahle.

Usus sakit makan usus.

   Tajuk ironi.Iye lah... Time usus aku sakit nilah aku makan usus.Dengan kata lain, aku makan @ jamah @ rasa usus lembu aka perut muda kata orang Terengganu.Rasanya?Mmm... Bolehlah tahan sedap.Kata Mak Su, usus tu usus lembu yang paling atas dalam sistem penghadaman lembu.Dicuci bersih, kemudian direbus dengan garam dan asam keping sampai empuk.Lepas tu bolehlah dimasak ikut suka.Kebetulan aku singgah sekejap je jadi Mak Su ajar, gunting perut muda @ usus tu kecik-kecik dan cicah dengan sos cili.Resipi lain, tak pasti pulak tapi rasanya bila google macam-macam resipi kita boleh jumpa.


   

   Bila tengok rupa, tak lalu nak makan.Macam ular pun ada.Tapi bila dah rasa, oklah juga.Very fatty bak kata ANDREW ZIMMERN BIZARRE FOOD. Tapi kena ingat, bila nak masak usus @ perut ni kena pastikan ia betul-betul masak.Kalau tidak, takutlah pulak ada bakteria salmonella yang biasa ada dalam usus haiwan tu.Karang masuk suratkhabar pulak masuk wad sebab makan usus @ perut muda.Bagi sesiapa yang ke Terengganu atau dengan lebih tepat ke Pekan Batu 6, di Kuala Terengganu, di depan kedai Buku Banggol tu ada sebuah gerai yang menjual sup perut muda.Rasanya?Mintak maaf cakap, mungkin usus tu tak dibasuh dengan bersih seperti yang disarankan oleh Mak Su aku.Sebab tu bila aku makan, rasa 'semacam' je.Dengan kata lain ' berbau semacam' dan warnanya agak kelabu.faham-faham jelah kan?Dan gerai tu rasanya kurang bersih.Berani nak cuba?

Saturday, October 19, 2013

Segar dari ladang...

   Alhamdulillah.... selepas berapa kurun entah aku tak online...Malam ini rasanya aku dah cukup kuat untuk online.Kuat zahir batin, mental dan fizikal.... Hmmmm...Tiba-tiba,aku rasa tak tau nak tulis apa. Rasa seperti blogger baru...Hehehe!Oklah... Aku kena kuatkan semangat ni ( Untuk pertama kalinya juga, aku update blog ditemani oleh dua orang anak buah aku yang nakal tapi kelakar ni, Si Rujhan dan Farhan.Juga anak buah aku yang manis, Cik Hanis Sofia).Seorang lagi anak buah aku, Si zarif Akmal, ada di depan mata aku ni.tapi, biasalah remaja baru nak naik, tak lekang dengan gajet.entah apa je lah yang dibuatnya....

   Ok.nak cerita sikit pengalaman balik ke Terengganu baru-baru ini.Balik kerana anak buah aku di Kg Kelulut, sakit tenat.Tapi, semasa aku tiba di Kuantan, aku terima berita pemergiannya buat selama-lamanya.Meninggal dunia kerana 'Advanced Mediatinal Germ Cell Tumour' pada usia 22 tahun.Arwah menderita penyakit tersebut selama setahun.Kalau ikut kata doktor, 90% pesakit boleh survive tapi Allah tentukan tumour yang menyerang jenis aggresif jadi arwah tak dapat diselamatkan.Dengan kata lain, mula-mula tumour tu di jantung.Setelah menjalani rawatan kimoterapi sebanyak 6 kali, tumour tu hilang.Tapi ia menyerang kembali di otak.Sempat menjalani rawatan laser 10 kali dan sembuh.Malangnya, ia menyerang kembali di buah pinggang dan seterusnya memakan sebelah paru-paru.

   Arwah seorang yang sangat baik dan aku yakin syurga buatnya.Pengkebumian diiringi dengan hembusan bayu sepoi-sepoi bahasa dan cuaca yang redup.Arwah mninggal dunia jam 1.52 petang, hari Jumaat, 11 Oktober 2013.Aku tahu susah untuk keluarga menerima, jadi aku doakan moga abang aku Aziz dan isterinya serta keluarga tabah menghadapi ujian Allah.Al Fatihah buat anak saudaraku Ahmad Asrul Afif bin Aziz....

   Semasa balik ke Terengganu juga, seperti biasa keluarga aku mencuba macam-macam bizarre food.Tapi, aku cuma dapat tengok je kerana keadaan kesihatanku yang tak mengizinkan.Terpaksalah berpantang makan walau pun teringin sangat nak makan.Kebetulan musim buah hampir di penghujung.Ada rambai, cempedak, rambutan, duku dan macam-macam lagi.Alahai.... aku telan air liur je.Jamah sikit cempedak goreng tapi perutku sakit lagi.Aduhai..... 

