Saturday, January 4, 2014

Hadiah tahun baru....

   Dah masuk hari ke lima tahun baru 2014, baru aku sempat online.Maaf ye sebab tak sempat nak up date blog.Maklumlah, tahun baru, kerja pun berlambak-lambak.Penat tapi seronok.Malam ni, sebelum aku up date blog buat kali pertama tahun ni, aku jenguk-jenguklah dulu Facebook.

   Tiba-tiba, rasa terharu dengan satu mesej dari seorang ibu kepada anak murid aku.Anak murid aku tu berbangsa India tapi aku sayang macam anak aku sendiri.Semasa di tingkatan 1 pun aku yang mengajar English.Masa tu, tiap kali masuk kelas, mesti aku bawa gula-gula atau apa-apa benda manis kerana aku bimbang sangat anak murid aku tu jatuh sakit.Walau pun dia nampak sihat dan sentiasa aktif, dia sebenarnya menghidap diabetis kronik.Aku mesti sentiasa pantau.

   Hinggalah ke tingkatan 5 tahun ini, aku masih lagi anggap dia macam anak aku sendiri.Dengan kata lain, kalau ibunya tak minta aku tolong tengok-tengokkan anaknya pun, aku akan smntiasa pastikan anaknya tu selamat dan yang paling penting berjaya dalam pelajaran.tahun ni aku harap, dia dapat mewakili sekolah dalam debate.Tahun lepas sampai peringkat negeri, tahun ni kalau boleh, nak lebih berjaya lagi.Apa pun, terima kasig pada ibu pelajar aku tu Puan Prama Latha kerana sentiasa menghargai jasa seorang guru.

Happy new year mdm. A request fr me. Pls advise my son to do well in spm. And of course to take care of his health. I hope he to be straight a student in spm. May god gv him the way. I think he will surely listen to u. Pls keep an eye on him always. Try to help him in order to be the best. I'm really grateful to u. A great teacher will definately achieve the goal.

Rasa macam dapat hadiah tahun baru pulak.

1 comments:

ewanthology said...

mmg terharu apabila diri dihargai kan :-)

Post a Comment