Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Wednesday, January 8, 2014

Felting by ENCIK MIMPI.

   Lama tak buat kraft felt.Ramai juga yang bertanya.Tahun lepas aku tak berapa sihat.Tahun ni nak aktif semula ambik tempahan.Dalam proses ada seratus lebih dan nak tambah lagi secepat mungkin.Mudah-mudahan, dapatlah disiapkan dalam masa yang ditetapkan.Selain brooch, ada penanda buku, hair clip, cake, beg duit, keychain, pencil case dan macam-macam lagi.Tambahan satu jenis lagi iaitu perhiasan untuk fridge.Itu jelah yang termampu setakat ni.Mudah-mudahan, dapatlah disiapkan..... Amiiiiin!

   Oh ya!Ada yang tanya kenapa aku tak mengajar tusyen je?Kan masyuuukkk!Apa taknya rate sekarang satu jam RM40.Mmmm... Memang betul.Tapi, felting ni kan hobby aku.Di samping menghilangkan stress dan penat mengajar dapat juga menambah pendapatan walau pun tak selumayan mengajar tusyen.Sekurang-kurangnya, minat aku pada seni dapat aku kembangkan.Dahlah dah berzaman aku berhenti melukis.Kan?Oklah... Untuk sesi pengenalan bagi yang belum kenal, di sini aku kongsikan antara hasil tangan aku.



Bukan kek betul tau. Felt je ni.Khas untuk pertunangan adik kesayangan aku.
Yang ni kalau ikut harga RM30 ke atas.

Pandangan dari tepi.







   Untuk lebih sistematik betul-betul macam orang bisnes, nanti aku 'kongsikan semula' ye.Rebranding ke apa namanya tu.Buat masa ni,  klik-klik jelah pada contoh-contoh gambar di sebelah kanan tu.Kalau nak cari aku, cari di Facebook dengan nama Scarlett O'Hara   ( email scarlett_j1@yahoo.com) Gambar profile aku tu serupa dengan yang ada di blog ni.Bukan tak nak kongsi gambar sendiri, cuma aku segan.Maklumlah, aku kan macam ENCIK MIMPI.Hehehehe...

0 comments:

Let's have a break!