Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Friday, November 29, 2013

Eh! Cantik juga gambar ni!


Gambar kenangan hari raya aidil fitri 2013.
Pakat tengok kapal pengintip Singapura ke?

Macam comel je!


Macam comel je!
Kata anak buah aku si Adib yang comel ni.

Jumpa cikgu tadika!

   

Yang baju oren tulah cikgu tadika aku.
Maintain cantik macam dulu.


Biar betul, kau Johan!

   Reaksi pertama aku bila tau JOHAN AS'ARI BERCINTA DENGAN LANA NORDIN!Selama ni aku ingat SHILA AMZAH lah pilihan hati JOHAN.Maklumlah, dua-dua ala-ala islamik, gitu.Sangat sesuai bagi mereka yang berfikir 'di dalam kotak'Tapi, rupa-rupanya cempedak dah jadi nangka!Tak percaya, cuba tanya BEAUTIFUL NARA. Tak kisahlah apa orang nak kata.Yang penting, biar siapa pun pilihan hati Johan, kita doa yang terbaik untuk mereka berdua.

   

   

Friday, November 8, 2013

Soalan ramalan SPM 2013

   Teacher dah kata!Jangan percaya sangat soalan spot bulat-bulat!Baik percaya yang teacher spot lagi baik.Kan teacher dah buat analisis.Bukan spot ikut suka sesedap rasa ajinomoto!Kan?Kan?Ha... Kan dah kena!Siapa suruh hafal bulat-bulat soalan spot cikgu tusyen bagi?Soalan spot yang teacher buat, cikgu yang tak ajar tusyen ni, tak nak dengar.Kan teacher dah bagi tips / spot / analisis yang teacher buat masa kelas tambahan hari Sabtu 2 Nov tu?Penat teacher datang sekolah bercakap dari 8 pagi sampai 12 tengah hari.Stop kejap je pukul 10.00 sampai 10.30.Balik hari tu terus teacher tergolek, tau!

    English Paper 1,soalan 1 yang teacher spot keluar.Alhamdulillah.... Ingat tak teacher beritahu beza antara 'complaint' dan 'complain'?Ingat tak teacher pesan study formal letter?Yeah!!!!Keluar!!!Harap-harap semua boleh jawab.Bila teacher tahu soalan yang keluar untuk novel, pun teacher suka sangat sebab yang teacher spot keluar bulat-bulat!Yeah!!!!!Opss!!!Alhamdulillah..... Harap-harap untuk anak-anak yang agak lemah tu dapat guna contoh jawapan yang teacher beri.Sekarang ni kita bukan target nak tambah A+ je tapi kita kena juga pastikan % untuk kelulusan meningkat.Insha Allah...

    Akhir kalam ( betul tak?) teacher doakan kejayaan untuk semua anak-anak SPM teacher bukan setakat untuk English tapi juga untuk semua subjek.Insha Allah...... Dan ingat pesan teacher, bila dah sambung belajar di matrikulasi atau universiti nanti, kena rajin buat analisis dan belajar dari awal.JANGAN PERCAYA SOALAN RAMALAN BULAT-BULAT.Ok?



Lepas SPM boleh lumba motor lagi ye FAKHRUSY!



Good luck all!

    

Wednesday, November 6, 2013

Soalan Ramalan English SPM.Nak?

   Alamak!Aku lupa entry SEO!Ramai sangat yang call, sms, dll tanya pasal soalan spot untuk Paper English esok.Mintak maaf ye.Aku boleh bagi soalan-soalan yang aku spot tapi bukan soalan ramalan yang boleh dibeli dengan nilai tinggi bila dah dekat nak exam ni.Lantaklah orang nak ramal soalan apa.Aku spot berdasarkan analisis soalan-soalan lepas yang aku buat.Ambik masa oo nak buat analisis tu.Jadi, aku buat analisis dan soalan spot tu cuma untuk anak-anak form 5 sekolah aku je.Itu pun aku bagi sejak bulan September lagi dan last sekali Sabtu lepas, 2 November 2013 semasa aku buat kelas tambahan 8 hingga 12 tengah hari.Kalau malam ni baru nak call, baru nak tanya soalan ramalan, mintak maaf ye. Aku tak de soalan ramalan.Kalau aku tau pun aku tak nak bocorkan.Tak berkat duit gaji aku.jadi mintak maaf pada ibu-ibu yang call aku sejak semalam sampailah malam ni yang mintak soalan ramalan.Kalau anak dia orang yang mintak tak pe. Ni tidak.Jumpa aku buat sombong.Hah!Padan muka!



Burung kakak tua ni pun kalau ada peluang belajar English, tak mintak soalan ramalan!

Kau buatku tersenyum dalam kosong!

   Fikiranku rasa kosong... kosong... ong... ong....Tiba-tiba jadi Najwa Latiff pulak!Bukan apa, rasa kosong sangat.Nak blogging pulak banyak no kura-kura malam ni.Nape ntah!Biasanya ok je.Mata pulak ala-ala nak tukar ke huruf zzzzzzzzzzzzzzz.Letih!Hari ni balik sekolah pukul 5 petang.Lepas lama mc, banyak sangat benda nak kena buat.Yang menyampah tu, bila kerja tu perlukan aku online.

