Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Saturday, January 4, 2014

Police Story 3 Jackie Chang.

   Dalam demam sempat jugak layankan anak-anak tengok Jackie Chang ( tiru sebutan ayah dia orang, orang Terengganu) Dahlah tengah hari buta!Mula jam 1.45 tengah hari.Aku bukan tak minat Jackie Chan cuma badan tak berapa sihat je.(Gara-gara non-stop menanda 500 lebih kertas diagnostic B.Ing tingkatan 1 hari Khamis lepas.Nak buat streaming ikut set.So, marathon marking dari jam 3 petang sampai dekat 6 setengah.)

   Balik pasal Jackie Chan,masa mula-mula tayangan tu, aku rasa mengantuk sangat.Cerita ok tapi tak taulah.Agaknya meleret sikit kot.Oh ye.Lupa nak kabo.Cerita yang aku tengok cerita polis tu le...ala....Police Story 3.Memang aku mengantuk gila!Tapi bila part Jackie Chan mula fighting, fuyooo!!!Barulah cerah biji mata.Best jugak!Berbaloi bayo RM17.Ada sikit-sikit unsur humour bila watak apa ntah namanya tu, si banduan botak tu keluar.

  Watak jahat tu tak de lah jahat mana pun.Lagi kesian aku tengok sebab nak bunuh diri semata-mata kerana adik.Walau pun tak berapa betul, tapi kena fikir juga dari segi positifnya iaitu nilai kasih sayang antara adik dan abang.Selain dari tu, filem ni juga mengingatkan anak-anak dara supaya jangan terlalu mudah jatuh cinta macam watak anak si Jackie Chan tu.Cinta punya pasal sampai ayah sendiri kena belasah dan diri sendiri jadi tebusan.Hish!Hish!Hish!Oklah.... Kalau ada masa, tengok sendiri ye!



1 comments:

shameel Iskandar said...

cikgu rupanya.. baru tahu..

Let's have a break!