Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Tuesday, February 11, 2014

Ikan belokot?


   First time dengar nama ikan belokot.Pelik sangat bunyinya.Ingatkan ikan spesis baru yang tak pernah aku jumpa.Rupa-rupanya ikan belokot juga disebut ikan tekok.Orang kampung macam aku mesti tau apa itu ikan tekok.Ikan ni pun salah satu kenangan aku dari zaman silam.Zaman menjala dan berkarang.Zaman aku bermain selut lumpur di kampung sebelah.

   Cara nak sediakan ikan ni senang je.Guntingkan bahagian tepi ikan tu. Kemudian siatkan kulitnya.Maka jadilah ikan tu putih melepak  tinggal 2 biji mata yang terjojol tu.Langkah seterusnya belahlah perut ikan tu dan buangkan isi perutnya.Jangan lupa buang insang dan kalau nak, guntingkan sikit bibirnya.Kalau tak nak pun tak pe.Cuci bersih-bersih.

   Ikan ni sedap sangat kalau digoreng kunyit atau dibuat sup.Masak stim dan singgang pun sedap tapi tak boleh masak lama-lama sangat.Kalau terlampau masak, hilanglah pulak rasa manisnya.Ikan dalam gambar di bawah tu, ditangkap semasa aku adik beradik pergi berkarang semasa cuti tahun baru cina hari tu.Dapatlah kenalkan pada anak-anak.Takut-takut nanti ikan belacak disangka ikan belokot.Ikan belacak atau ikan tembakul rasanya 2 alam.Tak pastilah halal ke tak.Ikan belokot hidup di laut.Cuma terperangkap di air selut semasa air surut.




Rupa macam alien tapi rasa ummph heaven!


Rupa ikan belacak atau ikan tembakul Cik Google punya.

0 comments:

Let's have a break!