   Isi form itu, isi form ini... Isi maklumat itu, isi maklumat ini... Isi markah dan segala macam mak nenek yang perlukan aku guna internet.Tapi bengang tahap gaban sebab bila masuk je website gomen, bufferiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii manjang!Nyampah!Blogging, oklah pulak.Cuma malam ni je slow sikit tapi kura-kura masih tetap jalan.Cuma otak je tak de idea nak update blog.

   Kengkadang aku pun rasa pelik.Ramai beno ke cikgu yang online serentak sampai susah bebeno aku nak key in menda-menda.Nak kutuk sistem ke hape, aku bukannya tahu!Yang aku tahu, bila bos suruh key in entah apa menatang, aku key in je sampai ada yang gelar aku lurus bendul.Aku bukan lurus bendul, cuma AKU YANG MENURUT PERINTAH.

   Nasib baik ada 7 BE yang bisa buat aku terus tersenyum!Yeah!!!!!!Walau pun income tak delah ribu-riban.Tapi cukuplah untuk cover broadband sebulan.




Selamat berjuang soldaduku!

   Akhirnya!Tarikh yang dinanti-nantikan tiba jua.Tarikh keramat buat mereka yang terlibat.Aku juga terlibat.Meskipun debar dirasa tak sama semasa aku si manis 17, namun debar tetap ada.Ibarat ratusan rama-rama terbang di perut minta segera dibebaskan.Aku cemas!Aduhai!Cukupkah ilmu yang ku curah?Aduhai!Alahai!Aduhai!

   Pagi-pagi, seiring dengan derap langkah soldadu-soldaduku, aku melangkah.Mmm..... Ada wajah ibu juga bapa yang menunggu.Alhamdulillah..... Itu sokongan bermakna buat soldaduku.Sekurang-kurangnya mereka tahu, mereka tidak sendiri di pertempuran hari ini.Bacaan Yaasin memecah hening pagi.Meski lantai kurang selesa, soldadu-soldaduku tetap tabah mengalun ayat suci dengan doa dan harapan mudah-mudahan perjuangan mereka diberkati dan dianugerah kemenangan.

    SELAMAT BERJUANG SOLDADU-SOLDADUKU.MOGA SPM MEMBAWA KALIAN KE MENARA ILMU.







Monday, November 4, 2013

10 jadi 64!Aku Redha....

   Minggu lepas, aku hadir penuh ke sekolah.Masih sakit tapi kuatkan jelah.Bila jumpa anak-anak, ramai mintak datang rumah aku sebab nak study English atau dengan kata lain nak mintak tips last minute sebelum paper English 7 Nov ni.Mula-mula, aku plan nak buat kelas tambahan lepas waktu sekolah, tapi minggu lepas punyalah kami sibuk!Ada majlis persaraan Penolong Kanan 1, taklimat calon-calon SPM, Majlis Graduasi Tingkatan 5, Anugerah Koko dan macam-macam lagi.Plan nak buat hari Jumaat 1 Nov pun tak jadi kerana cikgu BM dan chop dulu.(Kami memang biasa berebut nak buat kelas tambahan) Jadi, aku plan nak buat kelas tu hari Sabtu 2 Nov bersamaan dengan Hari Deepavali.

   Semasa mintak izin puan Pengetua, aku jangka dalam 10 orang je.Maklumlah, time cuti umum.Paling ramai pun mungkin 20 orang. Semasa sampai di sekolah pun aku tengok ada dalam 15 orang je.Ok le tu.Bolehlah aku bimbing lebih sikit.Tapi bila kelas mula je, makin ramai yang datang dan akhirnya seramai 64 orang yang datang!Alhamdulillah..... Dapatlah aku beri tips terakhir yang aku dapat.

   Kelas bermula jam 8 pagi.Rehat jap jam 10 dan disambung semula jam 10.30 pagi.Plan awal slot pertama jenak beri tips tapi akhirnya sampai jam 12 tengah hari, cuma cukup untuk beri tips je.Walau pun bilik tu ada aircond, aku rasa berpeluh semacam je kerana aku mula rasa sakit perut.Mungkin kerana hampir 4 jam bercakap tak berhenti.Bila tinggal 1/2 jam, aku dah mula tekan-tekan perut.Apa nak buat, tahan jelah.Mudah-mudahan, dengan keikhlasan aku mengajar kelas tu,anak-anak murid aku akan berjaya menjawab soalan English SPM nanti.Dengan kata lain, sakit pun aku redha....

   Ahad, 3 Nov 2013, sakit perut aku makin menjadi.Jadi, terpaksalah makan ubat dan tergolek sepanjang hari..... Apa pun AKU DOAKAN KEJAYAAN BUAT SEMUA ANAK-ANAKK!




   

Let's have a break!