Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Tuesday, January 14, 2014

Sorok bau budu.

  Tajuk tentang budu.Yes!Aku pernah fobia dengan budu.Fobia dengan Kelantan kerana suatu kejadian yang tak ingin aku ingat.Tapi sampai bila?jadi, hari ni aku cuba mendekati kembali 'budu'. Bukan budu dalam botol.Tapi budu dalam TV.Dengan kata lain, aku menonton telemovie tentang budu hasil produk Balang Rimbun.Hasil sentuhan idea seniman (bagi aku dia layak digelar seniman) tersohor, SABRI YUNUS.

   Tajuk telemovie ni nampak macam komedi tapi bila ditonton, sangat jauh dari komedi.Dengan kata lain, telemovie ni membawa mesej yang bukan setakat gelak-gelak macam Raja Lawak.Kisah tentang seorang pemuda kelahiran Kelantan bernama Idris yang beranggapan dirinya hanya akan maju sekiranya melupakan asal keturunan sebagai orang Kelantan.Maka si Idris ni menukar namanya menjadi Ider, seorang pemuda konon asal Segambut dan anak saudara pada seseorang dari Pontian, Johor.

    Oleh kerana malu mengaku sebagai anak Kelantan, si Ider ni secara tak langsung seolah-olah menipu kedua orang tuanya.Hakikat sebenarnya, si Ider ni telah dididik untuk menyayangi budaya Kelantan kerana bapanya Pok Him adalah penggiat seni budaya Kelantan.Pok Him seorang tukang kebun tetapi sangat mahir tentang wau bulan.Oleh itu, tak mungkin kononnya si Idris akan lupa asal-usulnya.Malangnya, dengan anggapan dia takkan maju sekiranya tetap dengan jati diri Kelantan, si Ider cuba menukar asal-usulnya walau pun ia menyebabkan hubungannya dengan Fina, anak seorang pemandu teksi asal Kelantan, putus semata-mata kerana bapa si Fina hanya hendakkan orang Kelantan sebagai menantu.

   Rahsia si Ider akhirnya diketahui oleh rakan serumahnya, Nik Arif Nik Soh, kelulusan luar negeri berasal dari Kelantan yang sangat tebal jati dirinya.Dan si ayah, Pok Him juga kebetulan berjumpa dengan si Arif, bekas pelajar tempat Pok Him bekerja.Kenyataan tentang si idris yang bertukar menjadi Ider dan malu mengaku sebagai anak Kelantan, melukakan hati Pok Him.Selepas hanya 2 hari di Kuala Lumpur, Pok Him dan Mak Esah,ibu Idris, segera pulang ke Kelantan.Tujuan asal membawa Idris pulang untuk menyambut Aidil Adha terpaksa dilupakan.

   Babak Pok Him berjumpa dengan Idris di tempat kerjanya, betul-betul mengusik hati.Demi menjaga air muka Idris di depan teman setugas yang mengenalinya sebagai Ider, Pok Him sanggup mengaku dia hanyalah seorang tua yang mencari anak yang hilang.Si Ider yang konon membantunya dan Pok Him berulang kali mengucapkan terima kasih atas bantuan si Ider mencari 'anaknya yang hilang'.Tak de ekspresi bersalah pada wajah si Ider.Hanya selepas 'dibasuh' oleh Arif, teman serumahnya, barulah si Ider kembali menjadi Idris dan dalam babak akhir Idris menyambut Aidil Adha di kampung.

   Kesimpulan yang aku dapat, bila ada telemovie air tangan SABRI YUNUS, mesti kita tonton kerana di sebalik tajuknya yang tak komersil, mesej yang disampaikan tersangatlah dalam.SABRI YUNUS jugalah yang menghilangkan fobia aku pada Dikir Barat.Sebagai penutup, aku beri 5 bintang pada 'SOROK BAU BUDU' sepertimana aku beri 5 bintang juga pada hasil tangan SABRI YUNUS yang lain.Tahniah!


Gambar Google.


Sedapnya budu dan durian.

2 comments:

Marina Monroe @Nanie said...

Faberet auntie makan budu dengan derian, w/pun auntie bukan org Kelantan.

Cik Puan Eka said...

eka pon ade tgok cite ni beberapa taun lpas.

mas ulangan baru2 ni pon tgok gak.

mula2 kelakar gok tgok si ider ni.
sian mak ayah die

Let's have a break!