   Oh ya!cakap tentang bizarre food, cuba tengok gambar di bawah.Yang ini, aku boleh makan sikit sebab dah lembut.Cuba teka gambar apa......Sehingga berjumpa lagi.(Cewah ...... )


Oklah.Inilah entry terkini segar dari ladang.

Saturday, October 5, 2013

Thank you Vincent!

   Meronda-ronda terjumpa dengan video ni.tak sangka ada juga rakyat Indonesia yang menghargai hubungan baik Malaysia-Indonesia.Selalunya terjumpa yang dok mengutuk je.Terima kasihlah Vincent kerana lagumu dan semangat persaudaraanmu.


J** 605!Alahai!

   Malam ni menjadi mimpi ngeri bagi peminat tegar JDT.Silap-silap tidur pun mimpi belasah pemain The Red Warriors atau seligi kepala goal keeper JDT.Hehehe!Aku bukan tak minat JDT.Minat sangat!Kalau tak, takkan warna kereta pun aku pilih warna biru.Tema pun tema JDT.Minatlah tu.Tapi, aku kena rasional.Takkanlah mentang-mentang JDT kalah 6-1, aku nak menangis mengongoi atau nak maki pemain The Red Warriors kaw-kaw punya.Dah memang KELANTAN main bagus.Nak kata apa?Semangat KELANTAN tu yang kita patut ikut.Orang KELANTAN kan cukup kuat semangat kenegeriannya.Dan yang penting, tak de kes penyokong bergaduh.Ada tak?Aku pun tak tengok game malam ni.Lepas ni, kita sama-sama sokong Harimau Malaya pulak.Itu yang lebih utama.Oh ya.Dengan kekalahan JDT ni, maka aku sokong ATM pulak sebab ATM dah tolong cabut gigi SINGA.Ala... Singa seberang tu!Hehehe.Selamat malam dan sekali sokong JDT selamanya sokong JDT.


J** 605

Alamak!No plat kereta aku!
Kenapalah JDT kena 6-1.
Tengok plat kereta aku, mesti teringat kenangan pahit dimamah The Red Warriors.
Alahai!


Keputusan terkini : JDT 1 Kelantan 5

  Baru minit ke 63 dah kena 5 - 1!Marah betul penyokong JDT!Bukan marah apa, marah dengan keeper!Dahlah pengulas ni bias!Geram betul penyokong JDT!Tapi, adat permainan.Biasalah.... Aku dari awal memang tak gemar JDT kumpul bintang-bintang yang tak 'berbintang'.Kan bagus kalau duit juta-juta tu dilabur untuk melatih anak-anak Johor sendiri.Barulah betul sokongan rakyat Johor untuk pemain memang asal Johor!Kan?Lepas ni, memang sahlah orang Johor sokong ATM pulak.

ADA YANG KATA: KALAU ANAK MENINGGAL, BIARLAH MENINGGAL.BUKAN BOLEH HIDUP BALIK PUN.
BAIK JAGA GOL DARI BIAR SI MAMAT TANGKAP KATAK NI JAGA GOL!
HAMPEH!


JDT vs Kelantan

   Baru je balik dari Cahaya Masai.Mak aih!Ramainya orang!Dah macam pesta dah!hebat betul penangan bolasepak JDT vs KELANTAN malam ni.Setakat separuh masa pertama, keputusan adalah Kelantan 3 JDT 1. Siap berdarah lagi hidung MAT YO.Mudah-mudahan berbaloi darah MAT YO menitik di padang malam ni dengan kemenangan JDT.Apa yang penting, semangat kesukanan mesti ada.Jangan gaduh-gaduh!


LUASKAN KUASAMU JOHOR!

Wednesday, October 2, 2013

Esok MESTI!

   Mc sampai Jumaat tapi aku rasa dah ok sikit.ESOK AKU MESTI PERGI SEKOLAH!

Tuesday, October 1, 2013

Hisaplah sampai mati!

  Harga rokok naik lagi?Baguslah tu.Tapi kalau tak jual lagi bagus.Kenapa ye, kerajaan tak haramkan je penjualan apa jenis rokok sekali pun?Bila harga rokok naik, yang susah bukan 'suami' tapi 'isteri'.Pertama mungkin sebab suami akan mengurangkan belanja untuk isteri sebab nak tambah bajet untuk rokok.Tapi yang ramai orang tak perasan adalah, ada spesis suami yang memang mintak duit rokok bulat-bulat dari isteri.Kan menyusahkan isteri namanya tu?



Kalau buat rupa rokok tu macam ni, agak-agak masih nak hisap tak?

Let's have a break!