Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Friday, February 14, 2014

Mimpi aneh.Adakah kebetulan?

      Setelah aku menjalani rawatan bersama seorang ustaz, 2 kali aku bermimpi yang agak aneh.Mimpi pertama aku alami di malam rawatan.Seekor harimau belang yang sangat besar dengan rupa yang teramat garang beserta mata yang merah, cuba menerkam ke arahku.Namun, cubaan berkali-kali itu gagal kerana ia terhalang oleh pagar yang sangat kuat.Maka selamatlah aku.Walau pun bunyi mengaumnya masih lagi terngiang-ngiang di telinga.

   Malam kedua, aku bermimpi aku berjalan di dalam sebuah hutan yang sangat tebal.Tiba-tiba aku terpandang ke arah sepohon pokok besar.Di atas pohon tersebut, aku lihat sarung ular selepas bersalin kulit dengan saiz yang amat besar dan panjang.Aku cuba mencari kalau-kalau ada ular besar ynag sedang bersembunyi namun jejaknya tidak kelihatan.Tiba-tiba, angin bertiu dengan amat kencang dan sarung atau kulit ular bersalin kulit yang ku lihat musnah ditiup angin.Aku anggap mimpi hanya mainan tidur.Mudah-mudahan aku terhindar dari kejahatan manusia, jin atau syaitan.Amiin...

ps:Bagi yang bertanya, hari Ahad, 16 Februari ini baru aku dapat ke sekolah.......


Contoh sarung ular bersalin kulit pinjam dari Google.

0 comments:

Let's have a break!